Rabu, 18 Mei 2011

Utusan Online - Muka Hadapan

Utusan Online - Muka Hadapan


Dukacita Israel tembak kapal

Posted:

Dukacita Israel tembak kapal

Dukacita Israel tembak kapal


NAJIB Tun Razak dan Rosmah Mansor yang tiba dari Lapangan Terbang Antarabangsa Newark Liberty untuk lawatan dua hari ke Amerika Syarikat disambut perwakilan Malaysia di sebuah hotel di New York, semalam. – BERNAMA


OXFORD 17 Mei – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan tindakan Israel menembak kapal bantuan kemanusiaan, MV Finch yang ditaja Malaysia pada awal pagi Isnin lalu sebagai tanda kezaliman rejim Tel Aviv terhadap rakyat Palestin.

Sambil melahirkan rasa dukacita terhadap insiden itu, Perdana Menteri menegaskan, tembakan tidak boleh dilepaskan terhadap kumpulan yang membawa bantuan kemanusiaan daripada orang awam tambahan pula tidak bersenjata, walaupun untuk tujuan amaran.

Menurut beliau, Malaysia akan terus menyalurkan bantuan kepada rakyat Palestin meskipun menghadapi banyak halangan dan rintangan.

"Saya berasa amat dukacita dengan perbuatan yang begitu angkuh dan tidak berperikemanusiaan rejim Tel Aviv," katanya dalam sidang akhbar selepas majlis minum teh dengan penuntut-penuntut Malaysia di sini semalam.

Najib mengulas insiden kapal itu yang dipintas dan diserang oleh tentera laut Israel semasa tiba di perairan berhampiran Rafah, Mesir.

MV Finch yang membawa muatan paip PVC sepanjang 7.5 kilometer untuk membantu memulihkan sistem pembetungan yang musnah di Gaza, diserang pada pukul 6.54 pagi waktu Jordan (kira-kira pukul 11.54 pagi waktu Malaysia).

Menurut Najib, tindakan Israel itu menunjukkan bahawa rejim itu akan melakukan apa sahaja untuk terus menekan rakyat Palestin kerana mereka tidak mahu penduduk di Gaza mendapat bantuan.

Mengenai sama ada Malaysia akan menyuarakan bantahan kepada Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengenai perkara itu, beliau berkata, negara telah banyak melakukan representasi dan lantang memperjuangkan isu Palestin kepada badan dunia itu, tetapi ia berlalu begitu sahaja.

Rakyat Malaysia jelasnya, begitu gigih dan bersemangat membantu rakyat Palestin yang sekian lama hidup dalam keadaan tertekan dan menderita akibat tindakan kejam dan zalim tentera Israel.

Perdana Menteri mengakhiri lawatan kerja dua hari ke Britain semalam dan berlepas ke New York, Amerika Syarikat. Beliau akan mengadakan lawatan rasmi ke Britain pada Julai ini. – Utusan

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Dedah segera demi kredibiliti polis

Posted:

Dedah segera demi kredibiliti polis

Dedah segera demi kredibiliti polis

KUALA LUMPUR 17 Mei - Kredibiliti pihak polis akan terus terjejas jika masih teragak-agak untuk mendedahkan identiti pelaku dalam rakaman video seks sedangkan seseorang telah dikaitkan dengan skandal itu.

Ketua Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA), Datuk Zaid Ibrahim (gambar) berkata, polis akan dituduh mempunyai kepentingan politik jika terus bermain 'tarik tali' memandangkan video seks itu sudah menjadi isu nasional.

"Apa lagi polis nak tunggu? Siasatan sudah lengkap dan disahkan tulen oleh pakar antarabangsa, dedahkanlah siapa pelakunya. Rakyat bukan sekadar hendak tahu ketulenan video tapi lebih penting siapa pelakunya.

"Jangan sampai masyarakat melihat polis pun mengikut rentak tarian orang politik. Kalau bukan polis yang dedahkan pelaku, pihak mana lagi yang hendak diharapkan. Ini bukan lagi soal ada keperluan perundangan atau tidak.

"Seseorang sudah dikaitkan dan saya yang menonton juga yakin tetapi pemimpin tersebut menafikan. Jadi penting polis sahkan siapa pelaku agar kekeliruan ini ditamatkan," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia, di sini hari ini.

Beliau mengulas keengganan polis mendedahkan identiti pelaku dalam video seks meskipun pakar dari Korea Selatan serta Amerika Syarikat mengesahkan bahawa video tersebut tulen dan bukan menggunakan teknik pertindihan.

Dalam pada itu, Zaid yang juga pengamal undang-undang berkata, Datuk Seri Anwar Ibrahim boleh didakwa kerana membuat laporan palsu jika terbukti pelaku dalam video seks tersebut adalah dirinya.

"Sudah tentu Anwar boleh didakwa, tiada sebarang keraguan mengenai peruntukan undang-undang untuk pendakwaan tersebut jika terbukti dia membuat laporan palsu. Sebab itulah pentingnya identiti pelaku didedahkan.

"Jika benar lelaki dalam video seks tersebut Anwar, dia harus didakwa atas kesalahan membuat laporan palsu. Semua pihak tidak boleh dwi standard dalam hal ini kerana jika kita menghormati nilai perundangan, pendakwaan perlu dibuat," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Jeff Ooi dicabar saman Mohamed Razali

Posted:

Jeff Ooi dicabar saman Mohamed Razali

Jeff Ooi dicabar saman Mohamed Razali

MELAKA 17 Mei - Ahli Parlimen Jelutong, Jeff Ooi dicabar supaya mengambil tindakan mahkamah terhadap ahli DAP Bahagian Jelutong, Mohamed Razali Abdul Rahman sekiranya laporan polis berhubung penganjuran majlis pertemuan paderi di Pulau Pinang baru-baru ini, adalah tidak betul.

Bekas Setiausaha Sulit Datuk Seri Anwar Ibrahim, Anuar Shaari berkata, sebagai seorang yang mendakwa dirinya penuh integriti, wakil rakyat DAP itu juga wajar mengambil tindakan mahkamah sekiranya beliau mempunyai bukti 'ada yang tidak kena' dengan laporan Mohamed Razali itu.

"Jeff Ooi mendakwa Mohamed Razali telah dipujuk oleh saudaranya yang bekerja sebagai anggota polis cawangan khas untuk membuat laporan polis mengenai apa yang berlaku di hotel terbabit.

"Oleh itu, adalah wajar beliau mempertahankan Mohamed Razali yang juga ahli DAP jika benar ada berlaku penyelewengan dalam laporan itu seperti didakwa beliau," katanya kepada Utusan Malaysia di pejabatnya di Ayer Keroh, di sini hari ini.

Beliau mengulas laporan kenyataan Ooi yang dipetik daripada portal berita Malaysiakini bertarikh 14 Mei lalu yang menyebut beliau percaya Mohamed Razali yang membuat laporan polis itu dipujuk oleh saudaranya itu yang memantau kegiatan politik di kawasan Jelutong.

Memetik laporan itu, Ooi berkata, mereka diberitahu Mohamed Razali anggota polis itu juga dikatakan berperanan membantu Utusan Malaysia mendapatkan berita terbabit.

Sementara itu Ahli Parlimen Batu Pahat, Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, wakil rakyat DAP itu perlu berani mengambil tindakan mahkamah bagi menafikan dakwaan kononnya beliau menganjurkan majlis tersebut.

"Kalau berani dan bertanggungjawab, maka untuk menegakkan kebenaran dia kena ambil tindakan mahkamah atau saman terhadap Mohamed Razali," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan pertanian kawasan Parlimen Batu Pahat kepada 38 peserta di Kompleks Peladang Sungai Dulang, Rengit, Batu Pahat hari ini.

Jeff Ooi dalam laporan muka depan Utusan Malaysia bertarikh 6 Mei lalu menafikan menganjurkan pertemuan paderi dari seluruh negara itu, yang didakwa turut berikrar untuk menjadikan Kristian agama rasmi Persekutuan dan melantik Perdana Menteri di kalangan penganut agama itu.

Majlis pertemuan paderi berkenaan dan ikrar menjadikan Kristian sebagai agama rasmi Persekutuan itu didedahkan dua laman blog iaitu bigdog di www.bigdogdotcom.wordpress.com menerusi entri bertajuk Making Christianity the official religion? dan blog Marahku di http://marahku.blogspot.com.

Kata Mohd. Puad, dakwaan itu serius dan sudah menjadi isu, maka Jeff Ooi tidak boleh melarikan diri dengan membuat penafian bahawa ia tidak wujud sedangkan laporan polis dibuat oleh ahli DAP sendiri malah kawan baik beliau.

"Oleh itu Ahli Parlimen Jelutong kena berani, maksudnya jangan hendak menyembunyikan diri, melepaskan diri dan kemudian mengalihkan tuduhan kepada pihak lain seperti Utusan Malaysia berbohong dan sebagainya," katanya.

Menurutnya, isu tersebut amat serius dan berbahaya justeru tidak boleh didiamkan begitu sahaja tanpa tindakan yang sewajarnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan