Jumaat, 24 Februari 2012

Utusan Online - Pahang

Utusan Online - Pahang


Hijau 2.0: Kebenaran bersyarat

Posted:

Hijau 2.0: Kebenaran bersyarat

Hijau 2.0: Kebenaran bersyarat

Oleh MOHAMAD SHOFI MAT ISA dan M. SHARINNAHAR
utusanktn@gmail.com


Padang Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) 1 sedang dinaik taraf sebagai antara lokasi untuk Sukma Julai 2012 menyebabkan Perhimpunan Hijau 2.0 esok akan diadakan di Padang MPK 4.


KUANTAN 24 Feb. - Polis hari ini memberi kebenaran kepada penganjur Himpunan Hijau 2.0 untuk menganjurkan himpunan itu di Padang Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) 4, Ahad ini.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Mohd. Jasmani Yusof berkata, bagaimanapun terdapat syarat-syarat yang perlu dipatuhi pihak penganjur, antaranya, waktu perhimpunan ditetapkan bermula pukul 10 pagi sehingga 12 tengah hari.

"Selain itu, peserta perhimpunan tersebut hanya boleh bercakap mengenai Himpunan Hijau sahaja serta tidak boleh membawa senjata dan benda tajam," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Pada perjumpaan hari ini yang turut disertai Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Fuziah Salleh, beliau berkata, penganjur bersetuju dengan syarat-syarat yang ditetapkan untuk memastikan keselamatan dan keselesaan penduduk bandar ini.

Mengenai perubahan tempat ke Padang MPK 4, Mohd. Jasmani berkata, Padang MPK 1 tidak dapat digunakan ekoran kerja-kerja pengubahsuaian padang berkenaan untuk persiapan temasya Sukan Malaysia (Sukma) pada Julai ini.

"Polis mencadangkan tempat penganjuran diubah ke Padang MPK 4, Kemunting dan ia dipersetujui oleh MPK serta penganjur," katanya.

Dalam pada itu beliau menjelaskan, kebenaran menganjurkan Himpunan Hijau 2.0 itu bukan satu permit yang dikeluarkan oleh pihak polis tetapi kebenaran mengikut Akta Himpunan Aman.

Sementara itu, Ketua Pegawai Perhubungan Awam MPK, Haslinda Hassan berkata, proses menaik taraf Padang MPK 1 kini telah dijalankan sejak semalam dan dijangka siap sebelum Jun ini.

"Pihak MPK telah melantik kontraktor sejak 13 Februari lalu dan kerja-kerja menaik taraf telah dimulakan," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Tambahnya, kerja-kerja menaik taraf itu langsung tiada kaitan dengan Himpunan Hijau 2.0 kerana ia telah lama dirancang.

Dalam pada itu, tinjauan Utusan Malaysia di padang tersebut mendapati kerja-kerja menaik taraf sedang giat dijalankan.

Beberapa pekerja binaan dilihat memasang penghadang di sekeliling padang untuk menghalang orang ramai daripada memasuki kawasan tersebut.

Majoriti penduduk bantah perhimpunan

Posted:

Majoriti penduduk bantah perhimpunan

Majoriti penduduk bantah perhimpunan

KUANTAN 24 Feb. - Penduduk di daerah ini kesal dengan tindakan pihak penganjur Himpunan Hijau 2.0 yang tetap berdegil mahu mengadakan perhimpunan tersebut di sini Ahad ini walaupun dibantah pelbagai pihak.

Bagi mereka, perhimpunan bermotifkan politik di tempat terbuka seperti yang dirancang itu tidak sepatutnya diadakan di Kuantan yang terkenal sebagai bandar tumpuan pelancong dari dalam dan luar negara.

Seorang peniaga, Suriani Zainuddin, 45, berkata, dia tidak menyokong langsung perhimpunan yang kononnya bagi membantah operasi kilang Lynas, di Gebeng kerana ia amat menyusahkan terutama kepada peniaga sepertinya.

Kata Suriani, perhimpunan tersebut walaupun didakwa akan berlangsung secara aman, kemungkinan untuk ia bertukar menjadi liar tidak boleh ditolak sama sekali seperti yang berlaku sewaktu perhimpunan Bersih di ibu negara tahun lalu.

"Kita di sini sudah elok-elok berniaga tiba-tiba mahu adakan perhimpunan seperti itu. Ini akan menyebabkan pelanggan mengelak daripada masuk pusat bandar nanti. Apa yang pasti, peniaga makanan seperti kami akan menanggung rugi.

"Negara kita sudah cukup aman. Jadi tidak perlu buat perkara seperti ini, nanti takut jadi macam di luar negara," katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini hari ini.

Sebelum ini, pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di negeri ini membuat laporan polis bagi membantah penganjuran Himpunan Hijau 2.0 memandangkan perhimpunan itu dikhuatiri menjejaskan ketenteraman penduduk bandar ini.

Sementara itu, seorang pelajar, Aizatul Aina Afifi Ariffin, 21, berkata, tindakan mengadakan perhimpunan ini akan menyusahkan penduduk Kuantan terutamanya pengguna jalan raya.

"Jalan akan menjadi sesak dan ia akan menyebabkan pelancong dari luar yang mahu melancong ke Kuantan berkurangan," katanya yang merupakan penuntut Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah (Polisas) di sini.

Seorang penjawat awam, Hajartul Hanim Abd. Ghani berkata, orang ramai mempunyai pelbagai saluran untuk menyampaikan pandangan mereka jika tidak berpuas hati dengan sesuatu perkara.

"Oleh itu, perhimpunan seperti ini sepatutnya tidak dijalankan kerana ia akan menimbulkan pelbagai kekacauan walaupun ia dikatakan akan berlangsung secara aman. Saya harap orang ramai tidak menyertai perhimpunan ini," katanya.

Bagi seorang pekerja swasta, Mossen Mohd. 38, perhimpunan itu boleh menimbulkan pelbagai kemungkinan termasuk bertukar menjadi ganas jika terdapat provokasi pihak tertentu.

"Kita tidak mahu himpunan itu dimanipulasi oleh parti pembangkang yang mempunyai agenda mereka sendiri sehingga menyusahkan rakyat," katanya.

Majlis Ramah Mesra eratkan ahli Wanita UMNO

Posted:

Majlis Ramah Mesra eratkan ahli Wanita UMNO

Majlis Ramah Mesra eratkan ahli Wanita UMNO


Sebahagian peserta pertandingan memasak dan gubahan pada Majlis Ramah Mesra anjuran Wanita UMNO Shahbandar, Pekan, baru-baru ini.


PEKAN 24 Feb. - Program Majlis Ramah Mesra anjuran Wanita UMNO Cawangan Kampung Shahbandar di sini, berlangsung meriah dengan kehadiran lebih 200 peserta, baru-baru ini.

Pelbagai acara dan pertandingan diadakan pada majlis tersebut antaranya pertandingan masakan, gubahan, mewarna untuk kanak-kanak dan cabutan bertuah.

Pengerusi Jawatankuasa Penganjur yang juga Ketua Wanita UMNO Cawangan Kampung Shahbandar, Norela Nordin berkata, aktiviti sedemikian diadakan bagi mengeratkan silaturahim ahli UMNO dan penduduk khususnya kaum Hawa.

Katanya, sepatutnya majlis berkenaan dibuat dengan lebih kerap lagi namun ia tidak dapat dilaksanakan berikutan memerlukan perbelanjaan yang tinggi.

"Bagaimanapun, majlis yang serba ringkas ini dapat dilaksanakan dan ternyata mendapat sokongan penduduk. Kalau boleh setiap bulan nak buat aktiviti seperti ini tetapi kita perlukan belanja yang besar," katanya pada Majlis Ramah Mesra Wanita Shahbandar di Dewan Shahbandar di sini, baru-baru ini.

Sementara itu, Naib Ketua Wanita Shahbandar, Rohani Din mengingatkan semua wanita di Parlimen ini agar sentiasa menyokong Barisan Nasional (BN) yang terbukti banyak berjasa kepada negara.

"Undilah BN kerana banyak berjasa dan tidak jemu membantu rakyat, memilih kerajaan yang baru belum tentu sebaik hari ini," katanya lagi.

Beliau turut meminta semua jawatankuasa yang terlibat dalam pilihan raya umum nanti agar bertugas dengan seikhlas mungkin demi masa depan bersama.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan