Khamis, 5 Mei 2011

Berita Harian: MukaDepan

Berita Harian: MukaDepan


Kini giliran Ayman

Posted: 04 May 2011 01:29 PM PDT

MukaDepan

Ayman al-Zawahiri

Ayman al-Zawahiri

Amerika jadikan pengganti Osama musuh nombor satu negara

WASHINGTON: Amerika Syarikat memberi amaran bahawa pengganti Osama bin Laden sebagai pemimpin al-Qaeda bakal menjadi musuh nombor satu negara itu selepas pengasas pergerakan berkenaan dibunuh di kediaman sulitnya di Abbotabad oleh komando SEAL.

Pengarah Agensi Perisikan Pusat, Leon Panetta, merujuk kepada pemimpin nombor dua al-Qaeda, Ayman al-Zawahiri sebagai sasaran baru, walaupun belum ada kenyataan bila Ayman akan mengambil alih.

"Beliau (Ayman) semakin berada di senarai atas (sebagai musuh nombor satu Amerika) dengan pantas," kata Panetta dalam rancangan televisyen CBS, Evening News with Katie Couric. Ayman, 59, doktor berasal dari Mesir itu turut tersenarai sebagai orang paling dikehendaki Amerika atas sebab keganasan.

Laporan di Amerika menyatakan, komando yang membunuh Osama turut merampas data komputer yang dipercayai dapat membantu mereka mendalami selok belok kepemimpinan dan aktiviti al-Qaeda termasuk mengesan Ayman.

Panetta berkata, sehingga seorang pemimpin baru al-Qaeda dipilih secara rasmi, Amerika akan mengambil peluang memperhebatkan usaha memusnahkan pergerakan itu.

"Kami berpendapat, dalam keadaan sekarang, kami berpeluang terus menyerang al-Qaeda ketika mereka masih berada dalam kekeliruan selain berdebat mengenai siapa pengganti Osama.
"Pada masa sama, siapa saja yang mengambil tempat Osama akan menjadi musuh nombor satu Amerika," kata Panetta.

Tempat persembunyian Osama di sebuah kawasan kediaman mewah di bandar tentera Abbotabad di utara Islamabad, mencetuskan spekulasi meluas di Amerika bahawa lokasi bekas pemimpin al-Qaeda itu diketahui oleh kerajaan Pakistan.

Namun, Panetta menegaskan, Amerika tidak mempunyai sebarang petunjuk perisikan bahawa 'Pakistan sedar Osama berada di sana atau kediaman yang menjadi tempat persembunyiannya.'

Mengakui bahawa kediaman berkenaan hampir dengan sebuah akademi tentera elit Pakistan dan Osama tinggal di sana selama kira-kira lima tahun, Panetta, mendesak Islamabad untuk memberi lebih banyak penjelasan dalam perkara itu.

"Saya fikir mereka perlu memberi maklum balas terhadap persoalan mengapa tidak tahu tempat seperti itu wujud," katanya.

Ditanya sama ada Pakistan perlu diisytiharkan sebagai negara pengganas, Panetta menolaknya dengan menekankan hubungan Washington-Islamabad sesuatu yang 'amat rumit dan sukar' serta memberi amaran hubungan itu tidak wajar diputuskan.

"Apa yang berlaku ialah kami melakukan operasi perang di negara mereka dengan memburu pemimpin al-Qaeda. Pada masa sama, kami cuba mendapatkan bantuan mereka untuk memerangi keganasan di rantau sebelah sana.

"Mereka sudah bantu kami dan mereka juga memberikan kerjasama dalam perkara itu," katanya. -AFP

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen

Mohd.Isa Abdullah

Selagi Amerika tidak ambil tahu keganasan yang dilakukan oleh Israel terhadap dunia Arab khasnya Plastine...selagi itulah sentiasa wujud kumpulan penganas yang menantang Negara Amerika dan Israel...tidak mustahil perang Dunia ketiga akan melatus berpunca daripada kengkuhan Amerika, Sekutunya dan Israel....

Rynes

setuju dengan saudara mustafa...tapi malangnya amerika berlatarbelakangkan yahudi sebenarnya.

esma

Apa boleh buat kita terimalah seadanya , jika kita umat islam tidak kuat dan bersatu.
Yang pentingnya kita harus bersyukur kerana negara kita aman dan makmur, itulah yang harus kita pelihara selamanya....

spirulina

bagi saya, kalau al-qeeda mahu popular dr segi kemanusiaan,jgnlah menggunakan manusia yg tidak bersalah sebagai korban, kalau nak serang pun, biarlah profesional.ini rampas k/terbang, lepas itu kabooooom.ramailah yg mati.fikirkanlah apa yang akan terjadi dgn sanak-saudara yg mati itu.guna kepala hotak dulu sebelum nak bom ka, nak letupkan kapal terbang ka.

iskandar

Amerika mmg jelas dgn aksi2 melampau terhadap org.Islam yg kononye di label penganas ttp pe tindakan mrk terhadap Israel yg mmg diketahui umum menganas membunuh insan yg x berdosa...???pe tindakan kita?

Ayman

Ayman tak kisah Uncle Sam

Amerika BODOH

Amerika lah memang layak menjadi pengganas, dunia tidak akan aman selagi amerika menyokong israel.

mustafa

Amerika tidak perlu mendabik dada untuk menghapuskan pengganas dan kami semua dari golongan Muslim menentang pengganas hanya satu yang Amerika perlu buat selesaikan masalah Arab dengan Israel yang dah nyata pengganas dunia saya yakin dunia akan aman , kalau Amerika masih menyokong keganasan Israel semakin lama semakin banyak lagi pertubuhan yang akan lahir untuk mempertahankan keganasan

ebizz

Sehingga semua umat islam dibunuh, baru puas...

jolkadir unus

keganasan amerika dan negera sekutu lebih hebat keganasan Al-Qeeda ada sebab utk memerangi keganasan Amerika dan kuncu2nya keganasan Israel terhadap palestin tdak di ambil tahu oleh Amerika


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Lelaki cemburu tikam tunang bertubi-tubi di stesen minyak

Posted: 04 May 2011 01:25 PM PDT

BUKIT MERTAJAM: Seorang pekerja kilang yang cemburu dan panas baran dipercayai menikam tunangnya bertubi-tubi sehingga mati menggunakan sebilah pisau sebelum meminum racun, di stesen minyak di Jalan Perusahaan Prai di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 6.30 pagi itu, Karimah Jusoh, 25, ibu tunggal dua anak, ditemui berlumuran darah di bilik persalinan stesen minyak tempat dia bekerja, ditikam di perut, dada serta cedera di leher dan beberapa anggota badan.

Suspek berusia 35 tahun kemudian melarikan diri ke rumah kakaknya di Bandar Baru Perda di sini, sebelum meminum racun dan kini dirawat Unit Rawatan Rapi Hospital Seberang Jaya (HSJ).

Mayat mangsa yang dihantar ke Hospital Bukit Mertajam untuk bedah siasat dibawa pulang ke rumah ibu bapanya di Chuping, Perlis, bagi dikebumikan. Mangsa yang bercerai tahun lalu mempunyai dua anak masing-masing lelaki dan perempuan, berusia lima dan tujuh tahun.

Mangsa tinggal bersama ibu angkatnya, Aishah Mohamad, 52, di Bertam, Kepala Batas sejak tiga tahun lalu.

Seorang saksi memberitahu polis, mangsa berada di stesen minyak itu kira-kira jam 6.30 pagi dan masuk ke bilik persalinan sebelum memulakan kerja.

Saksi itu mendakwa dia ternampak seorang lelaki masuk ke bilik berkenaan dan keluar kira-kira sejam kemudian sebelum beredar dari stesen minyak.
Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Jaafar, berkata selepas rakan sekerja sedar mangsa tidak keluar bekerja, mereka memeriksa bilik berkenaan dan menemui mayat mangsa berlumuran darah.

"Polis turut menemui sebilah pisau sepanjang satu kaki dipercayai senjata yang digunakan untuk menikam mangsa di kawasan itu," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Prai Tengah, semalam.

Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
"Kami menerima panggilan telefon dari HSJ kira-kira 11.30 pagi ini (semalam) memaklumkan suspek menerima rawatan selepas dipercayai meminum racun," katanya.

Sementara itu, Aishah mendakwa Karimah pernah memberitahunya bahawa tunangnya yang sangat cemburu dan panas baran pernah memecahkan cermin kereta selepas melihatnya melayan seorang pelanggan di tempat kerja.

"Sebelum keluar bekerja pagi semalam, Karimah memeluk saya tiga kali tetapi saya tidak mengesyaki apa-apa. Malam tadi (kelmarin) dia menyuapkan makanan kepada saya serta bersalaman sebelum tidur," katanya yang masih terkejut dengan kematian anak angkatnya itu.

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen

iJat

teruk betul ..ape psl la leh terpk nk bwat cmtu skali.. akal da xde da ke

ibnu maro

bunga bkn sekuntum..x perlu bunuh2...
takziah buat famili mangsa...al-fatihah

ibnu maro

al-fatihah buat mangsa & takziah buat familinya...haprak la lu brader....buat malu org laki jer..

mohd asri

Al-Fatihah kepada arwah dan takziah kepada keluarga arwah.

ZAMRI BIN BAKAR

apa nak jadi dengan dunia ni.....

zzd

dalam banyak-banyak komen komen ZZR paling tepat untuk kebanyakan yang mengomen disini. Jika Al-Quran dan Sunnah dijadikan panduan untuk SEMUA urusan Dunia Insya-Allah sejahtera hidup.

Joe ensem

pasal bodoh sangat laki tu sampai bunuh2 tunang sdiri kalau jeles pun jgn la sampai mcm tu nnti kubur x terima mayat mu harap2 kamu ke tali gantung...amin

Sear

buat pengajaran bagi kita semua,cerminlah diri sendiri, solat jgn tinggal,insyaallah.

janggutsemanggol

Inilah bila hukum Allah ditinggalkan. Hari ni Karimah yg kena.Yakinkah,kita akan selamat.Bila kena anak Menteri/Kenamaan baru nak ikut hukum Allah ke?

botak chin

lantak lar... janji mak dia suko ... apo nak buek ehh...jang

botak chin

lantak lar... janji mak dia suko ... apo nak buek ehh...jang

mukhlisah mustaffa

subahanallah......
banyakan zikir... dan membaca Al-Quran supaya dilindungi Allah...

raihan han

keje gler, mcm kena rasuk syaitan

noryati

kenapa lar sekarang nie... orang melayu dah x der pegangan agama.... dah x ingat tuhan....

sapix si hensem

adoi.. terasa lak bile sebut cemburu ngan panas baran tuh... tp mintak jauh la dgn perkara mcm ni
nauzubillah...

rohania

pengajaran utk smua, kalau rasa2 belum kawin dah teruk cpat2 tinggalkan sbb dah kawin dia akan menyeksa isteri orang mcm ni.

tutty

ni bkn manusia...ni binatang kot...smpai bunuh tunang..apela...selidik la dlu sblm kite memilih pasangan hidup...al-fatihah

spirulina

nampaknya masalah mental di malaysia akan menjadi pembunuh no 1 di msia suatu hari ini

rosma

macam2 perkara berlaku pd zaman skrg..nyawa manusia seolah2 tiada nilai..sanggup membunuh kerana cemburu..Al-Fatihah buat mangsa

zainal

Lelaki tu mesti la muka buruk....ada inferiority complex...kepala sewel. iman zero..dan lain2 negatif....patut dia mati jer...idup pun no value...menyusahkan jer...tapi sian pada anak 2 org si ibu tunggal tu

paksum

lagi teruk dari binatang.....taraf paling rendah...sehina hina binatang...hina lagi manusia yg x mengunakan akal fikiran...selamat beramal ^_^

Adnan b Mamat

Orang yg tdk ada agama bertindak macam binatang...Al fatihah kpd mangsa...
moga keadilan dpt ditegakkan, pembunuh mesti dihukum mati..

Theresa Mainam

saya paling fobia lelaki buat mcm ne...dalam otak setan dia bercakap yg penting puas hati...kemungkinan besar dia telah rancang dari awal-awal lagi..."lepas bunuh tunang aku..terus aku bunuh diri.." tapi dia mana ada kuasa menentang kehebatan kuasa Tuhan...harap2 dia masih hidup di hospital itu seterusnya dia diadili di makahamah...biar dia insaf dan berasa malu atas perbuatan dia...

ili

Aliah..x smua lelaki cam tu. brhati2 mbuat komen agar prkra yg kcil x jadi besar..

chenkoi

runung2kan lah manusia skrg dh x ingat allah.alfatihah.......

muhammad saiful nizam

kemana perginya nilai islam yang diterapakan kepada umat islam...berpegang semula kepad agama islam..mampu menangkis amarah yg tlampau..taubatlah,sesunguhnya dijanjikan balasan bagi golongan begini..

mael nabawan

bodoh punya lelaki...anatar lelaki yang paling bodoh di dunia selain lembu....kasi hukum gantung sampai mati ja dia ni,..darah dibayar dengan darah...

muaz

Inilah Dunia Di Akhir Zaman .....sama-samalah kita menjaga ahli keluarga dan keturunan kita....jangan tinggalkan solat

aliff_ba_ta

kepada semua pembaca pandang2 dan beri bantuan jika ternampak jenayah atau sesuatu yg mencurigakan, dlm kes ni ada saksinampak tp ape tindakan saksi tersebut? (bukan kita nk jg tepi kain org tp kita perlu jg prihatin kepada sesuatu yg berlaku diluar kotak pemikiran akal manusia ini.

ainey

al-fatihah....
ermmm.........knpe karang nie mnsia bgtu zalim cgt???cemburu 2 wajib ad kt sesiapa pn tp xelok lah,lau cemburu buta e2 mbt insn yg kte cntai e2 merana....or sblknye...ape pn takziah kpd arwah..smga d'tmptkn d'ssi owg yg beriman..amin..

zizan

Ikut ati mati la jadinya

zoolhilmi harun.

semua yg terjadi krn manusia hr ini tiada bekalan iman jika iman itu ada pastinya ia insan yg paling berguna di dunia ini.

Mira

Ya Allah...nape la laki zaman skunk mcm tue ye....makin takut la plak ak nk bertunang...minx2 tunang ak xde la smpai tahap cm tue

noriza rahim a'ala

ikut hati mati, ikut rasa binasa. padahnya bila mengikut perasaan. untuk si mati ..Alfatihah.

INTAI

Sesungguhnya cemburu (yakni cemburu yang wajar dan masuk akal adalah bagian) dari keimanan. (HR.Al-Baihaqi dan Ibnu Babawih)

Ulan'el Airish

Cemburu x b'tmpt. Kalau SYG, kenapa sggp bunuh??? Kcyan sungguh. T'utama anak2nya..

Hairudin bin Din

Innalillah...kl syaitan dah menguasai diri, inilah akibatnya...

adeq.fizah

tunang gila.....pergi kt tali gantung jer....
baru padan muka dia.....

sri siantan

Takziah kpd keluarga mangsa. Mudahnye org sekarang,sikit2 bunuh. mana silapnye boleh jd begini?

Aliah Ali

Mengapa lelaki sekarang mudah hilang pertimbangan dan bertindak ganas hingga sanggup membunuh bila bergaduh atau ada masalah dengan pasangan? Sepatutnya lelaki adalah sebagai pelindung,tak kiralah kepada siapa samada tunang, isteri,anak,jiran dan sebagainya.

adnan

al-fatihah. semoga ditempatkan dikalangan org beriman

ZZR

"Jauhilah kamu semua dari(suka menurut) sangkaan, maka sesungguhnya sangkaan adalah percakapan yang paling bohong!" (HR Imam Ahmad bin Hambal, Bukhari dan Muslim)."Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak tergelincir ke dalam sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa..." (Al-Hujurat:12)

penjual kasut terpakai

Jahanam punya tunang,cemburu yang terlampau,kalau ye cemburu pun jangan sampai bunuh....tu lah pasal tak hensem!

king shah

si lelaki ni sbnrnya mmpunyai masalah otak yg kronik apapn alfatihah pd roh allahyarhamah karimah binti jusoh smoga diad tmptkn dlm golongan org2 yg beriman amin....

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan