Sabtu, 7 Mei 2011

Utusan Online - Kota

Utusan Online - Kota


Kementerian sertai Majlis Penjaja

Posted:

Kementerian sertai Majlis Penjaja

Kementerian sertai Majlis Penjaja

Oleh ROSLAH OTHMAN
kota@utusangroup.com.my

KUALA LUMPUR 6 Mei - Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar akan menganggotai Majlis Perwakilan Penjaja dan Peniaga Kecil Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang akan ditubuhkan Julai ini.

Menterinya, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin berkata, penyertaan itu bertujuan memastikan kebajikan dan masa depan golongan terbabit sentiasa terbela.

Ini kerana, kata beliau, majlis itu bukan sahaja akan menjadi saluran kepada penjaja dan peniaga kecil untuk menyuarakan sebarang rungutan mahupun idea-idea mereka kepada kerajaan, sebaliknya lebih daripada itu.

Beliau berkata, majlis itu diharap mampu mewujudkan komunikasi dua hala antara pihak berkuasa dan penjaja serta peniaga termasuk membincangkan permasalahan yang dihadapi.

"Ia juga diharapkan dapat meningkatkan imej golongan ini kerana mereka juga merupakan penyumbang kepada ekonomi negara," katanya selepas majlis makan tengah hari sempena sambutan Hari Pekerja anjuran Persatuan Penduduk Bangsar Baru (PPBB) di sini, semalam.

Turut hadir, Timbalan Pengarah Perkhidmatan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Datuk Amin Nordin Abdul Aziz, Pengerusi PPBB, Datuk George Joseph serta kira-kira 200 tetamu yang terdiri daripada pekerja pelbagai agensi yang berkhidmat di kawasan itu.

Raja Nong Chik yakin penubuhan majlis itu dapat membantu menghidupkan semula perniagaan penjaja dan peniaga kecil di beberapa buah pusat penjaja di bawah kendalian DBKL yang didakwa merosot.

Sementara itu, beliau memuji usaha PPBB menganjurkan majlis makan tengah hari itu yang disifatkan sebagai langkah mengeratkan lagi hubungan dengan pekerja pelbagai agensi yang berkhidmat di kawasan Bangsar Baru.

"Ia perlu dicontohi persatuan lain bagi memastikan kawasan persekitaran mereka sentiasa berada dalam keadaan selamat, bersih dan indah,'' katanya.

Mengenai isu kekurangan tempat letak kereta di Bangsar, beliau berkata, dalam masa terdekat ini, tidak ada jalan penyelesaian kepada masalah itu.

"Masalah ini sebenarnya lebih bergantung kepada tahap kesedaran masyarakat terhadap penggunaan pengangkutan awam," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Karnival Sepakat Setiawangsa meriah

Posted:

Karnival Sepakat Setiawangsa meriah

Karnival Sepakat Setiawangsa meriah


Zulhasnan Rafique menanam pokok pada majlis perasmian Karnival Sepakat Komuniti 1Malaysia Parlimen Setiawangsa, Wangsa Maju dan Titiwangsa di Dewan Komuniti Anjung Bestari, Setiawangsa, baru-baru ini.


KUALA LUMPUR 6 Mei - Program Karnival Sepakat Komuniti 1Malaysia bagi kawasan Parlimen Setiawangsa, Wangsa Maju dan Titiwangsa anjuran Jabatan Penerangan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur di pekarangan Anjung Bestari AU3, di Jalan 13/56 AU3, Setiawangsa di sini baru-baru ini menerima sambutan hangat apabila diserbu lebih 1,000 pengunjung.

Program anjuran bersama Komuniti 1Malaysia itu dianggap antara program terbaik dalam usaha kerajaan mempromosi perpaduan dan permuafakatan rakyat di negara ini.

Orang ramai dari sekitar kawasan berhampiran dilihat mengunjungi pekarangan pusat komuniti seawal pukul 8 pagi lagi untuk menyertai pelbagai aktiviti yang diadakan bersempena program tersebut.

Antara aktiviti yang diadakan sempena karnival tersebut termasuklah pertandingan futsal, pertandingan mewarna, sukaneka serta pameran melibatkan pelbagai agensi kerajaan dan swasta.

Majlis pelancaran program disempurnakan oleh Ahli Parlimen Setiawangsa, Datuk Seri Zulhasnan Rafique.

Turut hadir, Pengarah Penerangan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Sulaiman Abdul Manan, Pengerusi Komuniti Bestari AU3, Mohd. Bahgia Mamat serta ahli jawatankuasa program mewakili Komuniti 1Malaysia ketiga-tiga Parlimen.

Zulhasnan berkata, menerusi program dan aktiviti yang dijalankan ia bukan sahaja mampu mengeratkan hubungan antara penduduk malah dapat menyampaikan maklumat tepat mengenai dasar kerajaan dan perkara berkaitan kepada komuniti.

"Semua aktiviti yang dijalankan juga mampu menarik penglibatan semua kaum daripada semua peringkat usia dan mereka ini boleh bergaul mesra.

"Program seumpama ini wajar diteruskan kerana ia boleh menjadi medium kepada perpaduan rakyat dan konsep 1Malaysia dapat dilaksana dengan jayanya," ujarnya.

Sementara itu, Sulaiman berkata, program ini merupakan salah satu saluran terpenting dalam proses penyebaran maklumat dan penerangan mengenai konsep 1Malaysia.

Katanya, program sama juga akan diteruskan di kawasan Parlimen lain seperti Batu, Kepong dan Segambut diikuti Seputeh dan Lembah Pantai.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

DBKL wujud 995 jawatan tetap baru

Posted:

DBKL wujud 995 jawatan tetap baru

DBKL wujud 995 jawatan tetap baru


AHMAD Fuad Ismail menyampaikan sijil khidmat cemerlang kepada anggota penguat kuasa DBKL pada majlis sambutan Hari Pekerja di Kuala Lumpur, semalam.


KUALA LUMPUR 6 Mei - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan distruktur semula dan proses itu bakal menyaksikan pertambahan 995 jawatan tetap baru.

Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Ahmad Fuad Ismail berkata, penstrukturan tersebut akan dilaksanakan setelah pihaknya mendapatkan kelulusan daripada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

Menurutnya, daripada jumlah jawatan baru itu, 815 jawatan mendapat kelulusan untuk diisi pada masa ini manakala selebihnya dipenuhkan dalam tempoh tiga tahun.

"Penstrukturan ini turut melibatkan kenaikan pangkat. Ini bermakna, kakitangan yang sudah lama berkhidmat dengan DBKL tetapi masih tidak dinaikkan pangkat kerana tiada jawatan baru berpeluang untuk dinaikkan pangkat.

"Sebanyak 446 orang layak untuk mendapat faedah tersebut atau akan dinaikkan pangkat," katanya ketika berucap pada Majlis Sambutan Hari Pekerja peringkat DBKL di pejabat DBKL, Jalan Raja Laut di sini hari ini.

Turut hadir, Presiden Kesatuan Kebangsaan Pekerja Penguasa-Penguasa Tempatan Semenanjung Malaysia (Anulae), Azih Muda dan Ketua Pengarah DBKL, Datuk Salleh Yusup.

Ahmad Fuad berkata, DBKL kini mempunyai sebanyak 1,375 kakitangan yang berkhidmat secara kontrak manakala 9,996 orang lagi adalah kakitangan tetap.

Menurutnya, apabila penstrukturan ini dibuat, sekurang-kurangnya 450 kakitangan kontrak itu boleh diserap ke jawatan tetap dan bakinya pula akan diserap dalam masa tiga tahun dari sekarang.

Pada majlis itu, beliau turut menyampaikan anugerah kepada petugas yang telah berkhidmat dengan DBKL selama 30 tahun dan serta penganugerahan sijil-sijil khas lain.

Ahmad Fuad turut melancarkan laman web Anulae DBKL.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan