Kosmo Online |
- Sindiket gores dan menang Lembah Klang
- Warga Iran diberkas cuba seludup 28 kg syabu
- Anggota APMM mengaku seleweng petrol
Sindiket gores dan menang Lembah Klang Posted: Sindiket gores dan menang Lembah Klang18/05/2011 8:43pm KUALA LUMPUR - Lima orang termasuk seorang wanita ditahan dalam satu serbuan di sebuah premis pejabat di Kompleks Mutiara, Jalan Ipoh hari ini kerana dipercayai terbabit dalam sindiket gores dan menang. Serbuan pada 1 petang itu, dijalankan oleh pasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK), Bukit Aman yang diketuai oleh Cif Inspektor, Mohamad Zaid Othman. Mohamad Zaid berkata, maklumat diperolehi daripada seorang mangsa yang mendakwa mengalami kerugian hampir RM4,000 apabila menyerahkan wang tersebut kepada sindiket terbabit. "Mangsa ditawarkan memenangi sebuah kereta mewah tetapi dengan syarat harus membayar sejumlah RM4,000 dan beliau telah membayarnya pada Isnin lepas tetapi hari ini mangsa diminta membayar jumlah yang sama menyebabkan mangsa curiga lalu membuat laporan polis," katanya kepada pemberita di lokasi serbuan. - Bernama Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
Warga Iran diberkas cuba seludup 28 kg syabu Posted: Warga Iran diberkas cuba seludup 28 kg syabu18/05/2011 5:16pm GEORGETOWN - Dua warga Iran dipercayai cuba menyeludup dadah ke negara ini ditahan dalam pemeriksaan di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang di Bayan Lepas malam tadi. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Datuk Noor Rashid Ibrahim berkata, kedua-dua lelaki yang berumur dalam lingkungan 30 tahun itu ditahan kerana disyaki menyorok syabu seberat 27.8 kg dalam kotak makanan yang ditemui dalam beg pakaian mereka. "Helah mereka tidak terhasil dan mereka ditangkap pada 7.40 malam oleh sepasukan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik negeri," katanya di sini hari ini. - Bernama Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
Anggota APMM mengaku seleweng petrol Posted: Anggota APMM mengaku seleweng petrol18/05/2011 5:09pm ALOR SETAR - Seorang anggota Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) hari ini mengaku salah di Mahkamah Sesyen atas 42 tuduhan pecah amanah melibatkan penyelewengan minyak petrol membabitkan sejumlah RM87,006 di Kuala Kedah dua tahun lalu. Laskar Kanan Maritim Azman Md. Noh, 48, yang tidak diwakili peguam mengaku salah di hadapan Hakim Mohd. Rosli Osman terhadap kesemua pertuduhan yang dilakukan antara Januari hingga September 2009. Tertuduh sebagai pegawai pengangkutan kenderaan rasmi Maritim Malaysia, Pangkalan Kuala Kedah, dibekalkan dengan kad minyak Petronas Smartpay didakwa melakukan pecah amanah iaitu menggunakan kad minyak itu bagi membeli minyak petrol untuk kepentingan diri. Dia melakukan semua kesalahan itu di Stesen Minyak Petronas Imbang Moden Sdn. Bhd. di Jalan Batas Paip, Kuala Kedah antara 3 Jan 2009 hingga 23 Sept 2009. - Bernama Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan