Berita Harian: Nasional |
Posted: 01 May 2011 03:34 PM PDT Nasional MUHYIDDIN dan Norainee bersalaman dengan perwakilan UMNO pada majlis perasmian Perwakilan UMNO Bahagian Pagoh di Dewan Seri Pekembar, semalam. - Foto BERNAMA PAGOH: UMNO akan mempertahankan teras politik Melayu yang bersifat wasatiyyah iaitu secara sederhana dan tidak akan menggadai prinsip perjuangan itu, walaupun berdepan suasana politik getir dan mencabar, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin. Timbalan Presiden UMNO berkata, parti itu juga tidak akan menggadai prinsip perjuangan semata-mata untuk meraih sokongan politik yang sementara. "UMNO sebuah parti politik berteraskan perjuangan politik Melayu yang bersifat wasatiyyah dan adil kepada semua kaum. Kita memperjuangkan hak istimewa Orang Melayu, tetapi masa sama menghormati hak kaum lain seperti dijamin Perlembagaan. "Kita juga mempertahankan kesucian Islam sebagai agama Persekutuan yang masa sama mengiktiraf hak penganut agama lain mengamalkan kepercayaan masing-masing," katanya ketika merasmikan persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Pagoh di Dewan Seri Pekembar, di sini, semalam.Turut hadir, isterinya, Puan Sri Norainee Abdul Rahman; Timbalan Ketua UMNO Bahagian Pagoh, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Serampang, Tahir Taat dan ADUN Jorak, Datuk Dr Shahruddin Salleh. Muhyiddin berkata, UMNO tidak pernah mengambil pendekatan melampau dalam memperjuangkan kepentingan Melayu dan Islam, sebaliknya bersikap rasional dan adil kepada semua dengan mengambil kira realiti sosial masyarakat pelbagai kaum serta agama di Malaysia. Katanya, sikap sederhana dan berprinsip itu juga membezakan UMNO dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan PAS dalam konteks politik Melayu dan Islam.
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
‘Usah campur hal Islam’ Posted: 01 May 2011 03:33 PM PDT Nasional Tian Chua patut faham masjid urusan JAWI: Mufti PerlisKUALA LUMPUR: Masyarakat bukan Islam terutama ahli politik diingatkan tidak mencampuri urusan agama Islam dengan menimbulkan perkara yang boleh menyentuh sensitiviti umat Islam di negara ini. Mufti Perlis, Dr Juanda Jaya, berkata soal agama Islam dan juga masjid terletak di bawah kuasa Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong serta jabatan agama Islam negeri. Katanya, Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tian Chua perlu faham sensitiviti umat Islam dan tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan sewenang-wenangnya demi kepentingan politik. "Tian Chua patut faham, masjid urusan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI - bagi Kuala Lumpur) dan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong serta jangan sentuh sensitiviti umat Islam," katanya di sini, semalam.Semalam satu laman portal berita milik PKR melaporkan Tian Chua yang juga Ahli Parlimen Batu mendakwa walaupun bukan Islam, beliau tahu sumpah laknat yang dilafazkan, Datuk Shazryl Eskay Abdullah di Masjid Amru Al-As Bandar Baru Sentul, Jumaat lalu adalah salah. Tian Chua turut menuduh sumpah laknat yang dilakukan Shazryl Eskay bersama dua lagi trio Datuk T iaitu Tan Sri Rahim Thamby Chik dan Datuk Shuib Lazim sebagai mempermainkan agama Islam. Bukan itu saja, Tian Chua juga mendakwa masjid berkenaan berada di dalam kawasan Parlimennya dan tindakan Datuk T melafazkan sumpah di masjid berkenaan sebagai menghinanya serta rakyat kawasan itu. "Saya tidak bersetuju Datuk T bersumpah kerana itu hanya mendedahkan keaiban orang lain. Namun, oleh kerana mereka sudah bersumpah dan menimbulkan buruk sangka kepada pihak yang dituduh, mengapa tidak Anwar bersumpah saja. "Jika beliau (Anwar) tidak salah, apa yang hendak dirisaukan? Memang bukan satu paksaan atau kewajipan, tetapi dapat menghilangkan sangkaan," katanya. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Nasional To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan