Harian Metro: Setempat |
Posted: 23 Apr 2011 01:13 PM PDT BUTTERWORTH: Sekumpulan lelaki dan wanita boleh diibaratkan 'buta hati' kerana sanggup berjudi bersebelahan keranda mayat yang disimpan untuk disemadikan di Rumah Pangsa Seri Tanjung di Jalan Raja Uda, di sini, tengah malam semalam. Mereka dikatakan sengaja mengambil kesempatan berjudi di bawah khemah khas untuk menyimpan mayat itu dan hanya menggunakan kain sebagai pemidang bagi memisahkan meja judi mereka dengan keranda.
Dalam serbuan jam 12 tengah malam, 15 lelaki dan dua wanita berusia antara 27 tahun hingga 60 tahun ditahan bagi membantu siasatan.
Katanya, ketika serbuan dilakukan, mereka asyik berjudi dan bertempiaran lari apabila menyedari kehadiran polis.
"Peralatan perjudian dan wang tunai turut dirampas dalam serbuan. Kaji judi terbabit dibawa ke Balai Polis Butterworth untuk diambil keterangan," katanya.
|
Posted: 23 Apr 2011 01:12 PM PDT PUTRAJAYA: Seorang pelajar kolej swasta di ibu negara diperdaya seorang lelaki warga Afrika untuk membawa 100 pil seberat 600 gram dipercayai dadah jenis heroin ke China dengan bayaran RM5,000. Akibatnya, mangsa yang berusia 22 tahun ditahan pihak berkuasa tempatan di Lapangan Terbang Shenzen, China pada 11 Mac lalu kerana disyaki membawa dadah di dalam tubuh dengan cara menelan.
Sindiket didalangi warga Afrika itu dipercayai cuba mendekati sasaran atau mangsa menggunakan Facebook sebelum memperdaya dan memperalat mereka untuk membawa dadah ke negara destinasi.
"Sebelum ke China, Michael mengarahkan mangsa menelan 100 pil yang mengandungi dadah dan dia akan dibayar RM5,000 apabila pulang dari China kelak.
"Mangsa kemudian dibawa ke Pusat Tahanan Shenzhen untuk siasatan lanjut. Ketika ini, gadis itu dalam keadaan sihat.
|
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Setempat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan