Utusan Online - Jenayah |
Suami merempit bawa isteri, anak ditahan Posted: Suami merempit bawa isteri, anak ditahanOleh FARABI SHEIKH SAID AL JABRI
SEREMBAN 1 Mei - Selain menjadi ketua dalam rumah tangga, seorang suami berperanan membimbing isteri selain mendidik anak supaya menjadi insan yang berguna. Namun apa yang berlaku di Nilai dekat sini pagi tadi cukup mendukacitakan apabila seorang insan bergelar suami sanggup menjadi 'mat rempit tegar' bersama isterinya dengan membawa anak yang berusia kurang setahun. Tabiat buruk itu akhirnya memakan diri apabila lelaki berusia 22 tahun itu ditahan bersama 150 rakan 'seperjuangannya' oleh pihak polis dalam Ops Mat Rempit di Dataran Nilai di sini malam tadi. Operasi yang dilancarkan oleh Bahagian Trafik Bukit Aman itu menyaksikan 203 mat rempit ditahan dengan 105 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan meliputi pengubahsuaian enjin selain tidak mempunyai lesen memandu. Ketua Operasinya, Asisten Supritendan Khuzir Abd. Majit memberitahu, operasi berkenaan melibatkan lebih 130 orang yang terdiri dari anggota dan pegawai melibatkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seremban. Jelasnya, operasi berkenaan dilakukan hasil intipan pihaknya selama dua minggu selepas mendapati kegiatan merempit masih lagi berlaku di kawasan berkenaan melibatkan golongan remaja. "Kesemua mereka yang ditahan berusia dalam lingkungan 14 hingga 25 tahun rata-ratanya tidak mempunyai lesen memandu selain mengubah suai kenderaan mereka. "Malah ada juga sebilangan mereka yang didapati menunggang motosikal di bawah pengaruh alkohol dan menghidu gam ketika pihak kami melakukan pemeriksaan," katanya. Jelas beliau, sepanjang operasi berkenaan, pihak berkuasa juga telah bertindak menyita 76 motosikal kerana didapati tidak menepati piawaian dalam pengubahsuaian kenderaan terbabit. Justeru kata beliau, pihaknya akan terus bekerjasama dengan semua pihak penguatkuasaan dalam melaksanakan pemantauan secara berterusan bagi membanteras kegiatan haram ini yang dilihat tiada kesudahannya. "Walaupun sudah berkali-kali amaran telah dikeluarkan namun masih ada lagi yang berdegil dan pada malam ini kita telah mengajar mereka dengan pendidikan berbentuk penguatkuasaan. "Kita juga menasihatkan kepada keluarga supaya terus memantau kegiatan anak-anak mereka supaya tidak terus terjerumus dalam hal seperti ini," katanya. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | ||
Posted: Wanita maut selepas ditumbukKUALA TERENGGANU 1 Mei - Entah di mana hilangnya sifat kemanusiaan, seorang wanita berusia 53 tahun bukan sahaja disamun malah ditumbuk mukanya sehingga pengsan sebelum mulut dan matanya ditampal dengan pita pelekat sehingga mengakibatkan mangsa maut akibat sesak nafas. Kejadian berlaku pukul 4 pagi semalam, ketika mangsa, Ka'yah Said dan anak perempuannya berusia 13 tahun berada di dalam rumah di Bukit Kuang, Kemaman, sebelum kediaman mereka diceroboh sekumpulan suspek. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner K. Manoharan berkata, mangsa yang terkejut terus menjerit sebaik terserempak dengan suspek yang sedang menggeledah rumah. Katanya, berikutan itu mangsa dipercayai ditumbuk pada mukanya sehingga tidak sedarkan diri. "Suspek kemudian mengikat mangsa serta menutup mulut dan matanya menggunakan pita pelekat sebelum melarikan beberapa barang berharga termasuk barang kemas dan elektronik," katanya ketika ditemui di sini hari ini. Manoharan berkata, semasa kejadian, anak mangsa berada dalam bilik kerana ketakutan manakala suami wanita itu pula di Kota Bharu, Kelantan, kerana mempunyai urusan. Katanya, kanak-kanak itu hanya keluar selepas kedatangan pihak polis yang dihubungi jirannya setelah melihat sesuatu mencurigakan di rumah tersebut. "Mangsa dikejarkan ke Hospital Kemaman tetapi disahkan meninggal dunia 15 minit selepas menerima rawatan," ujarnya. Tambah Manoharan, kes itu disiasat di bawah Seksyen 396 dan Seksyen 302 atas kesalahan menyamun dan membunuh. "Kita sudah ada maklumat dan petunjuk tentang kes itu dan siasatan diteruskan dengan kerjasama IPD Kemaman," ujar beliau. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Jenayah To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan