Utusan Online - Pahang |
- Himpunan Hijau bermotif politik
- Papan tanda rosak, tidak teratur ke Taman Negara
- Kematian haiwan dilindungi akibat habitat terancam
Himpunan Hijau bermotif politik Posted: Himpunan Hijau bermotif politikPELBAGAI pihak termasuk Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung dan Perkasa membuat laporan polis membantah Himpunan Hijau anjuran pembangkang Ahad ini. Saudara Pengarang, Sedangkan, penerangan terperinci berhubung pembinaan kilang memproses nadir bumi, Lynas yang berpusat di Gebeng itu telah dibuat pihak kerajaan bahawa ia selamat dan mematuhi tahap keselamatan antarabangsa. Malah pakar-pakar dalam bidang berkenaan termasuk dari Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) sendiri mengesahkan bahawa paras radiasi akibat operasi kilang Lynas adalah terlalu rendah dan tidak menjejaskan kesihatan penduduk sama sekali. Justeru, saya percaya perhimpunan yang didalangi pembangkang tidak lebih daripada bermotifkan politik (bantah pembinaan Lynas) apatah lagi sehingga kini mereka tidak pernah tampilkan kajian saintifik bahawa operasi Lynas mengancam penduduk. Penganjuran Himpunan Hijau 2.0 bukan sahaja tidak relevan malah, memalukan rakyat Pahang dan menunjukkan bahawa kefahaman penganjur perhimpunan dalam bidang sains nuklear itu sendiri masih berada di tahap rendah. Pada masa sama walaupun pelbagai usaha dilakukan seperti memberi penerangan secara terperinci daripada pihak kerajaan termasuk pakar-pakar nuklear tempatan dan luar negara, namun, hasutan pihak pembangkang menyebabkan sebahagian rakyat terkeliru. Masih tidak jelas lagikah apabila orang ramai dan pihak-pihak tertentu diberi peluang untuk melawat dan mendapat penerangan mengenai kadar pelepasan radiasi kilang tersebut yang dibuat berdasarkan fakta, hasil kajian saintifik dan bukannya bersifat kenyataan politik. Oleh itu, saya berharap orang ramai yang berhasrat menyertai Perhimpunan Hijau 2.0 perlu berfikir dengan rasional sebelum melibatkan diri dalam perhimpunan yang ternyata sia-sia selain merugikan banyak pihak dan hindari daripada hasutan pihak yang tidak bertanggungjawab menyebar dakwaan tidak berasas. Lynas bukan sebuah loji jana kuasa nuklear seperti di Fukushima dan Chernobyl. Justeru gambaran melampau yang diberikan seolah-olah Kuantan bakal menjadi padang jarak padang tekukur seperti mana Hiroshima dan Nagasaki adalah tidak masuk akal sekali. Sungguh meloyakan sekali apabila pelaburan berbilion ringgit itu dibantah apatah lagi motifnya jelas didorong oleh pertimbangan politik. Makan tindakan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) membuat laporan polis membantah himpunan tersebut tepat kerana itulah pandangan majoriti rakyat Pahang yang rasional. RAKYAT PRIHATIN Pahang |
Papan tanda rosak, tidak teratur ke Taman Negara Posted: Papan tanda rosak, tidak teratur ke Taman NegaraPapan tanda yang diletak tidak teratur dan hampir menyembah bumi di jalan menuju ke Taman Negara. Saudara Pengarang, Had laju pula dinasihatkan tidak melebihi 60 hingga 80 kilometer sejam (kmj) kerana keadaan jalan yang berlubang dan banyak selekoh bahaya yang boleh mengundang padah. Baru-baru ini saya berkunjung ke Taman Negara Kuala Tahan untuk bercuti dan amat terkejut melihat keadaan jalan dan paling mengecewakan adalah papan tanda yang tidak teratur. Banyak papan tanda di selekoh tajam yang rosak sehingga menyembah bumi dan ada juga yang menunjukkan arah ke kiri sedangkan selekoh ke kanan. Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Majlis Daerah Jerantut (MDJ) sepatutnya peka dengan masalah ini kerana saya difahamkan masalah tersebut telah lama berlarutan namun tidak ada kerja-kerja pembaikan dijalankan. Selain itu, terdapat juga beberapa selekoh tajam yang tidak mempunyai papan tanda amaran sedangkan pihak terbabit sepatutnya memasang papan tanda berkenaan sebaik jalan tersebut siap. Baru-baru ini terdapat sebuah lori balak terbalik di satu selekoh yang agak tajam dan tidak mempunyai papan tanda amaran. Saya rasa pihak yang terlibat harus memantau papan tanda yang ada di sepanjang Jalan Jerantut ke Taman Negara Kuala Tahan yang merupakan satu-satunya jalan darat untuk ke lokasi percutian rimba itu. Semua papan tanda yang rosak harus diganti agar tidak ada pelancong yang kehilangan nyawa sebelum sempat mengecapi percutian bersama keluarga terutama dari luar negara. CIKGU PENCEN Beserah |
Kematian haiwan dilindungi akibat habitat terancam Posted: Kematian haiwan dilindungi akibat habitat terancamSaudara Pengarang, Bangkai haiwan liar berkenaan ditemui oleh beberapa orang peneroka yang kebetulan masuk ke ladang untuk mengait dan memunggah sawit. Pertamanya, saya berasa kasihan melihat binatang liar berkenaan yang tidak berdosa mati dalam keadaan kelaparan setelah habitat mereka terancam. Sepatutnya haiwan berkenaan berada di habitat masing-masing dengan aman dan bebas mencari makanan tanpa gangguan. Saya difahamkan oleh penduduk Gugusan Felda Kota Gelanggi dan Lepar terdapat hutan yang kini sudah pun dinoda dengan kegiatan penebangan balak komersial. Pokok pangkalnya, mudah sahaja difahami. Jika sekiranya tidak wujud penebangan pokok secara berleluasa sudah tentu habitat beruang berkenaan dan fauna lain masih terkawal dan ia dapat bebas bergerak mencari makanan. Saya mengucapkan syabas kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) kerana mereka sudah melaksanakan tugas dengan penuh integriti dan profesional menangani setiap aspek pemuliharaan haiwan liar serta habitat masing-masing. Tetapi, seandainya penebangan hutan tidak terkawal dan mengganggu habitat haiwan berkenaan, peraturan dan penguatkuasaan oleh mana-mana organisasi sekali pun tidak signifikan. Saya pasti penyiaran berita penemuan bangkai beruang matahari dan pemusnahan habitat haiwan di negara ini ditatapi oleh jutaan pencinta alam sekitar dan haiwan di seluruh dunia menerusi laman web. Insiden berkenan sekali gus menimbulkan persepsi yang kurang enak bagaimana sesetengah pihak begitu rakus menggondol hutan untuk pembalakan yang lambat laun mengundang gangguan ekosistem dalam tempoh beberapa tahun akan datang. Mungkin kematian beruang berkenaan kerana ketiadaan makanan, tetapi falsafah mencintai alam sekitar, flora fauna dan bumi ini sudah lengkap dijelaskan dalam al-Quran dan mana-mana agama sekali pun tidak bersetuju pemusnahan itu berlaku. PENCINTA BUANA Lepar Utara, Pahang |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Pahang To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan