Utusan Online - Pahang |
Posted: Pili: Bomba kecewaOleh NOREHAN SALEH SEBAHAGIAN pegawai dan anggota Bomba dan Penyelamat Pahang membaca ikrar pada Sambutan Hari Bomba dan Penyelamat peringkat negeri di Kuantan, baru-baru ini. KUANTAN 14 Mei – Jabatan Bomba dan Penyelamat Pahang kecewa dengan penyertaan orang ramai sebagai 'Teman Pili Bomba' yang diwujudkan jabatan itu kurang mendapat sambutan. Penolong Pengarah Bahagian Operasi Bomba Pahang, Zulfahmi Sutaji berkata, setakat ini pihaknya hanya menerima seramai 400 'ibu dan bapa' angkat kepada pili bomba di kawasan masing-masing. Menurutnya, jumlah tersebut dianggap masih kecil berbanding 21,000 pili bomba yang terdapat di negeri ini. "Kita menawarkan kepada masyarakat untuk menjadi salah satu teman atau ibu bapa angkat kepada pili bomba yang berhampiran dengan rumah mereka. "Program itu bagi mewujudkan kesedaran orang ramai untuk menjaga dan memastikan pili bomba berada dalam keadaan baik," katanya selepas Majlis Sambutan Hari Bomba dan Penyelamat Peringkat Pahang, di sini baru-baru ini. Zulfahmi berkata, orang ramai boleh berhubung terus dengan balai bomba berdekatan untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang program tersebut. |
Posted: Polis buru lelaki LombokTEMERLOH 14 Mei - Polis sedang mengesan seorang lelaki warga Indonesia yang dipercayai boleh membantu siasatan kematian seorang lagi rakyat negara itu yang mayatnya ditemui di ladang betik di Jalan Ulu Ketam, Kerdau dekat sini Selasa lalu. Ketua Polis daerah, Asisten Supritendan Mohd. Nor Mansor berkata, suspek dikenali sebagai Riyan berusia lingkungan 20-an, dari Lombok dengan ketinggian 165 sentimeter dan berkulit sawo matang. "Hasil pemeriksaan pakar patologi mendapati terdapat empat kesan tetakan di tangan kanan mangsa yang bekerja di ladang betik berkenaan," katanya pada sidang akhbar, di sini hari ini. Mohd. Nor memberitahu, hasil bedah siasat mendapati mangsa meninggal dunia akibat putus urat tunjang tengkok dan motif pembunuhan dipercayai berkaitan dengan hutang. Sehubungan itu, beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat menghubungi pegawai penyiasat, Asisten Supritendan Sharudin menerusi talian 019-9812820 atau 09-2691222 atau mana-mana balai polis berhampiran. Dalam perkembangan lain, Mohd. Nor berkata, pihaknya menemui semula sebahagian barang yang disamun dari rumah Jurutera Daerah Temerloh dalam kejadian pecah rumah pada 29 April lalu. Katanya, jurutera berkenaan mengalami kerugian bernilai kira-kira RM10,000 setelah kehilangan sebuah komputer riba, dua utas gelang tangan, masing-masing seutas gelang kaki dan rantai leher serta dua bentuk cincin. "Polis menahan dua suspek yang masing-masing berusia 20 dan 34 tahun dan turut mempunyai rekod jenayah berkaitan curi motosikal," katanya. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Pahang To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan