Jumaat, 3 Februari 2012

Utusan Online - Muka Hadapan

Utusan Online - Muka Hadapan


'Tsunami' penyatuan orang Melayu

Posted:

'Tsunami' penyatuan orang Melayu

'Tsunami' penyatuan orang Melayu

Oleh AINUDDIN ALIFF SALEHUDEN dan AHMAD FADZLY ESA
pengarang@utusan.com.my

SHAH ALAM 2 Feb. - Landskap politik di negara ini bakal berubah dengan penyatuan seluruh orang Melayu sekali gus membentuk 'tsunami' baru yang akan meragut keangkuhan DAP, Parti Keadilan Rakyat (PKR) serta parasit dalam Pas.

Bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr. Hasan Ali berkata, penilaian tersebut dibuat berdasarkan sambutan luar biasa yang diterima sepanjang penganjuran jelajah beliau ke seluruh negara selepas dipecat daripada Pas pada 8 Januari lalu.

Kata beliau, sokongan terhadap perjuangan Islam, Melayu dan raja (IMR) diyakini akan terus bertambah dan menjadi titik permulaan kepada perpaduan umat Islam di negara ini.

''Dengan 'tsunami' itulah ia akan meragut keangkuhan DAP, Parti Keadilan Rakyat (PKR) serta parasit di dalam Pas," katanya ketika berucap pada forum bertajuk Bermulalah Ummah: Siri Jelajah Datuk Dr. Hasan Ali di Jalan Kebun di sini malam tadi.

Hadir sama bekas Ketua Penerangan Pas Selangor, Hasan Basri Mohd.

Hasan berkata, beliau akan terus memastikan isu IMR di negara ini terpelihara meskipun terpaksa berhadapan dengan pelbagai ancaman.

''Walaupun British menjajah kita, pernah mentadbir kita tetapi dengan kebijaksanaan pemimpin kita terdahulu, mereka bersetuju untuk meletakkan Islam di kedudukan tertinggi iaitu sebagai agama Persekutuan seperti yang termaktub dalam perlembagaan negara.

''Justeru, kita perlu pastikan Islam akan terus kekal sebagai agama Persekutuan di negara ini selain memastikan hak istimewa Melayu terpelihara kerana Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan Melayu itu sebagai Islam dan Islam itu adalah Melayu," jelasnya.

Sementara itu, Hasan Basri berkata, penganut agama lain di negara ini tidak perlu bimbang dengan ceramah siri jelajah tersebut kerana ia semata-mata bagi memperjuangkan hak umat Islam.

''Perhimpunan ini hanya mahu memelihara hak umat Islam dan tidak menghalang hak penganut agama lain untuk beragama," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.

Harapan BN tebus Kelantan cerah

Posted:

Harapan BN tebus Kelantan cerah

Harapan BN tebus Kelantan cerah

Oleh YULPISMAN ASLI dan RODELIO JUNJUN TAUCAN
utusankelantan@utusan.com.my

KOTA BHARU 2 Feb. – UMNO dan Barisan Nasional (BN) mempunyai harapan yang cerah untuk menebus kekalahan di Kelantan pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13), sekiranya gerak kerja jentera parti terus ditingkatkan dan pemimpin di semua peringkat pula mengekalkan perpaduan erat sesama mereka.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin turut melahirkan keyakinan bahawa BN mampu menambah bilangan kerusi, mengambil kira UMNO Kelantan yang sudah fokus dalam gerak kerja mereka.

Beliau berkata, berdasarkan pertemuannya dengan pimpinan UMNO dan BN negeri sempena lawatan kerja sehari ke negeri ini, ternyata mereka sudah mengatur strategi selain mengenal pasti kawasan-kawasan yang boleh dimenangi.

Justeru katanya, UMNO dan BN Pusat akan cuba mencari jalan untuk membantu BN negeri mencapai kejayaan seperti diharapkan.

"Saya yakin kalau usaha yang telah dibuat sekarang ini diteruskan dan ditingkatkan lagi, kita mempunyai harapan yang agak cerah untuk menebus kekalahan di beberapa tempat, menambah bilangan kerusi, tetapi ada usaha yang perlu ditingkatkan lagi sebelum kita rasa lebih yakin dapat tebus kekalahan di Kelantan secara keseluruhan," katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Pemantapan Profesionalisme Warga Pendidik Kelantan 2012 yang dihadiri lebih 2,000 guru di Dewan Tun Ghafar, Kompleks Yayasan Kemiskinan Kelantan (YKK), Peringat di sini, hari ini.

Turut hadir, isteri beliau, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman; Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar; Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed; Pengarah Pelajaran Kelantan, Hussain Awang dan Ketua UMNO Bahagian Ketereh, Tan Sri Annuar Musa.

BN kini menguasai tujuh kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan yang kesemuanya berjumlah 45 kerusi.

Ditanya sama ada beliau ada membincangkan soal calon pada pertemuan dengan pimpinan UMNO dan BN negeri itu, Muhyiddin berkata, perkara tersebut tidak dibincangkan dan ia akan diputuskan oleh Presiden parti, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Tambahnya, ini termasuk kemungkinan mengumumkan lebih awal calon-calon yang bertanding khususnya di negeri-negeri dikuasai pembangkang.

"Yang lebih utama sekarang ini kita fokus kepada gerakan jentera BN di semua peringkat, bahagian, Parlimen dan pusat mengundi," katanya.

Mengenai kehadiran Tengku Razaleigh Hamzah pada pertemuan tersebut, Muhyiddin berkata, beliau menghargai kehadiran Ketua UMNO Gua Musang itu yang telah memberikan beberapa cadangan serta pandangan untuk memantapkan parti.

Sementara itu, Tengku Razaleigh ketika ditemui menafikan beliau memboikot Badan Perhubungan UMNO Kelantan selepas gagal menghadirkan diri dalam beberapa mesyuarat sebelum ini.

"Saya tidak hadir mesyuarat bukan sebab tidak mahu hadir, tetapi saya terima surat jemputan lewat. Kadang-kadang saya terima sehari selepas mesyuarat dan kadang-kadang sehari sebelum, kenapa saya nak boikot, saya bukan ahli mogok," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.

Warga guru diminta terus beri sokongan

Posted:

Warga guru diminta terus beri sokongan

Warga guru diminta terus beri sokongan


Muhyiddin Yassin dan Mustapa Mohamed bersama warga pendidik mengibarkan Jalur Gemilang pada Program Pemantapan Profesionalisme Warga Pendidik Kelantan di Kompleks YKK, Peringat, Kota Bharu, semalam. – UTUSAN/Rosni Masri


KOTA BHARU 2 Feb. – Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin meminta lebih 500,000 warga pendidik di seluruh negara memberi sokongan padu kepada kerajaan Barisan Nasional (BN) untuk memastikan agenda pembangunan negara dapat diteruskan.

Beliau yang juga Menteri Pelajaran berkata, sokongan itu penting kerana pelbagai usaha telah dirancang oleh kerajaan untuk memastikan kehidupan rakyat terutama umat Islam dapat dipertingkatkan.

Bagaimanapun, kata beliau, perancangan itu akan menjadi sia-sia jika kerajaan jatuh ke tangan pihak tidak bertanggungjawab.

"Kalau tidak guru, siapa lagi kerana jumlah kita (guru) adalah sebanyak 500,000 orang dan inilah kekuatan utama kita. Saya tahu masing-masing mempunyai persepsi dan pegangan hidup dan sebagainya tetapi yang penting adalah soal memperkukuhkan masa depan negara.

"Lebih kukuh kedudukan kita, maka kita tidak diganggu-gugat kerana kalau kita tengok dalam beberapa tahun kebelakangan ini kita telah memberi perhatian yang paling banyak dalam memajukan masyarakat Islam," katanya.

Beliau berucap di hadapan lebih 2,000 guru sempena Majlis Pemantapan Profesionalisme Warga Pendidik Kelantan 2012 di Dewan Tun Ghafar, Kompleks Yayasan Kemiskinan Kelantan (YKK), Peringat di sini hari ini.

Turut hadir isteri beliau, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman; Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar; Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed; Pengarah Pelajaran Kelantan, Hussain Awang dan Ketua UMNO Bahagian Ketereh, Tan Sri Annuar Musa.

Full content generated by Get Full RSS.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan