Berita Harian: Mutakhir |
Kes Nirmala Bonat: Bekas majikan gagal peroleh jaminan kos Posted: 06 May 2011 02:48 AM PDT Mutakhir KUALA LUMPUR: Bekas majikan Nirmala Bonat hari ini gagal dalam cubaan mendapatkan jaminan kos sebanyak RM50,000 sementara menunggu saman bekas pembantu rumah yang didera itu dilupuskan.Hakim Mahkamah Tinggi Datuk John Louis O'Hara menolak rayuan Yim Pek Ha dan suaminya, Hik Ik Ting selepas mendengar hujah kedua-dua pihak. Peguam M.Kavimani yang mewakili Nirmala memberitahu pemberita hakim menolak rayuan pasangan itu terhadap keputusan Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Tinggi V.Vanita, dengan kos sebanyak RM3,500. Permohonan itu dibuat bagi menjamin kos perundangan jika Nirmala gagal dalam saman terhadap pasangan suami isteri berkenaan kerana bekas pembantu rumah tersebut pulang ke kampung halamannya di Indonesia. Pada 28 Januari tahun lalu, Nirmala menyaman Yim dan Hik menuntut ganti rugi bagi kecederaan dan penderitaan yang terpaksa dilaluinya ketika bekerja untuk pasangan itu bagi tempoh kira-kira sembilan bulan. Beliau mendakwa dicederakan dengan besi dan air panas, cawan besi serta penyangkut baju plastik. Nirmala juga menuntut ganti rugi bagi kehilangan keselesaan, kos perubatan, penghinaan, penderitaan fizikal dan mental serta parut kekal. Selain itu, beliau menuntut RM28,545 bagi kerugian kerana hilang pendapatan dan RM10,616 untuk kos lain. Yim, seorang suri rumah, dihukum penjara 18 tahun oleh Mahkamah Sesyen kerana menyebabkan kecederaan parah terhadap Nirmala. Bagaimanapun, selepas merayu di Mahkamah Tinggi, hukumannya dikurangkan kepada 12 tahun. Dia dihadapkan ke mahkamah dengan empat pertuduhan mencederakan Nirmala di Kondominium Villa Putera, Jalan Tun Ismail di sini antara Januari dan Mei 2004. - BERNAMA Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
Pelakon drama 'Langit Tidak Selalu Cerah' didakwa cabul pelajar Posted: 06 May 2011 02:44 AM PDT Mutakhir KUALA LUMPUR: Seorang pelakon era 70-an yang membintangi drama "Langit tidak selalu cerah", Mokhtaruddin Mohd Saad, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Selayang terhadap pertuduhan mencabul seorang pelajar.Mokhtaruddin, 56, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret Muhammad Najib Ismail. Tertuduh yang juga pengasas kepada pertubuhan Raudah iaitu sebuah badan kebajikan, didakwa melakukan kesalahan itu terhadap pelajar perempuan berusia 13 tahun, di Asrama Raudah di No 336, Batu 11, Gombak pada 2.30 petang, 1 Mei lalu. Dia yang tidak diwakili peguam didakwa mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang boleh dipenjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana antara dua, jika sabit kesalahan. Pendakwaan yang dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya Rohaiza Hamzah mencadangkan Mokhtaruddin diikat jamin RM8,000 dengan seorang penjamin. Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM4,000 dengan seorang penjamin dan kemudian menetapkan 17 Jun ini untuk sebutan lantik peguam. Anak lelakinya, Datuk Mohd Bismi Adira selaku penjamin membayar jaminan itu. - BERNAMA Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Mutakhir To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan