Berita Harian: MukaDepan |
Posted: 17 May 2011 02:44 PM PDT JOHOR BAHRU: Beberapa bandar di negara ini yang terletak di kawasan rendah, terutama berhampiran pantai berkemungkinan ditenggelami air laut dalam tempoh sembilan tahun akan datang berikutan fenomena paras air laut yang semakin meningkat akibat pemanasan global. Jika fenomena itu berterusan secara konsisten dan tiada langkah pencegahan dirangka dari awal, antara kawasan berisiko tinggi ditenggelami pada tahun 2020 kelak ialah Batu Pahat, Melaka, Pulau Pinang, Miri, Klang, Selangor dan Pekan. Kemungkinan mengenai kejadian itu ditemui pakar Fakulti Kejuruteraan Awam dan Alam Sekitar dari Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) hasil analisis data paras air laut yang direkodkan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) sejak 2004. Prof Ir Dr Abdul Aziz Abdul Samad yang juga Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) universiti itu, berkata data paras air laut yang dianalisis Pensyarah Jabatan Kejuruteraan Air dan Persekitaran, Dr Tan Lai Wai, mendapati sejak 2004 sehingga awal tahun ini, paras air laut negara meningkat secara purata 10 sentimeter (sm) setiap tahun. Komen Anda Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.Senarai komenLilis Bt Sudin kita harus sedia dari sekarang bukan serah kepada takdir. Langkah keselamatan dan pencegahan harus diutamakan dengan meninggikan kawasan rendah serta wujudkan tempat menampung air laut[ Tangki penyimpanan ] disemua dikawasan tempat yang berisiko tinggi. Bagi keselamatan penduduk tempatan dikawasan rendah dicadangkan penempatan seperti dewan, kompleks perlu diwujud sekiranya gagal langkah pencegahan dan khazanah alam seperti pokok bakau perlu di tanam kerana ia dapat menyerap airlaut dan mengurangkan kebanjiran
Abd Rasid Bin Abd Rais bagi kami orang2 yg beriman jawapan semua ada dalam aq quran.... jangan teperdaya.. tempat2 yg di sebutkan adalah tempat2 yg hartanah nya melambung harganya dan pusat atau laluan perniagaan yg paling terbaik di semenanjung malaysia... jika sesiapa terpedaya mesti ramaiyg menjual tanah dan bealih ke tempat yg harga tanah dan ekonominya lembap sekaligus meningkatkan ekonomi di tempat baru dalam jangka panjang... ajal dan maut itu kuasa allah s.w.t. polotik bangsa yg bijak menindas orang yg lemah dan kurang ilmu sahaja akan teperdaya.. Muhammad Hosni mencegah lebih baik dari merawat.....tp dah terlambat......kena terima hakikat bumi sudah tiba di penghujung....banyak-banyak beramal.... ini juga disumbangkan dengan banyak kawasan laut yang ditambak menjadi pulau untuk digunakan dengan pelbagai cara Alif Rosli Salam. Diharap K'jaan dpt memberi perhatian serius terhadap kajian ini. Kalau ada kajian Bandar "hilang", semestinya ada kajian utk selamat kan Bandar "Hilang".
fyzu Apa yang di hairankan...semua ni ujian dr Allah..dunia dah nak kiamat..tetapi manusia sibuk berlumba mengejar kemewahan..khazanah alam semulajadi tu kita perlu jaga bukan untuk diceroboh semata-mata kerana wang..ingatlah..harta di dunia ni hanya sementara saja.. Alif Rosli Salam. Diharap K'jaan dpt memberi perhatian serius terhadap kajian ini. Kalau ada kajian Bandar "hilang", semestinya ada kajian utk selamatkan Bandar "Hilang".
AFINDY BIN MATNOR fenomana ini boleh di cegah sekiranya seluruh peduduk dunia bekerjasama, mengkaji bagaimana hendak mencegahnya.kalau difikirkan apa akan jadi 100 tahun akan datang. jadi kita harus bertindak awal,dan jangan perkara buruk berlaku baru nak ambil tindakan. kesimpulannya kita sebagai penduduk dunia harus peka dalam hal ini bagi keselamatan akan datang. Nizan Anwar Semua pihak harus memahami situasi ini tapi tiada gunanya jika hanya membahaskan jalan penyelesaian tanpa diambil tindakan sewajarnya. farah Sebenarnya bukan kerajaan yg patut ambil tindakan sahaja. Ini ada kesedaran individu sendiri. Kita adalah penduduk bumi ini yang patut ambil tindakan jika kita nampak pembakaran terbuka dilakukan maka kita sendiri yang patut ambil tindakan buat teguran terus pada individu terbabit. Bukan tunggu pihak berkuasa sahaja. Sementara nak tunggu tindakan kerajaan tu dah nipis dah lapisan ozon kita. Yelah sebagai rakyat malaysia kita pun tau politik kerajaan kita sekarang. Pasal nak jaga alam sekitar ni buat de je tapi time nak hancur kan cepat je. Alasan untuk pembangunan negara. Liam90 Situasi tsebut tak mustahil boleh berlaku.. Langkah mgatasi perlu dambil sgera... Mulakan hari ini. Azmir Apa yang berlaku pada dunia hari ini semuanya adalah kerakusan tangan manusia itu sendiri. Kerajaan boleh berusaha, tapi hakikatnya mentaliti manusia hari ini memang sukar diubah. Bila budaya semakin terhakis, maka sikap kerjasama dan bertangungjawap itu tidak penting lagi. Manusia hari ini lebih cenderung mengejar kemewahan dan harta sehingga sanggup mengadaikan khazanah alam semulajadi ini. sri siantan Dgn izin allah segalanya boleh berlaku. Cuma apa persediaan kita? Adakah kita telah bersedia? Adakah kita betul-betul bersedia? maimunah atan kita kenala buat macam Belanda negara di bawah paras air dari sekarang sebelum terlambat SYAHIDA Kerajaan perlu menguatkuasakan undang-undang contohnya mengehadkan penjualan Klorofluorokarbon (CFC) yang merupakan penyumbang utama kepada penipisan lapisan ozon. Gas CFC terkandung dalam alat-alat seperti penyaman udara, aerosol dan peti sejuk. Semasa CFC dibebaskan di atmosfera, klorin akan bertindak dengan ozon dan membebaskan oksigen. Akibatnya, lapisan ozon semakin nipis. Penipisan lapisan ini akan menyebabkan sinaran ultraungu sampai terus ke permukaan bumi yang menyebabkan suhu bumi meningkat lalu meningkatkan paras air laut. Selain itu kerajaan perlu kerap memantau kegiatan-kegiatan masyarakat supaya tidak melakukan pembakaran terbuka dan mengetatkan lagi undang-undang terhadap pembakaran sampah. Apa yang dapat saya lihat, kemana saja saya pergi, di kawasan perumahan pasti ada yang melakukan pembakaran terbuka. Kerajaan juga perlu mengadakan banyak kempen supaya masyarakat dapat mengetahui apa yang sebenarnya berlaku dalam negara kita selain tingkah laku masyarakat itu sendiri, kerajaan perlu mengambil tindakan terlebih dahulu kerana tingkah laku oleh masyarakat dikawal oleh undang-undang yang dibuat oleh kerajaan. Jika kerajaan memberikan hukuman berat, pastinya rakyat takut untuk melakukan kesalahan seperti pembakaran terbuka dan lain-lain. Penjualan racun atau penyembur aerosol, atau penghawa dingin juga perlu dikurangkan atau dihadkan penggunaannya dan penjualannya bagi mengawal pemansan global dri terus berlaku. Bahagian sains dan teknologi pula perlu mereka alat yang banyak menggunakan tenaga solar untuk menjalankan kegiatan seharian manusia seperti penggunaan penghawa dingin. "Apalah gunanya kesenangan pada hari ini jika menerima padah pada hari esok". |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: MukaDepan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan