Selasa, 3 Mei 2011

Utusan Online - Muka Hadapan

Utusan Online - Muka Hadapan


Osama bin Laden terkorban

Posted:

Osama bin Laden terkorban

Osama bin Laden terkorban


DUA wajah Osama semasa hidup (kiri) dan selepas terbunuh dalam serangan ketenteraan diketuai Amerika Syarikat (AS) di bandar Abbottabat, utara Islamabad. Bagaimanapun gambar kecederaan Osama itu diragui oleh banyak pihak.


WASHINGTON 2 Mei – Pemimpin rangkaian al-Qaeda, Osama bin Laden maut dalam satu operasi ketenteraan diketuai Amerika Syarikat (AS) di Pakistan, sekali gus menamatkan pemburuan selama 10 tahun yang dilancarkan AS terhadap perancang serangan ke atas Pusat Dagangan Dunia di New York pada 11 September 2001.

Presiden AS, Barack Obama dalam satu pengumuman rasmi berhubung perkara tersebut berkata, Osama terbunuh dalam satu serangan tentera AS di bandar Abbottabat, kira-kira 100 kilometer di utara Islamabad.

Beliau berkata, turut maut dalam operasi selama 40 minit diketuai Agensi Perisikan Pusat (CIA) itu ialah tiga lelaki termasuk seorang anak lelakinya dan seorang wanita.

"Keadilan telah ditegakkan," kata Obama lewat malam tadi di White House, sambil menambah kata, jenazah ketua al-Qaeda itu kini berada dalam simpanan AS dan akan disemadikan mengikut hukum Islam.

Kematian pemimpin al-Qaeda itu turut disahkan Pengarah Risikan Antara Perkhidmatan Pakistan (ISI), Leftenan Jeneral Ahmad Shuja Pasha.

Seorang anggota al-Qaeda di Yemen yang dihubungi menerusi telefon turut mengesahkan ketua rangkaian militan itu terbunuh dan menyifatkannya sebagai 'malapetaka'.

Beberapa jam selepas pengumuman mengenai kematian Osama dibuat, AS segera mengeluarkan amaran perjalanan kepada rakyatnya di seluruh dunia dengan menyatakan satu keganasan anti-AS mungkin tercetus.

"Jabatan Negara AS memberi amaran kepada rakyat negara ini yang berada di luar negara supaya berjaga-jaga terhadap sebarang keganasan yang mungkin berlaku," kata jabatan tersebut dalam satu kenyataan.

Rangkaian televisyen terbesar Pakistan, Geo turut menyiarkan satu rakaman imej muka Osama yang berlumuran darah, tetapi ia masih belum disahkan. – AFP/AP/Reuters

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

PM: Dapat pulih imej Islam

Posted:

PM: Dapat pulih imej Islam

PM: Dapat pulih imej Islam

Oleh SAIFULIZAM MOHAMAD
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 2 Mei – Datuk Seri Najib Tun Razak berharap kematian pengasas al-Qaeda, Osama bin Laden yang terbunuh dalam satu serangan tentera Amerika Syarikat (AS) hari ini akan membuatkan dunia menjadi lebih aman, selamat dan adil.

Perdana Menteri juga berharap kematian Osama akan dapat memulihkan semula nama baik Islam yang tercalar ekoran imej negatif dibawa oleh pengasas al-Qaeda itu.

Beliau bagaimanapun mengingatkan kepada semua pihak bahawa meskipun kematian Osama memberi tamparan hebat kepada al-Qaeda, namun itu tidak bermakna pergerakan tersebut akan terkubur sama sekali sebaliknya ia tetap boleh disusun serta digerakkan semula.

"Kita tidak boleh anggap segala-galanya telah tamat ekoran kematian Osama tetapi jelas kehilangannya merupakan satu kehilangan bagi pihak al-Qaeda terutama dari segi kekuatan kepada pergerakan itu.

"Di peringkat negara pula tiada tanda pergerakan al-Qaeda wujud. Namun begitu pihak polis akan terus berada dalam keadaan berjaga-jaga termasuk mengesan jika ada apa-apa tindakan daripada mana-mana pihak untuk menunjukkan simpati kepada kematian Osama,'' katanya.

Beliau bercakap pemberita selepas melancarkan rumah terbuka Hari Vaisakhi di Dataran Merdeka di sini hari ini.

Najib mengulas laporan bahawa pemimpin al-Qaeda, Osama maut dalam satu pertempuran dengan tentera AS di Pakistan dan jenazahnya kini dilapor berada dalam simpanan AS seperti yang diumumkan oleh Presiden Barack Obama hari ini.

Dalam pada itu Najib berkata, selama ini Osama telah menggunakan Islam yang akhirnya memberi gambaran yang buruk terhadap agama suci itu.

"Sebab itulah sebagai negara di mana majoritinya umat Islam kita kena menunjukkan pendirian kita bahawa dalam kita memartabatkan Islam, dalam kita memperjuangkan ketidakadilan dan sebagainya kita wajib memegang kepada prinsip-prinsip yang dibenarkan oleh agama kita,'' katanya lagi.

Dalam pada itu beliau berkata, kerajaan telah mengambil sikap menentang segala bentuk keganasan dan kefahaman keterlaluan atau ekstrem seperti mana yang dibawa oleh al-Qaeda.

Ujarnya, pendirian kerajaan itu adalah selaras dengan prinsip Islam terutama dalam isu membunuh orang awam atas apa jua alasan termasuk mahu menentang ketidakadilan kerana perbuatan itu dilarang dan ditegah dengan kerasnya oleh agama Islam.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Harapan bawa keamanan sejagat

Posted:

Harapan bawa keamanan sejagat

Harapan bawa keamanan sejagat

KLUANG 2 Mei - Kematian pemimpin kumpulan pengganas al-Qaeda, Osama bin Laden dalam satu operasi di Islamabad, Pakistan hari ini diharap akan membawa sinar keamanan dan keharmonian kepada dunia sejagat.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein bagaimanapun turut memberi amaran, perjuangan kumpulan yang terlibat dalam beberapa serangan pengganas di seluruh dunia itu tidak terhad kepada seorang individu sahaja sebaliknya melibatkan gerakan yang besar.

"Saya sudah meminta laporan penuh daripada pihak perisikan mengenai hal ini bagi mengetahui kesahihan perkara ini, bagaimanapun laporan awal yang diterima masih belum dapat mengesahkan kejadian berkenaan.

"Jika benar perkara itu berlaku, saya harap ia akan menjurus kepada keselamatan dan keamanan sejagat yang merupakan tanggungjawab bersama," katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian persidangan perwakilan UMNO Bahagian Sembrong di Taman Sri Lambak di sini hari ini.

Majlis perasmian itu disempurnakan oleh Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir di sini, hari ini.

Hari ini media antarabangsa melaporkan, pemimpin al-Qaeda kelahiran Arab Saudi yang hidup dalam persembunyian itu dilaporkan terbunuh dalam satu operasi khas tentera Amerika Syarikat (AS) di Pakistan dan jenazahnya kini berada dalam simpanan AS, umum Presiden Barack Obama hari ini.

Hishammuddin yang juga Naib Presiden dan Ketua UMNO Bahagian Sembrong berkata, Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerusi pelbagai unit khasnya sentiasa bekerja keras bagi memastikan rakyat negara ini bebas daripada segala ancaman kumpulan militan.

"Tidak ramai yang tahu pelbagai perkara dilakukan oleh PDRM bagi memastikan keselamatan rakyat di negara ini terjamin dan membolehkan mereka tidur dengan lena pada waktu malam.

"Saya ingin tekankan di sini, PDRM, unit risikan dan segala unit khas yang ada di dalam negara ini sentiasa memantau segala pergerakan militan yang wujud secara dekat bagi memastikan keselamatan rakyat," katanya.

Beliau berkata, baru-baru ini Malaysia telah menandatangani perjanjian keselamatan dengan Arab Saudi dan Australia berhubung isu keganasan dan imigresen.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan