Sabtu, 7 Mei 2011

Berita Harian: MukaDepan

Berita Harian: MukaDepan


Korban ibu

Posted: 06 May 2011 02:51 PM PDT

MukaDepan

Wanita rentung selepas selamatkan tiga anak

KUALA KRAI: Sehari menjelang sambutan Hari Ibu, seorang ibu berkorban nyawa bagi menyelamatkan tiga anaknya daripada api yang marak membakar rumah mereka di Taman Sri Guchil, Kuala Krai, tengah hari semalam.

Sebelum ditemui rentung, Rafidah Ismail, 36, terpaksa membengkokkan besi tingkap rumah untuk mengeluarkan anakanaknya bagi disambut jiran. Dalam kejadian jam 1.30 tengah hari itu, tiga anaknya, Rashidah Iliana Zamri, 7; Zaim Shahrul, 6; dan Zaim Iqbal, 2, selamat, bagaimanapun Rafidah terperangkap di dalam rumah dipercayai gagal membuka jeriji pintu.

Mayat mangsa yang berkhidmat sebagai jururawat di Hospital Kuala Krai ditemui dekat pintu utama rumah berkenaan.

Namun bagi bapa mangsa, Ismail Husin, 63, yang masih terkejut dengan kejadian itu, jeritan meminta tolong anak sulungnya akan menghantuinya sepanjang hayat.

"Masih terngiang-ngiang suaranya meminta tolong ketika api marak tapi saya tidak mampu berbuat apa-apa," katanya sebak.
Suami mangsa, Zamri Hamat, 38, tentera di Kem Sri Banding Grik, Perak, berkata beliau menerima panggilan telefon daripada bapa mentuanya, kira-kira jam 2 petang selepas solat Jumaat.

"Bapa mentua minta saya bertenang ketika memberitahu rumah saya terbakar dan isteri terperangkap di dalam rumah," katanya yang tiba di Kuala Krai jam 5.45 petang.

Katanya, kejadian itu memberi tamparan hebat baginya sekeluarga terutama anak sulung mereka Rashidah Ilyana yang masih terkejut dengan peristiwa yang menimpa ibunya.

"Anak sulung saya hanya mendiamkan diri bila ditanya kerana benar-benar terkejut dengan kejadian yang menimpa ibunya," katanya.

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen

NUR AMALINA

takziah kpda kluarga allahyarham rashidah

nia latif

D pure power of mother's love

harfizi

Al Fatihah buat arwah

Yangretibase

"Ya Allah ya Rabbi, Engkau tolong kurniakan syurga bagi Allahyarhamuha Rafidah Ismail, seorang ibu muda yang terkorban nyawanya demi kasih sayangnya terhadap anak-anaknya.

siti norsham

seorang ibu sanggup bekorban apa saja demi anak-anak meraka walaupun nyawa jadi taruhah, takziah buat keluarga zamri hamat diatas pemergian isteri tercinta

faizal zin

betapa hebatnya kasih sayang seorang ibu terhadap anak2nye juga tidak dapat digambarkan dan dinilaikan dengan wang ringgit.

mama mia..

ya Allah ya tuhan ku..smoga rohnya d cucuri rahmat & tergolong dlm golongan org yg mati syahid & beriman..AMIN..

zaidi

semoga roh nya ditempatkan di sisi org yg mulia di sisi allah.....al-fatihah

Saatijh

Al Fatihah buat pergorbanan seorang wira demi anaknya. Allah meletakkannya bersama-sama orang yang solihah.

amin ali

salam takziah utk keluarga almarhumah. sungguh menyayat hati sekali, tetapi itulah pengorbanan seorang ibu yang tiada tolok bandingnya...

mama mia..

ya Allah ya tuhan ku..smoga rohnya d cucuri rahmat & tergolong dlm golongan org yg mati syahid & beriman..AMIN..

mira sairaa

pengorbanan seorang ibu buat ank2 tiada tolak bandingnya....al-fatihah, semoga rohnya bersama org2 yg beriman.....amiin.

el manja

kasihnye ibu membawa ke syurga...pengorbanan dia tiada ternilai....takziah buat kuarga arwah....al fatihah

Manja

Semua ini telah ditakdirkan. Semoga Allah menempatkan bersama orang yang soleh.Al Fatihah

Fazlina Kassim

alfatihah untuk arwah Faridah. Dia ibu yang hebat. Semoga di tempatkan bersama2 org yang beriman.

simpati dgn apa yg berlaku. Semoga keluarga mangsa tabah menghadapinya. Alfatihah

aar

Di dalam sebuah hadis yg diriwayatkan oleh Malik bin Rabi`ah as-Sa`idi, kami sedang duduk bersama Rasulullah s.a.w., datanglah seorang lelaki drpd Bani Salamah, ia bertanya kpd Rasulullah, "Ya Rasulullah, masih adakah kebaikan (kewajipan) yg harus saya lakukan untuk berbakti kpd kedua-dua ibu bapaku setelah kedua-duanya meninggal dunia." Baginda menjawab: Ya ada, iaitu sembahyang atas (jenazah) kedua-duanya (maksudnya mendoakan kedua-duanya) dan memohon keampunan bagi kedua-duanya, memenuhi segala pesanannya (menyempurnakan janji mereka) setelah mereka meninggal dunia dan menghubungkan ikatan silaturahim yg tidak sampai serta menghormati para sahabat mereka(Riwayat Abu Daud, Ibnu Majah dan Ibnu Hibban). Dalam sebuah hadis diterangkan: Anak derhaka yg kematian kedua-dua ibu bapanya kemudian ia (menyesal dan bertaubat) dan sentiasa berdoa untuk kedua-duanya, nescaya ia diampuni Allah dan dianggap sebagai anak yg taat.

abdul majid bin asbah

al fatihah ... d harap keluarga mangsa brsabar dgn ketenteuan/takdir dari Allah SWT semoga roh allahyarhamah d tmpatkan brsama org2 solehah. amin

mohd kamarul

sungah besar p'g0rbanan ibu kpd ank nya,sgup b'k0rbn nyawa demi ank2 nya,sy ingt m'gucp kn takziah kpd klurga mangsa,b'sama2 lh kte sdekah AL-FATIHA kpd beliau m0ga r0h nya d'cucuri rahmad,AMIN. . . .

Nadim

Ini antara yang membuatkan Ibu itu suatu yang terlalu istimewa dalam hidup seorang yang bernama anak

hamba allah.

Alfatihah...Semoga allah memcucuri rahmat keatas roh beliau.

Intanmaslina

sememang nye ibu maner yang sanggup tengok pendaritan anak nyer,,,ibu snaggup mengharungi segala nyer

drsolah

Semoga Allah swt mencucuri rahmat ke atasnya dan menempatkannya di syurga.


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan