Rabu, 18 Mei 2011

Utusan Online - Pahang

Utusan Online - Pahang


RM84j skim pinjaman rumah

Posted:

RM84j skim pinjaman rumah

RM84j skim pinjaman rumah

Oleh Ali Mahmood
utusanpahang@utusan.com.my

MARAN 18 Mei - Felda memperuntukan sebanyak RM84 juta kepada pengurusan Felda Wilayah Jengka bagi membantu peneroka wilayah tersebut membuat pinjaman perumahan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jengka, Wan Salman Wan Ismail berkata, seramai 2,719 peneroka Felda wilayah itu boleh memohon pinjaman tersebut untuk membaiki dan membesarkan rumah mereka.

Menurutnya, pinjaman di bawah Skim Pinjaman Pembaikan dan Pembesaran Rumah Felda itu bertujuan membantu peneroka mempunyai kediaman selesa berikutan pertambahan ahli keluarga mereka.

''Setiap peneroka diberikan pinjaman RM40,000 dengan bayaran balik dibuat melalui potongan hasil ladang dan keutamaan diberikan kepada peneroka yang belum mengubah suai rumah asal," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Menurutnya, peruntukan itu membuktikan Felda mempunyai kemampuan dalam menyediakan dana mencukupi bagi melaksanakan skim tersebut.

Beliau memberitahu, dakyah pihak pembangkang kononnya Felda bankrap tidak berasas sama sekali, malah agensi itu banyak membantu peneroka sama ada pengurusan ladang mahupun kehidupan seharian.

Tegasnya, kerajaan tidak akan membiarkan masyarakat peneroka hidup kembali dalam kemiskinan sebaliknya terus berusaha meningkatkan taraf kehidupan mereka.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tingkatkan kebersihan di kawasan perumahan

Posted:

Tingkatkan kebersihan di kawasan perumahan

Tingkatkan kebersihan di kawasan perumahan


Chuah Boon Seong menyampaikan hadiah kepada pemenang dalam acara Sukaneka Kanak-Kanak Tabika Perpaduan Daerah Temerloh di Temerloh, baru-baru ini.


TEMERLOH 18 Mei - Kawasan Rukun Tetangga (KRT) daerah ini diminta meningkatkan tahap kebersihan kawasan perumahan masing-masing bagi mengelakkan berlakunya sebarang penyakit khususnya jangkitan nyamuk aedes.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mentakab, Datuk Chuah Boon Seong berkata, penduduk perlu memastikan kawasan tempat tinggal mereka selamat setelah beberapa kes demam denggi berlaku dalam KRT bandar Mentakab dan sekitar daerah ini.

"Amalan gotong-royong merupakan langkah terbaik kerana semua kerja berat dapat dipikul bersama dan memperlihatkan hubungan yang baik antara jiran tetangga," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Sukaneka Kanak-kanak Tabika Perpaduan Daerah Temerloh di Padang Awam, Taman Temerloh Jaya di sini baru-baru ini.

Sementara itu, Boon Seong menyeru masyarakat supaya mengurangkan penggunaan gula dalam masakan atau minuman bagi mengelak penyakit kronik seperti kencing manis.

Katanya, masyarakat dilihat banyak menggunakan bahan itu dalam penyediaan makanan menyebabkan timbul masalah obesiti dan diabetes.

Beliau berharap penggunaan itu dapat dikurangkan demi menjaga kesihatan dan kualiti kehidupan sekali gus mengelakkan penyakit berjangkit dalam diri mereka.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tingkatkan martabat wanita melalui pendidikan

Posted:

Tingkatkan martabat wanita melalui pendidikan

Tingkatkan martabat wanita melalui pendidikan


Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menyarungkan beg sekolah kepada seorang ahli Pandu Puteri selepas merasmikan penutupan Karnival Pandu Puteri Sekolah-Sekolah Menengah Negeri Pahang, di Kuala Lipis, kelmarin.


KUALA LIPIS 18 Mei - Tengku Puan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah bertitah, hanya kecemerlangan pendidikan yang dapat mengangkat martabat wanita ke tahap lebih tinggi dan mencorak pembangunan negara pada masa akan datang.

Baginda yang juga Pengerusi Persatuan Pandu Puteri Pahang menyeru ahli persatuan itu berusaha bersungguh-sungguh untuk kecemerlangan dalam pelajaran sehingga ke peringkat yang lebih tinggi.

''Saya yakin kejayaan dalam pendidikan dapat mengubah kehidupan serta menjadi kebanggaan ahli keluarga dan mengisi peluang sebagai penjawat awam peringkat tertinggi sama ada sektor awam atau swasta," titah baginda semasa menutup Karnival Pandu Puteri Sekolah-Sekolah Menengah di sini semalam.

Hadir sama Ketua Pesuruhjaya Pandu Puteri negeri, Rohani Saad dan Pengerusi Pandu Puteri Lipis, Datin Mahani Sudin.

Seramai 540 ahli persatuan itu dan 200 guru dari sekolah menengah negeri ini menyertai karnival tersebut.

Pada majlis berkenaan, Tunku Azizah turut berkenan menyampaikan sijil penyertaan dan hadiah kepada pemenang dalam pertandingan kegiatan Pandu Puteri dan penyampaian beg sekolah kepada 25 ahli termasuk Orang Asli.

Tunku Azizah bertitah, persatuan itu merupakan salah satu aktiviti kokurikulum di sekolah yang dapat menarik minat remaja kerana mempunyai ciri-ciri tersendiri bagi membentuk peribadi mereka.

Selain itu baginda mahu mereka menguasai bidang teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) bagi menjana kecemerlangan pendidikan termasuk pengurusan kehidupan harian.

''ICT perlu digunakan secara bijak dan berhati-hati supaya tidak terpengaruh dengan maklumat yang boleh merosakkan akhlak serta mengikis keutuhan jati diri seseorang," tegas baginda.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan