Khamis, 19 Mei 2011

Harian Metro: Mutakhir

Harian Metro: Mutakhir


Pemandu lori mengaku tidak bersalah dera anak kandung

Posted: 19 May 2011 03:55 AM PDT

KLANG: Seorang pemandu lori dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan menyebabkan kecederaan fizikal terhadap anak perempuannya berusia 13 tahun dengan memukul mangsa menggunakan kayu.

K. Segar, 39, mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan selepas tuduhan itu dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret Nadia Othman.


Tertuduh yang berasal dari Bentong, Pahang didakwa melakukan kesalahan itu terhadap S. Anusia, di rumah No:8-15, Blok E, Perdana Villa Apartment, Jalan Sungai Jati, Taman Sentosa di sini, antara 25 Dis tahun lepas sehingga akhir bulan lepas.

Dia didakwa mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 dan boleh dihukum bawah seksyen sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan denda tidak melebihi RM20,000 atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.


Timbalan Pendakwa Raya Puteri Iskandariah Md Tahir membantah sebarang ikat jamin kerana pertuduhan menggambarkan kekejaman yang dilakukan tertuduh terhadap mangsa meskipun tertuduh adalah bapa kandungnya sendiri dan ia melibatkan kepentingan awam.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Warga emas maut dalam kebakaran

Posted: 18 May 2011 11:16 PM PDT

KOTA BAHARU: Tindakan seorang lelaki warga emas cuba memadamkan kebakaran kecil di dalam bilik tidurnya membawa malang apabila dia maut dipercayai akibat lemas dalam kepulan asap dalam kejadian di Jalan Raja Dewa, Telipot, dekat sini awal hari ini.

Omar Ismail, 78, yang uzur sempat mengejutkan dan membawa isterinya, Hasnah Mustafa, 70, keluar dari bilik itu sebaik menyedari kebakaran berlaku.


Hasnah ketika ditemui berkata dia tersedar mengenai kebakaran pada pukul 4.30 pagi selepas dikejutkan suaminya sebelum bergegas keluar menyelamatkan diri dari bilik berkenaan. "Sebaik tersedar saya segera membuka pintu bilik dan mengejutkan anak dan cucu termasuk seorang pembantu rumah.

"Dalam kekalutan itu, saya kemudian terdengar suara suami saya menyebut "Allah! Allah!" dari arah bilik tidur kami yang terbakar, saya cuba menjenguk untuk mencari suami dan melihat bilik itu sudah dipenuhi asap tebal," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan