Jumaat, 13 Mei 2011

Kosmo Online - Negara

Kosmo Online - Negara


Pantau peniaga cekik darah

Posted:

Pantau peniaga cekik darah

Pantau peniaga cekik darah


ISMAIL SABRI YAAKOB (dua dari kiri) tertarik dengan aksi pembuat teh tarik popular, Mior Sazali Mat Ali di Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR – Seramai 1,600 pemantau harga kini digerakkan di seluruh negara bagi mengawasi langkah para peniaga yang mungkin menaikkan harga makanan dan minuman secara melampau berikutan peningkatan harga gula baru-baru ini.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ia bagi membolehkan tindakan undang-undang dikenakan ke atas peniaga yang menaikkan harga jualan makanan dan minuman walaupun 10 sen.

Beliau berkata, berdasarkan kajian, kenaikan harga gula sebanyak 20 sen baru-baru ini hanya akan menyebabkan kenaikan harga makanan dan minuman sebanyak 0.4 peratus sahaja.

"Contohnya, harga secawan teh dan kopi cuma naik 0.4 peratus. Jika peniaga menaikkan harga minuman itu sebanyak 10 sen di kedai, kita boleh ambil tindakan undang-undang.

"Jika ada laporan mendapati mereka mengenakan harga tidak masuk akal, tindakan tegas akan diambil,'' katanya.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Imej misteri dalam jentera bomba

Posted:

Imej misteri dalam jentera bomba

Imej misteri dalam jentera bomba

Oleh FARHAZIDA MUKHTAR
berita@kosmo.com.my


GAMBAR ahli keluarga Rozaidi yang dirakam di hadapan sebuah jentera bomba yang memaparkan imej misteri wanita berambut panjang (dalam bulatan) di Dataran Merdeka baru-baru ini.


KUALA LUMPUR – Seorang pemandu peribadi, Rozaidi Ahmad, 42, terkejut dengan kemunculan imej misteri di dalam gambar yang dirakamnya semasa mengunjungi Hari Bomba Malaysia di Dataran Merdeka di sini baru-baru ini.

Menurutnya, imej tersebut yang menyerupai seorang wanita berambut panjang dikesan pada gambar yang dirakam menggunakan kamera digital pada 7 Mei lalu.

"Kami sekeluarga menyedari imej pelik berkenaan dua hari selepas itu semasa anak sulung saya memasukkan gambar-gambar daripada kamera ke komputer riba.

"Kami terkejut apabila ada imej lain yang menyerupai seorang wanita berambut panjang di dalam jentera bomba," ujarnya kepada Kosmo! di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Petronas labur RM60b di Johor

Posted:

Petronas labur RM60b di Johor

Petronas labur RM60b di Johor


NAJIB menerima cenderamata daripada Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Petronas, Datuk Shamsul Azhar Abbas (kanan) selepas menyampaikan ucapan sempena majlis pengumuman projek RAPID di Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR – Petroliam Nasional Berhad (Petronas) akan membina kompleks penapisan dan petrokimia bersepadu bernilai AS$20 bilion (RM60 bilion) di Johor selatan yang akan beroperasi akhir 2016, demikian diumumkan Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana Menteri berkata, projek itu akan meningkatkan kapasiti penapisan Malaysia dalam produk seperti gasolin, bahan api jet dan diesel bagi memenuhi keperluan bahan api negara yang semakin meningkat serta merangsang eksport bahan api.

Projek berkenaan yang dikenali sebagai Pembangunan Bersepadu Penapisan dan Petrokimia (RAPID) kini di peringkat kajian kebolehlaksanaan terperinci dan akan terdiri daripada kilang penapis minyak mentah, pemisah nafta yang akan menghasilkan kira-kira tiga juta tan etilena, propilena, C4 dan C5 olefin setahun serta sebuah kompleks polimer dan petrokimia yang boleh mengeluarkan pelbagai bahan kimia khusus.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan