Kosmo Online |
- Rompak: Buruh dipenjara 6 tahun, disebat
- Saluran khas mengenai bayi, kanak-kanak
- Harga gula naik 20 sen mulai esok
Rompak: Buruh dipenjara 6 tahun, disebat Posted: Rompak: Buruh dipenjara 6 tahun, disebat09/05/2011 8:39pm KLANG – Seorang buruh dijatuhi hukuman penjara enam tahun dan empat sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas mengaku bersalah merompak seorang lelaki Pakistan dengan bersenjatakan parang dan kapak pada Ogos tahun lepas. Hakim Norsyaridah Awang memerintahkan S. Kalidas, 22, menjalani hukuman itu berkuat kuasa dari tarikh dia ditangkap pada hari kejadian iaitu pada 24 Ogos lepas. Kalidas didakwa bersama-sama tiga lagi yang masih bebas melakukan rompakan berkumpulan ke atas Abdullah Khan, 26, di Lot 3877, Batu 2 1/2, Jalan Air Hitam, Dengkil, Sepang dekat sini, kira-kira pukul 9 malam. Dia didakwa mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh dikenakan sebatan atau denda. – Bernama Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
Saluran khas mengenai bayi, kanak-kanak Posted: Saluran khas mengenai bayi, kanak-kanak09/05/2011 8:35pm KUALA LUMPUR – Astro dan Fox International Channels (FIC) hari ini melancarkan BabyTV, sebuah saluran televisyen terkenal di dunia mengenai bayi dan kanak-kanak. Ketua Pegawai Operasi, Measat Broadcast Network System, Henry Tan berkata, kandungan dan program saluran itu dihasilkan secara eksklusif oleh pakar pembangunan awal kanak-kanak. Katanya, previu percuma saluran itu dapat ditonton oleh semua pelanggan Astro melalui Saluran 618 mulai hari ini hingga 30 September. "Selepas tarikh itu (30 September), pelanggan yang berminat untuk terus menonton saluran berkenaan boleh melanggan BabyTV dengan bayaran RM5 sebulan," katanya pada majlis pelancaran saluran itu di sini. Majlis pelancaran itu disempurnakan oleh Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, di Kompleks Penyayang Bakti di sini. – Bernama Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
Harga gula naik 20 sen mulai esok Posted: Harga gula naik 20 sen mulai esok09/05/2011 8:23pm PUTRAJAYA – Kerajaan hari ini mengumumkan kenaikan harga gula sebanyak 20 sen daripada RM2.10 kepada RM2.30 sekilogram mulai esok. Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Mohd Zain Mohd Dom berkata, langkah untuk merasionalisasikan harga runcit gula itu dibuat selaras dengan keputusan mesyuarat Majlis Ekonomi hari ini. "Kerajaan telah membuat keputusan untuk merasionalisasikan subsidi dan dalam hal ini, Majlis Ekonomi Negara menetapkan subsidi tanggungan kerajaan untuk gula perlu diturunkan lagi," katanya kepada pemberita di sini hari ini. Beliau berkata, walaupun berlaku kenaikan, harga runcit gula di Malaysia masih rendah berbanding negara serantau seperti Indonesia, Singapura, Thailand dan Filipina. Sebagai contoh, katanya harga runcit gula di Indonesia ialah RM3.80 sekilogram, Singapura (RM3.61), Thailand (RM2.31) dan Filipina (RM4.50). Mohd Zain berkata, sebelum merasionalisasikan harga runcit gula itu dibuat, kerajaan terpaksa menanggung subsidi sebanyak RM400 juta setahun. Dengan kenaikan harga gula sebanyak 20 sen, kerajaan masih menanggung subsidi sebanyak RM283.4 juta setahun dan penjimatan sebanyak RM116.6 juta setahun boleh diguna untuk pembangunan lain, katanya. – Bernama Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan