Harian Metro: Setempat |
Posted: 05 May 2011 12:26 PM PDT KUALA LUMPUR: Dengan bayaran RM300 hingga RM500 semalam, pelanggan sebuah kelab malam boleh membawa pulang pelayan pelanggan (GRO) kesukaan mereka untuk mengadakan hubungan sejenis. Itulah perkhidmatan 'khas' disediakan 32 GRO warga China di sebuah pusat hiburan berlesen di Plaza Puchong Bandar Kinrara, di sini, malam kelmarin.
Mereka akan menemani pelanggan untuk minum sambil berkaraoke dan pada masa sama dibenarkan membuat 'aksi' ringan.
Difahamkan, kelab malam itu dipercayai menjadi sarang popular sindiket pelacuran wanita warga asing dari China. Kebanyakan wanita warga asing itu masuk ke negara ini menggunakan pasport dan visa lawatan sementara.
Ketua Unit D7 Bukit Aman, Asisten Superintendan Shahrul Nizam Jaafar, berkata serbuan itu dilakukan selepas menerima maklumat kelab malam berkenaan menggaji GRO warga asing.
|
Posted: 05 May 2011 12:25 PM PDT BALING: Universiti Utara Malaysia (UUM), bakal berdepan dengan tindakan undang-undang sekiranya gagal menjelaskan cukai tanah sebanyak RM1.7 juta, selepas kerajaan negeri menolak permohonan universiti itu untuk menyambung semula rebat cukai tanah bernilai RM100,000 setahun. Sehubungan itu, UUM diberi tempoh hingga 1 Jun depan untuk menjelaskan bayaran berkenaan atau berdepan tindakan denda sebanyak RM91,000 atau tanah mereka akan dirampas. Keputusan itu dibuat Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak, selepas Pejabat Tanah dan Galian (PTG) negeri menolak permohonan UUM untuk menyambung semula rebat cukai tanah universiti itu.
"Sekiranya mereka gagal bayar, kerajaan negeri boleh merampas tanah mereka (kampus UUM)," katanya pada sidang media selepas melawat tapak pembinaan Kolej Universiti Insaniah (Kuin) di Kuala Ketil, di sini, kelmarin.
Pada 2009, dua surat rayuan dihantar oleh UUM, iaitu pada 29 April kepada Pengarah Tanah dan Galian negeri dan pada 10 Jun secara terus kepada Menteri Besar, namun jawapan diterima adalah kerajaan negeri tidak dapat meluluskannya.
UUM membuat rayuan itu bagi mendapatkan rebat cukai tanah RM100,000 setahun selama dua tahun bermula 2006 yang tamat tempoh pada 2008. Selepas tempoh itu tamat, UUM terpaksa membayar cukai tanah sebanyak RM1.743 juta setahun.
|
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Setempat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan