Rabu, 18 Mei 2011

Utusan Online - Mahkamah

Utusan Online - Mahkamah


Nota selamat tinggal diperiksa semula

Posted:

Nota selamat tinggal diperiksa semula

Nota selamat tinggal diperiksa semula

Oleh NOOR AZMAH IBRAHIM
pengarang@utusan.com.my


MUHAMMAD Shafee Abdullah memegang nota selamat tinggal yang dijumpai dalam beg sandang Teoh Beng Hock.


KUALA LUMPUR 18 Mei - Suruhanjaya Untuk Menyiasat Kematian Teoh Beng Hock mengarahkan supaya nota selamat tinggal yang dijumpai di dalam beg sandang dan dikatakan ditulis oleh setiausaha politik Exco Selangor itu diperiksa semula oleh pakar di Jabatan Kimia Malaysia.

Pengerusinya, Tan Sri James Foong Cheng Yuen memerintahkan demikian bagi membolehkan perkataan-perkataan yang dipadam dengan pen dalam nota tersebut dikenal pasti sebelum diterjemahkan oleh jurubahasa bertauliah.

Beliau mengeluarkan arahan itu selepas anggota suruhanjaya sebulat suara membenarkan permohonan peguam yang mewakili Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Dr. Muhammad Shafee Abdullah agar perkataan yang dipadam itu dikenal pasti.

''Kami benarkan permohonan Datuk Seri Muhammad Shafee iaitu nota tersebut perlu dihantar secepat mungkin ke Jabatan Kimia untuk diperiksa semula bagi membolehkan perkataan yang dipadam itu dikenal pasti.

''Sekiranya perkataan itu dalam bahasa lain, ia perlu diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu oleh jurubahasa mahkamah yang bertauliah,'' katanya pada prosiding yang diadakan khas hari ini di Mahkamah Tinggi Sivil Baharu (NCvC) di sini untuk mendengar permohonan itu biarpun suruhanjaya siasatan tersebut telah selesai pada 10 Mei lalu.

Terdahulu, Muhammad Shafee memohon agar nota tersebut diperiksa semula khususnya pada bahagian perkataan yang dipadam atau diconteng dengan pen bagi membolehkan minda individu yang menulisnya dianalisis.

Hujahnya, contengan itu dibuat antara perkataan 'saya' dan 'akibatnya' di dalam ayat 'saya telah menyusahkan kamu' serta berpendapat ada bukti yang kukuh menunjukkan nota itu ditulis dalam dua masa berasingan.

Peguam yang mewakili Majlis Peguam Malaysia, Christopher Leong pula berkata, pihaknya bersetuju nota itu diperiksa semula, tetapi membantah cara permohonan dibuat termasuk pandangan Muhammad Shafee bahawa perkataan itu dipadamkan oleh orang yang menulisnya.

Ketika ditemui oleh para petugas media di luar mahkamah, Muhammad Shafee memberitahu bahawa tindakan memadamkan perkataan tertentu dalam nota selamat tinggal itu menunjukkan penulisnya berada dalam keadaan yang waras.

Beliau yang berpendapat nota selamat tinggal itu merupakan nota bunuh diri juga menegaskan keseluruhan kes mempunyai kaitan dengan Beng Hock dan SPRM bukanlah pihak yang mendapat keuntungan daripada kematiannya.

Nota selamat tinggal yang ditujukan kepada seseorang bernama Au Yong itu menimbulkan kontroversi apabila ia hanya dikemukakan dalam prosiding inkues di Shah Alam selepas hampir setahun ia dijumpai.

Pemeriksa Dokumen dari Jabatan Kimia, Wong Kong Yong yang bertanggungjawab membuat perbandingan tulisan sebelum ini berpendapat ia mempunyai persamaan dengan contoh tulisan tangan Beng Hock.

Beng Hock, 30, setiausaha politik Ahli Dewan Undangan (ADUN) Seri Kembangan, Ean Yong Hian Wah ditemui mati di koridor tingkat lima pada 16 Julai 2009 selepas memberi keterangan di pejabat SPRM Selangor yang terletak di tingkat 14, Plaza Masalam, Shah Alam, Selangor.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Kes nusyuz isteri pertama ditangguh

Posted:

Kes nusyuz isteri pertama ditangguh

Kes nusyuz isteri pertama ditangguh

Oleh JUANI MUNIR ABU BAKAR
pengarang@utusan.com.my


Kamarullail Sulaiman bersama isteri kedua di Mahkamah Rendah Syariah, Kuala Lumpur, semalam. - utusan/DJOHAN SHAHRIN SHAH


KUALA LUMPUR 18 Mei - Mahkamah Rendah Syariah di sini, hari ini menangguhkan kes nusyuz isteri pertama seorang ahli perniagaan, Lailan Nahar Ishak (gambar) berikutan wanita itu mendakwa suaminya Kamarullail Sulaiman pernah melafazkan cerai terhadapnya sebanyak dua kali, tahun lalu.

Hakim Syarie, Surayah Ramlee memutuskan demikian selepas Lailan selaku defendan yang diwakili peguam syarie Irsamuddin Ikhsan memaklumkan bahawa Kamarullail pernah berbuat demikian di kediaman mereka di Bukit Gantang.

Sehubungan itu Irsamuddin memohon mahkamah mengantung tuntutan nusyuz tersebut sehingga kes pengesahan lafaz cerai yang difailkan di Mahkamah Rendah Syariah Taiping, Perak pada 13 Disember tahun lalu selesai bagi mengelakkan sebarang kekeliruan kelak.

Bagaimanapun, permohonan itu dibantah keras oleh peguam syarie Muhammad Nur Hafiz Roslan yang mewakili plaintif, Kamarullail, dengan mendakwa pihak defendan sengaja menimbulkan isu lain bagi melambatkan prosiding.

Ujar Muhammad Nur Hafiz, sepanjang prosiding tuntutan nusyuz yang dikemukakan sejak Januari lalu, beliau dan anak guamnya tidak pernah menerima dokumen pengesahan lafaz cerai itu daripada Lailan.

Pertikaian antara peguam kedua belah pihak dapat dihentikan sementara setelah Surayah menangguhkan kes itu sehingga esok bagi memberi peluang ia menyemak status kes pengesahan lafaz cerai sebelum membuat keputusan sama ada kes nusyuz itu diteruskan ataupun tidak.

Lailan, 45, hadir ke prosiding hari ini dengan ditemani tiga ahli keluarganya pada pukul 9.30 pagi, manakala suaminya Kamarullail, 48, yang merupakan Timbalan Ketua UMNO Bahagian Bukit Gantang menyusul sejam kemudian.

Sebelum prosiding bermula, ibu Lailan yang uzur cuba menghulurkan tangannya untuk bersalaman dengan Kamarullail, tetapi usahanya gagal kerana ditepis oleh tiga pengawal peribadi yang mengiringi lelaki tersebut.

Warga emas yang bertongkat itu kemudiannya cuba pula berjalan ke arah Kamarullail dan sekali lagi menghulurkan tangan tetapi menantunya melarikan diri.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan