Sabtu, 7 Mei 2011

Utusan Online - Pahang

Utusan Online - Pahang


Hashimah tabah sara 5 anak, ibu uzur

Posted:

Hashimah tabah sara 5 anak, ibu uzur

Hashimah tabah sara 5 anak, ibu uzur

Oleh SITI NORIZAT SHIKH ABDUL JALIL
utusanpahang@utusan.com.my


HASHIMAH Hashim (berdiri belakang) menunjukkan ibunya, Rosma Abdul Rahman (kerusi roda) ketika menerima kunjungan P. Ragunathan (kanan) bersama rombongan di rumahnya di Kampung Pantai Beserah, Kuantan, semalam.


KUANTAN 7 Mei – Seorang kakitangan Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) mengibaratkan dirinya bagaikan 'jatuh ditimpa tangga' apabila kehilangan tempat bergantung selepas suami terlibat dalam kemalangan dan terpaksa menyara ibu yang menghidap penyakit kanser payu dara.

Bagaimanapun, Hashimah Hashim, 43, tetap gigih menyara lima anaknya yang masih bersekolah selepas suaminya, Muhamad Suhaimi Jaafar, 46, tidak mampu mencari rezeki sebagai pemandu teksi akibat kemalangan jalan raya pada Ogos tahun lalu.

Ibunya pula, Rosma Abdul Rahman, 70, perlu diberi perhatian sewajarnya kerana menggunakan kerusi roda akibat kanser payu dara tahap empat sejak dua tahun lalu dan mendapatkan rawatan susulan sebanyak tiga kali sebulan di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), di sini.

Lebih malang, kata Hashimah, dia sekeluarga perlu mencari tempat perlindungan baru selepas tanah yang diduduki mereka sejak 1960 bakal dijual pemiliknya.

"Saya perlu kerap membawa ibu ke hospital mendapatkan rawatan susulan kerana penyakitnya semakin serius," katanya ketika ditemui selepas menerima kunjungan Presiden MIC Cawangan Air Putih di sini, P. Ragunathan; Presiden Kelab Apex, R. Sathiya Seelan dan Presiden Kelab Kerjayanita India Kuantan, T. Smoothi di rumahnya di Kampung Pantai Beserah, di sini semalam.

Hashimah memberitahu, dia memerlukan kira-kira RM2,000 sebulan untuk menampung kos rawatan ibunya sedangkan pendapatan kasarnya hanya RM1,300 sebulan.

Berikutan itu, dia terpaksa menagih simpati pihak lain termasuk rakan-rakan selain bergantung harap dengan bantuan bulanan RM300 daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

"Kerusi roda yang digunakan ibu adalah sumbangan golongan dermawan yang prihatin terhadap nasib kami. Saya juga terharu dengan kunjungan MIC ke rumah kami kerana sudi menghulurkan bantuan tanpa mengira kaum," katanya.

Dalam pada itu, Ragunathan berkata, pihaknya akan berusaha menguruskan keperluan keluarga tersebut termasuk mendapatkan katil yang lebih sesuai untuk Rosma selain rumah baru yang lebih selesa.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

2 kampung jadi Desa WiFi di Bera

Posted:

2 kampung jadi Desa WiFi di Bera

2 kampung jadi Desa WiFi di Bera

BERA 7 Mei - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah memilih dua kampung di daerah ini iaitu Kampung Batu Papan dan Kampung Guai sebagai ''Desa WiFi'' pada tahun ini.

Ahli Parlimen Bera, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kemudahan itu dibangunkan bagi memastikan penduduk luar bandar menikmati kemudahan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) selain merapatkan jurang digital antara kawasan bandar dan desa.

''Penduduk di dua kampung ini boleh melayari Internet tanpa menggunakan wayar. Kita berharap penduduk dapat memanfaatkan kemudahan ini," katanya ketika berucap pada majlis Karnival Kelas Agama dan Fardhu Ain (KAFA) di Kampung Batu Papan, dekat sini baru-baru ini.

Beliau yang juga Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan berkata, kerajaan juga meluluskan pembinaan gelanggang futsal bagi kemudahan golongan belia bersukan di Kampung Batu Papan.

Menurutnya, pembinaan gelanggang yang boleh digunakan pada waktu malam itu akan siap sepenuhnya sebelum akhir tahun ini.

''Gelanggang tersebut dilengkapi dengan lampu limpah yang membolehkan golongan belia menggunakannya pada waktu malam," katanya.

Selain itu, tambah beliau, pihaknya meluluskan peruntukan sebanyak RM5,000 kepada Persatuan Kompang Kampung Batu Papan bagi membolehkan persatuan itu menjalankan pelbagai aktiviti.

''Segala kemudahan ini bertujuan menggalakkan golongan belia melibatkan diri dalam aktiviti berfaedah selain mengelakkan mereka terjebak dalam kegiatan tidak sihat," katanya.

Sehubungan itu, beliau mengajak penduduk terus memberi sokongan kepada kerajaan supaya segala perancangan dapat dilaksanakan dengan lancar.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Program Jom Jengok dekati OKU

Posted:

Program Jom Jengok dekati OKU

Program Jom Jengok dekati OKU

KUANTAN 7 Mei - Program Jom Jengok anjuran Felda Wilayah Kuantan dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) di Felda Bukit Goh di sini hari ini, bertujuan mendekati golongan orang kurang upaya (OKU).

Pengurus Felda Bukit Goh, Hussain Yeop berkata, selain memberi semangat kepada golongan OKU, program itu juga bertujuan mendedahkan penduduk mengenai bahaya dadah.

Selain itu, kata beliau, program tersebut mampu mengeratkan hubungan penduduk menerusi aktiviti seperti sukaneka dan ceramah motivasi.

"Melalui kerjasama AADK, ia dapat meningkatkan amalan gaya hidup bermasyarakat supaya lebih sejahtera," katanya kepada pemberita di sini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan