Sabtu, 7 Mei 2011

Berita Harian: Nasional

Berita Harian: Nasional


Agenda pertemuan paderi serius

Posted: 07 May 2011 05:48 PM PDT

Nasional

Usaha jadikan Kristian agama rasmi Persekutuan jejas keselamatan negara

JERTIH: Kerajaan memandang serius jika benar laporan berhubung penganjuran pertemuan paderi dari seluruh negara yang didakwa turut membincangkan agenda menjadikan Kristian agama rasmi Persekutuan serta melantik Perdana Menteri di kalangan penganut agama itu.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata apa juga tindakan daripada satu agama akan mengundang reaksi penganut agama lain. "Kalau satu kaum membawa satu perkara (isu sensitif) yang lebih-lebih sangat, akhirnya mengundang reaksi kaum lain," katanya selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Besut, di sini semalam.

Sehubungan itu, Hishammuddin berkata, pihak yang terbabit menganjurkan perjumpaan itu haruslah bertanggungjawab termasuk jika mereka terpaksa berdepan tindakan undang-undang.

Beliau mengulas laporan akhbar yang memetik laman blog, BigDog dan Marahku, masing-masing menyiarkan artikel berjudul Making The Christianity Official Religion yang mendedahkan pertemuan sekumpulan paderi dalam usaha menjadikan Kristian agama rasmi negara ini dan melantik Perdana Menteri dari kalangan bukan Islam.

Hishammuddin berkata, status Islam sebagai agama rasmi negara sangat suci dan tidak boleh dilanggar atau dipersoalkan, sekali gus meminta polis menyiasat sama ada perjumpaan berkenaan benar-benar wujud dan sama ada benar atau tidak ada gerakan seumpama itu.
"Gerakan seperti ini amat menghasut dan meletakkan seluruh negara dalam bahaya. Jika terbukti ada gerakan sedemikian, polis harus bertindak," katanya.

Di KUALA LUMPUR, Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Khalid Abu Bakar, ketika ditemui pemberita memberi amaran kepada pihak tertentu supaya 'jangan bermain dengan api' dengan cuba menjadikan Kristian agama rasmi yang dikhuatiri boleh mencetuskan ketegangan kaum hingga mengancam keselamatan rakyat dan negara.

Beliau berkata, perbuatan itu amat serius dan siasatan terperinci sedang dijalankan, termasuk mengenalpasti pihak bertanggungjawab dalam isu berkenaan yang boleh menjejaskan keharmonian rakyat berbilang bangsa di negara ini jika tidak segera dibendung.

"Ini perkara sensitif... saya nasihatkan semua pihak berhati-hati dalam membangkitkan isu sebegini kerana ia turut membabitkan ketenteraman awam dan keselamatan negara. Polis tidak akan berkompromi terhadap pihak terbabit jika mereka masih berdegil dan terus memainkan isu sensitif ini," katanya.

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen

saladin muzakkar

Ni semua mainan politik je ni. Jangan terpengaruh dengan taktik tak baik mcm ni. Nak cari sokongan pun jgn sampai membahayakan masa depan negara. Jadilah kerajaan yang bertanggungjawab........

my

apapun asalkan rakyat kebanyakan selesa aman rasuah dibentras penjawat awan berintegriti

Azlan

Isu agama tak perlulah di bangkitkan kerana ia amat sensitif peliharalah keharmonian sesama kaum yang telah terjalin selama ini.

Sahrul

Inilah akibat kalau Perlembagaan negara sudah tidak dihormati. Terimalah hakikat bahawa Islam adalah agama rasmi perlembagaan Malaysia. Just like it, or leave it..

zulkifli bin daud

Pihak berkuasa perlu bijak menyelesaikan masalah tersebut. Ianya mungkin terjadi disebabkan oleh umat Islam tidak sama-sama menjaga kesucian Islam. Saya sebagai umat Islam, semua parti-parti politik perlu bergabung untuk kesucian Islam pada masa akan datang, kesemua peminpin Islam daripada Sultan di Malaysia dan peminpim Melayu perlu memberi kekuatan Islam di Malaysia.

Keling Menoa

Perjumpaan itu mungkin membincangkan hal lain tp dipolitikkan pembangkang. Walaupun sy org kristian tp itu tidak patut terjadi. Kita dah ada perlembagaan.

WaRgA 1M

Isu2 sensitif tak perlu diheboh d media masa, sekadar cukup melaporkan kpd pihak polis dan biar pihak polis yg mengambil tindakan. Pihak media/Menteri harus bermain peranan tidak menyiarkan/menghebohkan isu2 yg sensitif seperti ini, kerana ia secara tidak langsung boleh mempengaruhi minda masyarakat yg berbilang kaum dan agama.

oldman50

Kerajaan perlu bertindak tegas dalam Isu yang telah dilaporkan. Memandangkan Islam adalah agama rasmi Malaysia, tiada sebab ada orang-orang tertentu cuba hendak mengubah perlembagaan negara. Tidak tegas perlu diambil tanpa memberi amaran.

cobainroamer

Bukan org PAS bukan orang UMNO..tapi Bangsa Melayu yg sayangkan ISLAM IMAN DAN IHSAN 165 bersatulah kerana Allah.. cuba tanya negara China, Sepanyol, UK dan lain-lainnya, ada ker mereka memberi mandat kepada bangsa kita atau bangsa lain untuk menjadi Menteri dan pegawai atasan.. TIDAK ADA LANGSUNG.. lupakanlah perpecahan dan perselisihan faham yg ada..sy sayang bangsa dan negara saya..cukup2lah beri peluang pada mereka...kalaulah Rasulullah SAW masih hidup, pasti Baginda bersedih dengan apa yug terjadi..ikhlas dari hati..Jika MELAYU dan orang ISLAM jadi Pemimpin, kita pasti akan jaga bangsa lain sama..tapi jika sebaliknya, renung2kanlah...

Fa'e

Dunia akhir zmn, musuh2 Islam sentiasa berusaha m'hncurknnya. Wahai kaumku, jangan engkau lalai, mr lah kita bstu pertahanknnya.

faiz

dah salah nak lari kemana? siapa yang kena ya?

ridzuan_erid

Salam sejahtera semua, sebagai warga Malaysia yang sudah di kenali dengan majmuk masyarakatnya, saya amat terkilan sekiranya perkara tersebut benar benar wujud di dalam masyarakat kita. Tidakkah kita perlu lebih memikirkan untuk pembangunan negara dan bukannya memecah belahkan kedaulatan yang sudah sedia terpatri sewaktu perjanjian dulu iaitu ketika kita mahu mencapai kemerdekaan sehinggalah sekarang. adakah kita sentiasa mahu anak bangsa kita, anak kita terbujur kaku di hadapan kita hanya kerana usaha yang begitu jahil oleh sesetengah pihak ini? mahukah kita terpaksa berlari tanpa arah hanya kerana mahu mengelak dari serangan peluru dan motar? fikirkanlah dengan baik tindakan mereka ini rasional atau tidak. Pada pandangan peribadi saya, kerajaan perlu tegas dan menghukum mereka sekiranya berita ini sahih dengan kadar segera.


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Sultan Johor lepas peserta GP Joran

Posted: 07 May 2011 05:43 PM PDT

Nasional

Lebih 1,000 peserta mulakan cabaran rebut hadiah wang tunai RM82,000

MERSING: Karnival GP Joran anjuran Berita Harian yang berlangsung di Tanjung Leman dekat sini semalam, mencipta sejarah apabila menarik penyertaan hampir 1,000 peserta bagi kategori laut dalam.

Selain pemancing dari seluruh negara, acara itu turut menarik penyertaan peserta Singapura dan Indonesia yang menaiki 120 bot menuju lokasi tumpuan memancing terletak kira-kira 20 batu nautika di luar perairan Mersing. Kategori Laut Dalam dan Pantai GP Joran Berita Harian 2011 yang berlangsung di Pantai Tunjuk Laut Resort hari ini, menawarkan hadiah wang tunai RM82,000 termasuk RM20,000 sebagai hadiah utama bagi setiap kategori.

Majlis pelepasan peserta acara laut dalam itu disempurnakan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar yang berkenan mencemar duli di Jeti Tanjung Leman pada 11.30 pagi.

Turut hadir Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman; Presiden dan Ketua Eksekutif Johor Corporation (JCORP), Kamaruzzaman Abu Kassim; Pengarah Eksekutif Editorial The New Straits Times Press (M) Berhad (NSTP), Datuk Ahmad Talib dan Pengarang Kumpulan Berita Harian, Datuk Mior Kamarul Shahid.

Pusingan kedua Karnival GP Joran Berita Harian 2011 yang berlangsung serentak dengan Karnival Tanjung Leman, mendapat kerjasama Kerajaan Negeri Johor, Jabatan Pelancongan Johor dan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM).
JCORP dan Damansara Assets Sdn Bhd, memberi sokongan padu selaku penaja eksklusif pusingan kedua, manakala Perusahaan Otomobil Kedua (PERODUA) selaku penaja utama keseluruhan karnival GP Joran 2011.

Penaja lain menyokong pertandingan tahun ini termasuk Gardenia (KL) Bakeries Sdn Bhd; Nestle Product (M) Sdn Bhd bagi produk Nescafe dan Maggi; Adabi Consumers Industries Sdn Bhd; Universal Fitness & Leisure Sdn Bhd; Bor Explorer Sdn Bhd, World of Sports bagi produk Columbia dan Axis Kay Trading yang menaja minuman kesihatan.

Acara kategori pantai yang akan berlangsung di Pantai Tunjuk Laut Resort mulai jam 8 pagi ini dijangka menarik penyertaan 1,000 peserta yang sebahagiannya mula tiba di sini sejak petang semalam.

Selain acara memancing, kira-kira 20 acara sampingan untuk kanak-kanak serta persembahan artis sempena pelancaran edisi awal Berita Minggu berlangsung di pentas utama tapak karnival Tanjung Leman, malam tadi.

Sempena karnival itu, ceramah agama turut disampaikan Penasihat Majlis Agama Islam Johor, Datuk Nooh Gadut yang dihadiri peserta GP Joran dan penduduk tempatan.


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan