Ahad, 1 Mei 2011

Utusan Online - Muka Hadapan

Utusan Online - Muka Hadapan


Pas perlu keluar pakatan

Posted:

Pas perlu keluar pakatan

Pas perlu keluar pakatan

Oleh WAN ZULKIFLI WAN YAACOB dan RADHUAN HUSSAIN
utusanterengganu@utusan.com.my


Najib dan isteri, Rosmah Mansor disambut meriah pada majlis Jamuan Rakyat di Kuala Terengganu, malam tadi. – MINGGUAN/Shaifudin Mohd. Nor


KUALA TERENGGANU 30 April - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, pemimpin Pas perlu menerima kenyataan bahawa mereka mesti keluar daripada pakatan pembangkang jika benar-benar berjuang untuk kepentingan agama Islam.

Menurut Perdana Menteri, Pas tidak akan memperoleh apa yang dicita-citakan selama ini dan kerjasama dengan parti pembangkang lain hanya memberi keuntungan kepada DAP.

''Tak kisahlah sama ada Pas mahu bersendirian atau bergabung dengan UMNO, yang penting mereka tidak boleh bergabung dengan DAP kerana usaha Pas dalam memperjuangkan Islam akan terhalang," katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Perumahan Pangsapuri Rakyat di Pulau Duyung di sini hari ini.

Dengan merujuk pilihan raya negeri Sarawak baru-baru ini, beliau berkata, usaha gigih Pas ketika berkempen hanya memberikan keuntungan yang lebih besar kepada DAP.

Menurut Najib, Pas perlu menerima kenyataan tentang ideologi mereka yang jelas bertentangan dengan DAP.

''Dari segi pertimbangan, tak ada makna Pas kekal dalam pakatan rakyat. Soal dia nak bergabung atau tidak, itu soal lain.

''Sebab kalau dalam pakatan, mereka tidak boleh berbuat apa-apa tanpa kekangan DAP. Dalam banyak isu, DAP akan tetap membuat keputusan jika mereka beranggapan sesuatu yang tak boleh diterima berdasarkan ideologi mereka," ujarnya.

Ditanya kenyataan beliau itu mungkin menjurus semula ke arah kerajaan perpaduan, Najib berkata, ia suatu persoalan yang amat rumit dan tidak boleh dijangkakan.

Terdahulu ketika berucap pada majlis Perjumpaan Mesra Perdana Menteri Bersama Rakyat Dewan Undangan Negeri (DUN) Manir di Kampung Pulau Bahagia di sini, beliau mengajak Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berusaha ke arah itu.

Katanya, inilah masanya untuk parti itu berbuat demikian demi agama, bangsa dan negara.

''Kenapa buat baik dengan DAP. Adakah DAP boleh memperjuangkan Islam? Saya nak cakap di sini kepada Haji Hadi, cukup-cukuplah bekerjasama dengan DAP. Ini merugikan kita," katanya.

Najib berkata, semua pihak sedia maklum BN sentiasa menjanjikan realiti daripada aspek pembangunan untuk dinikmati seluruh rakyat.

Sedangkan parti pembangkang, kata Najib, tiada hasil yang dilakukan untuk membantu serta memanfaatkan rakyat.

"Janganlah main politik jalanan, PKR lahir di jalanan sedangkan UMNO lahir di istana dan sebab itulah parti kita keramat untuk membela nasib bangsa, agama dan negara," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Pengundi Cina diminta buat pilihan - PM

Posted:

Pengundi Cina diminta buat pilihan - PM

Pengundi Cina diminta buat pilihan - PM

KUALA TERENGGANU 30 April - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kaum Cina di negara ini perlu membuat pilihan sama ada mahu menyokong MCA pada pilihan raya umum akan datang atau kehilangan wakil dalam kerajaan.

Menurut Perdana Menteri, masyarakat Cina telah diberi mesej yang jelas mengenai perkara itu oleh MCA yang menyatakan parti itu tidak akan menerima sebarang jawatan dalam kerajaan Pusat dan negeri sekiranya gagal meraih sokongan masyarakat berkenaan pada Pilihan Raya Umum Ke-13 kelak.

Jelasnya, masyarakat itu perlu memilih antara kepentingan suara dalam kerajaan atau menyokong pembangkang.

"Mereka tidak boleh menyokong pembangkang tetapi dalam masa yang sama mengharapkan penyertaan yang kuat kaum itu di dalam kerajaan. Mereka (pengundi Cina) perlu memilih antara dua, jika mahu menyokong pembangkang maknanya mereka perlu korbankan parti-parti dalam kerajaan.

"Namun, jika mahu suara mereka lebih didengari dalam kerajaan, mereka perlu menyokong parti komponen Barisan Nasional (BN). Mesej itu jelas dan mereka (pengundi Cina) tidak akan dapat apa yang dikehendaki jika mereka tidak memilih," katanya selepas merasmikan Perumahan Rakyat Mampu Milik di Pulau Duyung di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas pendirian MCA semalam yang sebulat suara tiada akan menerima sebarang jawatan dalam Kabinet mahupun negeri jika parti itu gagal di dalam pilihan raya umum akan datang.

Ditanya mengenai kesediaan MCA untuk terus berada dalam BN selepas keputusan itu dibuat, jelas Perdana Menteri, MCA tetap akan bekerjasama dengan BN kerana mereka yakin hanya parti itu dapat mewujudkan keharmonian dalam negara.

"Kita sudah ada rekod, negara aman di bawah parti ini dan apa pun yang diputuskan oleh MCA, mereka tetap akan berada di dalam BN," jelasnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

TPM: Mesej kepada kaum Cina

Posted:

TPM: Mesej kepada kaum Cina

TPM: Mesej kepada kaum Cina

Oleh MOHAMAD FIKRI ROSLY
utusanjohor@utusan.com.my

PAGOH 30 April - Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan keputusan MCA untuk tidak menerima sebarang jawatan jika gagal mendapat sokongan masyarakat Cina dalam pilihan raya umum akan datang, sebagai satu mesej kepada kaum tersebut.

Menurut Timbalan Perdana Menteri, bagaimanapun beliau berharap perkara itu tidak akan berlaku kerana sebagai pemimpin dalam Barisan Nasional (BN), mereka perlu mendukung nasib semua rakyat dengan perwakilan yang adil dari setiap kaum sejak 54 tahun lalu.

"Kita faham mungkin ada perubahan sentimen yang memerlukan mereka melihat semula pendekatan dalam mengembalikan keyakinan masyarakat Cina kepada mereka," katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Persidangan Perwakilan Pemuda, Wanita dan Puteri UMNO Bahagian Pagoh di Dewan Seri Pekembar Pagoh di sini hari ini.

Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek semalam mengumumkan keputusan parti itu untuk tidak menerima sebarang jawatan di peringkat Pusat, negeri, pihak berkuasa tempatan (PBT) malah ketua kampung dan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) jika gagal menunjukkan prestasi yang baik pada pilihan raya umum akan datang.

Muhyiddin bagaimanapun menyuarakan keyakinan bahawa MCA akan dapat meraih kemenangan dengan usaha lebih keras kerana sokongan kepada semua komponen BN kini semakin bertambah.

Jelasnya, peningkatan tersebut masih memerlukan kemantapan melalui usaha para pemimpin untuk mendekati masyarakat dan menyelesaikan isu setempat yang kadang kala lebih mendahului isu nasional.

"Kita boleh bercakap tentang perkara-perkara besar tetapi isu setempat yang menyentuh kehidupan mereka," katanya.

Tambahnya, antara yang menjadi perhatian adalah soal pendidikan, bantuan dan kemudahan asas seperti yang telah dikenalpasti dalam pilihan raya negeri Sarawak baru-baru ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan