Selasa, 17 Mei 2011

Utusan Online - Dalam Negeri

Utusan Online - Dalam Negeri


Terima kasih Perdana Menteri

Posted:

Terima kasih Perdana Menteri

Terima kasih Perdana Menteri

Oleh SAIFUL HAIZAN HASAM
saiful.hasam@utusan.com.my

KUCHING 16 Mei – Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mewakili warga guru hari ini mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih dan penghargaan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang telah memberikan tumpuan istimewa kepada profesion perguruan.

Timbalan Perdana Menteri berkata, pengumuman mengenai nafas baru sistem kenaikan pangkat yang diumumkan hari ini membuktikan Perdana Menteri sentiasa mendengar keluhan guru yang terpaksa mengambil masa terlalu lama untuk menikmati peluang berkenaan

"Kerana itulah, walaupun dalam keadaan kerajaan perlu mengawal defisit negara, Perdana Menteri masih bersedia menawarkan penambahbaikan skim perkhidmatan pendidikan dengan memberi nafas baru kepada kaedah kenaikan gred khususnya secara time-based.

"Insya Allah, dengan pengumuman yang telah dibuat oleh Perdana Menteri, ramai guru akan menikmati manfaat kenaikan gred yang lebih cepat selepas ini," katanya ketika berucap sewaktu melancarkan Perayaan Hari Guru Peringkat Kebangsaan Ke-40 di sini hari ini.

Dalam perkembangan berkaitan, Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata, usaha memartabatkan profesion perguruan adalah satu proses yang berterusan antaranya penambahbaikan dalam Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma (PPLD).

Beliau turut menyatakan komitmennya untuk bekerjasama dengan kesatuan-kesatuan guru bagi melihat isu yang berkaitan dengan profesion perguruan secara lebih terperinci dan menyeluruh, serta mencari kaedah terbaik untuk terus memartabatkan kerjaya itu supaya setara dengan darjat kemuliaannya.

"Pihak Kementerian juga akan terus mengadakan perbincangan dengan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) untuk menyelesaikan beberapa perkara berkaitan perjawatan guru yang telah dibawa kepada perhatian kementerian sebelum ini," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Guru harus kental perkasa bidang pendidikan

Posted:

Guru harus kental perkasa bidang pendidikan

Guru harus kental perkasa bidang pendidikan

KUCHING 16 Mei - Para guru harus mempunyai semangat kental dalam menghadapi perubahan global yang semakin mencabar pada hari ini bagi memperkasakan bidang pendidikan serta generasi muda negara ini.

Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud berkata, mereka tidak patut mudah hilang semangat dalam memastikan usaha menyalurkan ilmu kepada generasi muda dapat dijayakan sepenuhnya.

Menurutnya, tugas seorang pendidik kini semakin mencabar kerana generasi muda tidak lagi merasai kepayahan untuk menimba ilmu pengetahuan kerana mereka sudah dibuai dengan kesenangan.

''Tidak seperti zaman dulu, generasi muda hari ini mendapat kemudahan dalam proses menimba ilmu pengetahuan serta memperoleh maklumat.

''Justeru, para guru perlu berani menempuh cabaran baru dalam tugas memberi pendidikan kepada generasi muda hari ini," katanya ketika berucap pada Malam Berambeh Majlis Pelancaran Hari Guru Ke-40 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) di sini malam tadi.

Hadir sama isterinya, Puan Sri Ragad Kurdi Taib; dua Timbalan Menteri Pelajaran iaitu Datuk Dr. Wee Ka Siong dan Dr. Mohd. Puad Zarkashi serta Pengarah Pelajaran negeri, Abdillah Adam.

Dalam pada itu, Abdul Taib memberitahu, untuk menjayakan negara sebagai ekonomi berpendapatan tinggi, generasi muda perlu diberi pendidikan yang mantap khususnya dalam bidang teknikal bagi memenuhi keperluan Koridor Tenaga Yang Boleh Diperbaharui (SCORE).

Katanya, keperluan tenaga kerja telah berubah dengan wujudnya SCORE apabila 50 peratus daripadanya melibatkan sektor pekerjaan yang memerlukan mereka mempunyai kemahiran dalam bidang teknikal.

Pada masa sama, beliau memuji golongan pendidik kerana hasil usaha gigih mereka selama ini dalam meningkatkan mutu perkhidmatan pendidikan dari semasa ke semasa.

''Pendidik bukan sahaja memberi perkhidmatan di kawasan bandar, malah turut ditempatkan di kawasan-kawasan terpencil dan ini salah satu cabaran perit yang perlu diharungi oleh guru-guru," ujarnya.

Pada majlis tersebut, Abdul Taib turut menyampaikan sijil dan hadiah kepada guru-guru yang menunjukkan perkhidmatan cemerlang.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Kaedah baru kenaikan pangkat bantu jati diri guru

Posted:

Kaedah baru kenaikan pangkat bantu jati diri guru

Kaedah baru kenaikan pangkat bantu jati diri guru

KUALA LUMPUR 16 Mei - Kaedah baru kenaikan pangkat khusus kepada guru seperti yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sempena sambutan Hari Guru hari ini diharap dapat meningkatkan lagi jati diri guru sebenar.

Presiden Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN), Prof. Madya Datuk Dr. Mohamad Ali Hasan berkata, peluang peningkatan ke gred yang lebih tinggi berdasarkan kecemerlangan mereka bagaimanapun perlu dinilai melalui kriteria menyeluruh iaitu bukan sahaja bersandarkan pencapaian akademik.

Katanya, antara kriteria lain yang boleh diambil kira adalah kepimpinan membimbing murid dalam bidang kokurikulum, sukan termasuk akhlak dan disiplin murid.

"Kita harap pencapaian guru juga dinilai melalui pembabitan guru dengan masyarakat setempat, kita tidak mahu guru mengasingkan diri dengan masyarakat atau berada dalam dunia mereka sahaja.

"Sekiranya guru sanggup turun padang berjumpa dengan ibu bapa atau penjaga murid jika ada masalah, kita mahu semangat seperti itu akan wujud dalam diri guru,'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Kaedah baru kenaikan pangkat yang diumumkan itu adalah mengikut kategori empat lapisan jawatan iaitu Guru Biasa, Guru Kanan, Guru Wibawa dan Pendeta Guru.

Empat lapisan jawatan itu akan membolehkan peningkatan ke gred yang lebih tinggi berdasarkan kecemerlangan.

Dalam pada itu, Mohamad Ali berkata, hal-hal berkaitan integriti di kalangan guru perlu dititik beratkan dengan memberikan satu pengiktirafan jika tidak pernah terlibat dengan kegiatan rasuah.

Sehubungan itu, katanya, kenaikan pangkat dan tangga gaji yang dicadangkan harus ditawarkan kepada mereka yang mempunyai semangat dan minat mendalam dalam profesion perguruan.

''Para guru harus bersikap profesional untuk meningkatkan standard mereka, sentiasa proaktif dalam usaha mentransformasikan pendidikan negara,'' katanya.

Sementara itu, Presiden NUTP, Hashim Adnan berkata, kerajaan perlu mengambil kira keperluan 2,000 guru besar di sekolah kurang murid yang tidak mengalami kenaikan pangkat.

''Mereka memegang jawatan selama 15 tahun dan tidak ada kenaikan pangkat apa-apa, sekurang- kurangnya dinaikkan ke DGA34 daripada DGA32 sekarang ini, iaitu hanya mengalami kenaikan gaji sebanyak RM90,'' katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan