Isnin, 9 Mei 2011

Harian Metro: Setempat

Harian Metro: Setempat


Kaca berterbangan kondo mewah meletup

Posted: 08 May 2011 02:07 PM PDT

KUALA LUMPUR: "Saya terkejut melihat banyak kaca berterbangan selepas terdengar bunyi letupan kuat disusuli gegaran," kata penghuni Kondominium Hampshire Park, Jalan Ampang, Daniela Semeraro, 42, semalam.

Dia yang tinggal di tingkat 12, segera turun bersama suami untuk menyelamatkan diri.


Dalam kejadian kira-kira jam 7.45 malam itu, satu letupan kuat berlaku pada sebuah unit di tingkat 17 kondominium mewah berkenaan hingga menggegarkan kawasan sekitarnya.

Difahamkan, letupan itu menyebabkan puluhan rumah rosak, malah sebuah hotel yang terletak kira-kira satu kilometer dari tempat kejadian turut mengalami kerosakan.


"Saya difahamkan penghuni rumah iaitu seorang lelaki cedera di tangan dan terbakar rambut berikutan letupan itu.


"Selain itu, saya diberitahu mangsa baru pindah ke rumah berkenaan hari ini (semalam)," katanya ketika ditemui di sini semalam.

Menurutnya, punca kejadian tidak dapat dikenal pasti, namun percaya ia berpunca dari letupan gas.


"Beberapa hari sebelum kejadian, terdapat gangguan pada tekanan gas apabila menunjukkan ia semakin rendah," katanya.

"Tiba-tiba saya dikejutkan dengan letupan yang kuat petang tadi (semalam)," katanya.


Difahamkan, penghuni rumah berkenaan seorang lelaki warga British berusia 61 tahun melecur 70 peratus badan. Mangsa kini dirawat di Pusat Perubatan Prince Court.


Sehingga malam tadi, pasukan bomba dan penyelamat, polis dan ambulans masih menjalankan usaha mengenal pasti punca kejadian dan menyelamatkan penghuni lain yang mungkin cedera.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Kereta ‘tukar’ jadi motosikal

Posted: 08 May 2011 01:53 PM PDT

PUTRAJAYA: Gara-gara terlalu mempercayai jiran, seorang lelaki mendakwa kehilangan kereta Honda Civic 1.7 Vtech warna biru miliknya selepas bertukar tuan tanpa kebenarannya.

Mangsa, Zaidi Zakariah, 46, berkata, dia menyedari tertipu apabila kereta yang diberikan sementara waktu kepada jirannya yang juga seorang ejen kereta terpakai didapati tiada, tanpa memaklumkan di mana kereta itu berada. "Saya memberikan kereta itu sementara waktu kepadanya selepas tidak mampu membayar ansuran hampir tiga bulan kerana menghadapi masalah kewangan dan dia membayar RM6,000 sebagai pertukaran kepada kereta itu. "Apabila wang mencukupi, saya berjumpa semula ejen berkenaan untuk membayar dan menuntut semula kenderaan itu seperti yang dijanjikan, tetapi dimaklumkan kereta saya tiada. "Saya kemudian bertanya kepada pemilik kedai kereta tempat saya beli di Johor dan jawapan yang diberikan sama," katanya ketika datang ke pejabat Harian Metro di sini semalam. Zaidi yang berasal dari Kajang berkata, dia yang pelik dengan kejadian itu kemudian ke pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di Bandar Baru Bangi untuk mengetahui status kenderaannya. "Saya terperanjat sebaik mengetahui nombor pendaftaran kereta itu sudah bertukar menjadi nombor pendaftaran motosikal, manakala nombor pendaftaran motosikal itu bertukar menjadi nombor pendaftaran kereta saya. "Saya tidak pernah membuat sebarang pertukaran pada dokumen kenderaan itu," katanya. "Saya buntu dan tidak tahu kepada siapa boleh saya ajukan masalah ini," katanya. Zaidi berkata, dia membuat empat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang mengenai kehilangan kenderaannya. Menurutnya, kereta berkenaan dibeli atas nama isterinya, Noriah Hashim, 49, dengan harga RM65,000, pada Mei 2009. Dia mendakwa hanya sempat menggunakan kereta itu selama 11 bulan sebelum memberikannya kepada ejen berkenaan kerana masalah kewangan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan