Utusan Online - Kota |
Posted: Kota Anggerik Bandar SelamatSHAH ALAM 13 Mei - Pejabat Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Anggerik akan melancarkan Kempen Bandar Selamat di Dewan Orang Ramai Seksyen 16 di sini esok dalam usaha menggembleng tenaga penduduk membanteras kegiatan jenayah. Penyelaras DUN tersebut, Kamaruddin Ahmad berkata, melalui kempen itu, Rukun Tetangga dan persatuan-persatuan penduduk akan diminta memainkan peranan ke arah mewujudkan persekitaran yang lebih selamat. "Sempena kempen itu juga, kita berharap penduduk akan mendaftarkan diri bagi menyertai Kor Sukarelawan Bandar Selamat," katanya pada pemberita di sini semalam. Kamaruddin berkata, pada hari pelancaran kempen tersebut, pihaknya akan menganjurkan pelbagai program seperti majlis tahlil, sesi kaunseling keluarga, membaiki rumah penduduk, gotong-royong, aktiviti sukan dan pelbagai lagi. |
Posted: PNM angkat martabat TerombaKUALA LUMPUR 13 Mei - Dalam usaha memartabatkan warisan puisi Melayu, Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) mengambil inisiatif menganjurkan program 'Kenali dan Cintai Puisi: Teromba' baru-baru ini. Ketua Pengarahnya, Datuk Raslin Abu Bakar berkata, itu bertujuan menanam minat cintakan puisi dalam kalangan masyarakat dan memberi pendedahan mengenai kepelbagaian genre puisi Melayu tradisional yang penting dan masih dipulihara. "Program ini juga dirancang sebagai antara usaha PNM menyokong pembudayaan bahasa Melayu sejajar peranan jabatan ini seperti yang termaktub dalam Akta Perpustakaan Negara," kata beliau dalam ucapannya. Teromba adalah puisi bebas dan berirama seperti pantun, syair, rubai dan talibun dengan isinya merujuk kepada adat dan ia terkenal di kalangan masyarakat Minang yang berpegang kepada adat Perpatih. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Kota To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan