Isnin, 2 Mei 2011

Utusan Online - Pahang

Utusan Online - Pahang


Temenggong Inisiatif dilancar

Posted:

Temenggong Inisiatif dilancar

Temenggong Inisiatif dilancar

Oleh HARIS FADILAH AHMAD
utusanpahang@utusan.com.my


Tengku Fahd Mua'adzam (empat dari kanan) bersama Sultan Ahmad Shah dan Sultanah Hajah Kalsom mengaminkan doa selepas pelancaran program Temenggong Inisiatif di Kuala Tahan Seberang, Jerantut, baru-baru ini. –utusan/Haris Fadilah Ahmad


JERANTUT 2 Mei – Rakyat di daerah ini begitu teruja apabila kerabat diraja Pahang mencemar duli berangkat melancarkan program Temenggong Inisiatif sempena pelancaran Kampung Angkatku di Kuala Tahan Seberang, Hulu Tembeling, dekat sini baru-baru ini.

Program itu memaparkan legitimasi konsep raja berjiwa rakyat yang diwarisi sejak turun temurun oleh kerabat diraja yang bertakhta di Istana Abu Bakar, Pekan itu.

Pelancaran Temenggong Inisiatif merupakan usaha anakanda Sultan Ahmad Shah, Tengku Ariff Temenggong Pahang, Tengku Fahd Mua'adzam untuk meningkatkan kesedaran rakyat terhadap kepentingan menjaga khazanah alam semula jadi Taman Negara, Kuala Tahan dekat sini.

Pembabitan pihak istana menyuntik kesedaran rakyat di Hulu Tembeling untuk melestarikan kehijauan alam dan menghargai khazanah flora dan fauna yang berusia jutaan tahun di Taman Negara.

Program yang penuh bersejarah bagi penduduk Kuala Tahan itu disempurnakan Tengku Fahd Mua'adzam.

Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah berkenan berangkat mencemar menyaksikan program itu.

Turut berangkat, Sultanah Pahang, Sultanah Hajah Kalsom.

Hadir sama, Ahli Parlimen Jerantut, Datuk Seri Tengku Azlan Sultan Abu Bakar; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tahan, Datuk Wan Amizan Wan Abdul Razak; Timbalan Yang Dipertua Majlis Ugama Islam Pahang dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP), Datuk Seri Wan Abdul Wahid Wan Hassan dan Pegawai Daerah Jerantut, Datuk Mohamad Roslan Harun.

Sempena pelancaran program Kampung Angkatku, keluarga diraja terbabit menanam beberapa batang pokok hutan di sekitar kawasan pelancongan di Kuala Tahan Seberang.

Sempena program itu, Tengku Fahd Mua'adzam menerima replika cek bernilai RM500,000 daripada ayahanda baginda, Sultan Ahmad Shah untuk dana program Pembangunan Ekonomi Rakyat dan Pemuliharaan Khazanah Alam Negeri Pahang.

Program Kampung Angkatku di bawah penubuhan Temenggong Inisiatif kini menjadi platform penting berasaskan kesedaran dan pendidikan untuk menjaga keseimbangan ekosistem menerusi pemuliharaan alam semula jadi.

Usaha itu juga dibantu oleh pengalaman dan kemahiran beberapa anggota renjer yang dilantik khas untuk memantau kebersihan serta keceriaan alam sekitar di bawah penubuhan Temenggong Inisiatif.

Dalam titah baginda sempena pelancaran program itu, Sultanah Hajah Kalsom bertitah, penubuhan Temenggong Inisiatif antara usaha meningkatkan taraf hidup penduduk setempat berasaskan sektor pertanian dan pelancongan.

Titah baginda, penubuhan Temenggong Inisiatif merintis usaha pemuliharaan khazanah alam semulajadi di Pahang dengan membabitkan kerjasama anggota renjer yang dilantik di kawasan Kampung Angkatku.

"Saya gembira dan bersyukur apabila sikap kasihkan rakyat kepada Sultan Pahang menjadi sumber inspirasi bagi anakanda beta untuk turut serta menzahirkan keprihatinan terhadap permasalahan dan kesusahan rakyat negeri ini.

"Justeru, ia bukan sahaja menyelami masalah rakyat tetapi juga keprihatinan kepada isu pencemaran khazanah alam semulajadi di negeri ini," titah baginda.

Menurut Sultanah Pahang, program Kampung Angkatku dapat memacu kegiatan sosioekonomi penduduk di samping berperanan menjana pemuliharaan khazanah alam semula jadi.

Sementara itu, Tengku Fahd Mua'adzam bertitah, program Kampung Angkatku bertujuan menyedarkan penduduk termasuk Orang Asli dan pelancong terhadap menjaga kebersihan tempat tinggal masing-masing.

Menurut baginda, Temenggong Inisiatif juga mengharapkan peranan individu, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan kerajaan untuk berganding bahu memajukan rakyat serta pada masa sama memulihara khazanah alam semulajadi di negeri ini.

"Jika usaha kolaborasi dimantapkan secara sukarela oleh semua pihak, sudah pasti ekonomi rakyat bertambah kukuh.

"Justeru, projek Kampung Angkatku akan membantu meningkatkan kesedaran terhadap kepentingan penjagaan alam semula jadi, sekali gus membentuk kehidupan rakyat lebih sejahtera," titah baginda.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Masalah air di Bera bakal berakhir

Posted:

Masalah air di Bera bakal berakhir

Masalah air di Bera bakal berakhir

Oleh YUSRI SAHAT
utusanpahang@utusan.com.my

BERA 2 Mei – Kerajaan memberi jaminan masalah bekalan air yang dihadapi kira-kira 30,000 penduduk kampung tradisional, tanah rancangan Felda dan perkampungan Orang Asli di sini dapat diatasi pada pertengahan tahun depan.

Ahli Parlimen Bera, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, jaminan itu diberikan selepas kerajaan meluluskan peruntukan RM30 juta baru-baru ini bagi menyelenggara projek bekalan air di daerah ini.

"Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang prihatin dengan masalah bekalan air yang dihadapi penduduk daerah ini telah meluluskan peruntukan tersebut baru-baru ini," katanya kepada pemberita selepas merasmikan program Juara Rakyat dan karnival Kelas Agama dan Fardu Ain (KAFA) di Sekolah Kebangsaan Batu Papan, dekat sini semalam.

Ismail Sabri yang juga Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan berkata, paip berkarat berusia lebih 25 tahun yang ditanam ke rumah penduduk dan ketika pembukaan tanah rancangan Felda dikatakan antara punca bekalan air sering terjejas.

Menurut beliau, Felda turut meluluskan peruntukan RM120 juta bagi membaiki sistem saluran air di tanah rancangan di seluruh negeri ini.

"Jabatan Bekalan Air (JBA) sedang menyiapkan proses tender bagi membolehkan projek itu disegerakan," katanya.

Sehubungan itu, kata beliau, orang ramai perlu bersabar sementara menunggu kerja menaik taraf bekalan air itu dilaksanakan.

Terdahulu ketika berucap kepada penduduk Orang Asli Bukit Rok dekat sini, Ismail meminta masyarakat minoriti itu berhubung dengan wakil rakyat, pemimpin tempatan dan tok batin jika menghadapi sebarang masalah di penempatan mereka.

"Orang Asli jangan dengar hasutan atau tohmahan pembangkang yang mahu mengapi-apikan masyarakat pribumi itu untuk membenci kerajaan.

"Mereka perlu mendapat maklumat sebenar daripada kerajaan atau pemimpin setempat serta tidak menerima bulat-bulat hasutan itu kerana ia adalah palsu yang bertujuan memecahbelahkan Orang Asli bagi tujuan politik," tegasnya.

Beliau juga meminta JawatanKuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), UMNO, pertubuhan belia dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) duduk semeja berunding sebelum memohon sesuatu projek kerajaan.

Tambahnya, dengan pakatan dan rundingan seumpama itu, ia dapat mengelakkan berlaku projek bertindih, sekali gus mempercepatkan kerajaan memberi kelulusan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Cari kaedah terbaik pasar produk

Posted:

Cari kaedah terbaik pasar produk

Cari kaedah terbaik pasar produk

MARAN 2 Mei - Usahawan wanita yang menjalankan perniagaan kecil-kecilan perlu berusaha mencari kaedah terbaik memasarkan produk mereka bagi membantu menambah pendapatan seisi keluarga demi kehidupan lebih terjamin.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Luit, Datuk Ahmad Munawar Abdul Jalil berkata, golongan itu tidak seharusnya malu atau memikirkan masalah kewangan kerana kerajaan menyediakan pelbagai bentuk bantuan kepada mereka.

"Menyedari peranan wanita dalam keluarga, masyarakat, ekonomi dan politik adalah penting, kerajaan negeri menyusun strategi supaya potensi golongan itu dapat ditingkatkan," katanya pada Karnival Keusahawanan Jiran Wanita Kawasan Rukun Tetangga Desa New Zealand, di sini semalam.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan