Sabtu, 14 Mei 2011

Utusan Online - Jenayah

Utusan Online - Jenayah


Ambil tindakan undang-undang

Posted:

Ambil tindakan undang-undang

Ambil tindakan undang-undang

Oleh SAIFULIZAM MOHAMAD
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 14 Mei – Mufti Perlis, Dr. Juanda Jaya mahu pihak berkuasa terutama pihak polis mengambil tindakan undang-undang terhadap pelaku di dalam rakaman video seks melibatkan seseorang yang didakwa mirip Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas video tersebut disahkan tulen.

Selain itu, beliau berkata, pihak yang mendedahkan video tersebut mesti disiasat segera iaitu bagaimana mereka memperoleh video berkenaan dan siapa dalang di sebalik rakaman video itu.

Menurutnya, pendakwa syarie perlu melakukan tindakan sama terhadap pihak terlibat dan bukannya membiarkan mana-mana pihak sesuka hati melakukan maksiat, berzina dan seterusnya merakam serta mengedarkan perbuatan yang amat jijik dari segi agama dan moral itu.

"Saya percaya tindakan boleh dikenakan dalam bentuk perundangan sama ada oleh polis atau mahkamah syariah berdasarkan peruntukan undang-undang sedia ada.

"Sekiranya kerajaan Indonesia boleh mengambil tindakan terhadap penyanyi Ariel Peterpan (terlibat rakaman video lucah) mengapa Malaysia tidak?" katanya kepada Mingguan Malaysia di sini hari ini.

Polis semalam mengesahkan rakaman video seks melibatkan pelaku didakwa mirip Anwar adalah tulen setelah pasukan itu mendapatkan khidmat pakar pengimejan video dari luar negara dipercayai Amerika Syarikat (AS).

Bagaimanapun, Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Khalid Abu Bakar berkata, tiada keperluan undang-undang untuk pihaknya mendedahkan pelaku di dalam video terbabit.

Mengulas lanjut, Juanda berkata, tindakan tegas dan segera daripada pihak polis juga boleh mengelakkan isu itu menjadi semakin parah selain mampu membantutkan sebarang usaha khususnya pihak yang mahu mengambil kesempatan.

"Kita tidak mahu imej polis dan undang-undang Malaysia tercalar akibat tidak ada ketegasan dalam menguatkuasakan undang-undang dalam usaha kita menjaga akhlak serta memelihara moral rakyat.

"Video seks adalah salah dari segi agama dan undang-undang. Begitu juga tidak ada mana-mana agama dan sistem moral yang membenarkan manusia berzina, merakamkan aksi itu dan mengedarkannya untuk tontonan umum," ujarnya.

Seperkara lagi, beliau berkata, pihak polis sebenarnya berperanan sebagai pihak yang wajib menjalankan tugas hisbah (penguatkuasaan undang-undang) dalam sebuah negara Islam iaitu wajib menjalankan tugas amar makruf dan nahi mungkar supaya wujud masyarakat berakhlak dan bermoral.

Dalam pada itu, beliau menyarankan Malaysia mengikut jejak Indonesia kerana negara itu mempunyai undang-undang antipornografi dan antipornoaksi.

"Selain kes seorang artis terkenal beberapa minggu lalu, seorang ahli Parlimen sebuah parti Islam di Indonesia juga dikenakan tindakan kerana menonton rakaman video lucah sewaktu sidang Parlimen.

"Hasil rakaman kamera seorang wartawan terhadap perbuatannya itu Ahli Parlimen berkenaan dikenakan tindakan dan sanggup meletakkan jawatan kerana mengambil tanggungjawab terhadap tingkah lakunya itu," katanya lagi.

Sehubungan itu, beliau sekali lagi mendesak semua pihak berkuasa sama ada polis, Jabatan Peguam Negara, penguat kuasa syariah, pendakwa syarie dan mahkamah syariah agar tidak hanya menjadi penonton dan duduk atas pagar sama seperti rakyat biasa.

"Semua pihak yang bertanggungjawab soal penguatkuasaan undang-undang ini bertanggungjawab terhadap undang-undang dan di hadapan Allah SWT," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Polis siasat secara profesional

Posted:

Polis siasat secara profesional

Polis siasat secara profesional

KUALA LUMPUR 14 Mei - Kementerian Luar mengesahkan rakyat Malaysia, Nazarudin Saidin, 38, yang dilaporkan diculik di Pulau Sulu, selatan Filipina pada 8 Mei lalu kini ditahan oleh kumpulan Abu Sayyaf.

Pegawai dari Konsulat Jeneral Malaysia di Davao City, Mindanao, Mohammad Azhar Mazlan memberitahu, Polis Kebangsaan Filipina (PNP) mengesahkan Nazarudin kini dalam tahanan kumpulan tersebut.

"Berikutan itu, kementerian akan terus bekerjasama dengan pihak PNP dalam usaha memastikan Nazarudin dibebaskan dengan secepat mungkin," katanya ketika dihubungi Mingguan Malaysia di sini hari ini.

Nazarudin dari Sungai Buloh, Selangor sebelum ini dilaporkan diculik di Pulau Sulu di selatan Filipina pada 8 Mei lalu.

Sementara itu, di KUALA KUBU BHARU, Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menerima maklumat berhubung penahanan peniaga Malaysia itu yang dilaporkan diculik oleh 10 lelaki bersenjata.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Khalid Abu Bakar berkata, berikutan maklumat itu, rundingan sedang diadakan antara PDRM dan pihak berkuasa negara tersebut bagi membincangkan tentang keselamatan mangsa.

"Buat masa ini, kita sedang berunding dengan pihak autoriti di negara itu dan tindakan susulan akan diambil bagi memastikan keselamatan mangsa tidak terjejas," katanya kepada pemberita selepas majlis penutupan latihan asas kepolisan untuk bekas tentera di Maktab PDRM Kuala Kubu Bharu.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan