Selasa, 28 Februari 2012

Utusan Online - Dalam Negeri

Utusan Online - Dalam Negeri


Kerajaan setuju tambah 150 kakitangan SPRM setiap tahun

Posted:

Kerajaan setuju tambah 150 kakitangan SPRM setiap tahun

Kerajaan setuju tambah 150 kakitangan SPRM setiap tahun

PUTRAJAYA 27 Feb. - Kerajaan bersetuju menambah 150 kakitangan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) setiap tahun sehingga jumlah keanggotaannya mencecah 5,000 orang.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, jumlah kakitangan SPRM kini amat membimbangkan kerana sehingga Julai tahun lalu rekod keanggotaan SPRM hanya seramai 1,805 pegawai.

"Bercakap mengenai tentang beban tugas, saya ingin nyatakan bahawa kerajaan amat faham dan mengambil serius kekangan dan kekurangan yang dihadapi SPRM khususnya dalam keanggotaan dan bajet.

"Dengan kelulusan terbaru ini saya yakin SPRM boleh menjalankan tugas secara berkesan, tambahan pula kuasa yang diperuntukkan mengikut Akta SPRM 2009 adalah lebih luas berbanding akta sebelumnya iaitu Akta Pencegahan Rasuah 1997," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Program Pegawai Integriti Bertauliah 2012 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini, hari ini.

Menurut Najib, jumlah pertambahan 150 orang setahun itu dibuat memandangkan proses pelantikan pegawai-pegawai SPRM bukan seperti mana prosedur pegawai kerajaan yang lain.

"Mereka memerlukan latihan dan kepakaran tertentu, justeru mereka perlu dilatih selama tempoh beberapa bulan untuk memastikan pengetahuan berhubung undang-undang dapat diperlengkap.

"Selain itu, jenayah rasuah kini semakin kompleks dan global merentasi sempadan, justeru SPRM sangat memerlukan kakitangan yang profesional dan pakar dalam pelbagai bidang bagi membanteras rasuah sebegini," katanya.

Dalam ucapan yang sama, Perdana Menteri turut bersetuju dengan pandangan Lembaga Penasihat SPRM bahawa bagi memperlihatkan kebebasan badan itu, maka satu Suruhanjaya Perkhidmatan Pencegahan Rasuah wajar diwujudkan.

Katanya, suruhanjaya itu kelak akan diberikan kuasa untuk melantik dan memecat anggota SPRM, namun buat masa ini semua proses pelantikan dan pemecatan pegawai-pegawai dibuat menerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA).

"Sekiranya suruhanjaya itu terbentuk sebagai mana Suruhanjaya Polis dan Suruhanjaya Pendidikan maka SPRM boleh menapis, memilih, menemu duga, melantik dan memecat anggota-anggotanya sendiri.

"Tetapi perkara ini memerlukan pindaan terhadap Perlembagaan Persekutuan, Insya Allah sekiranya Barisan Nasional (BN) diberikan mandat dua pertiga dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 akan datang, pindaan Perlembagaan sewajarnya akan dibuat dan Suruhanjaya Perkhidmatan ini akan dibentuk," katanya.

Sementara itu, kata beliau, antara perkara lain yang sedang dikaji kerajaan termasuklah status jawatan Ketua Pesuruhjaya SPRM yang mungkin setaraf dengan jawatan Peguam Negara, Ketua Audit Negara dan para hakim bagi memastikan ketelusan.

Najib puji usaha Pemudah dalam meningkatkan persekitaran perniagaan

Posted:

Najib puji usaha Pemudah dalam meningkatkan persekitaran perniagaan

Najib puji usaha Pemudah dalam meningkatkan persekitaran perniagaan

KUALA LUMPUR 27 Feb. - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memuji usaha Pasukan Petugas Khas Pemudahcara Perniagaan (Pemudah) dalam meningkatkan persekitaran perniagaan di Malaysia dan membantu memacu negara ketika ekonomi dunia kini tidak bergerak, malah ada ekonomi yang mencatat penurunan.

Ini katanya, dilakukan seiring langkah-langkah berani dan bercita-cita tinggi kerajaan menerusi Program Transformasi Kerajaan, Program Transformasi Ekonomi dan Inisiatif Reformasi Strategi Negara.

"Anggota Pemudah sudah lima tahun berusaha meningkatkan persekitaran perniagaan di Malaysia, dan saya ingin memberi jaminan bahawa segala sumbangan anda, biar sekecil mana pun, dihargai," kata Najib dalam ucapan pada majlis pelancaran Laporan Tahunan Pemudah 2011 di sini malam ini.

Perdana Menteri bagaimanapun berkata, sekarang bukan masanya untuk berada dalam zon selamat memandangkan masalah fiskal terus berlaku di Zon Euro, sebahagian besar negara di Asia Barat masih dibelenggu masalah sosial dan krisis politik serta kebimbangan yang semakin meningkat bahawa ekonomi China yang selama ini maju, menunjuk hari-hari suramnya akibat kemelesetan dunia.

"Walaupun kita perlu berwaspada terhadap persekitaran luaran, kita tidak boleh membiarkan diri kita terganggu daripada memenuhi cabaran di dalam negara.

"Berdasarkan ekonomi kita berdaya pulih yang baik, kita harus memastikan Malaysia menyediakan persekitaran perniagaan yang menarik untuk menarik pelabur luar dan pelaburan tempatan,'' katanya.

Najib memberitahu, sasaran yang beliau usahakan, termasuk pendapatan perkapita sekurang-kurangnya AS$15,000 menjelang tahun 2020, Malaysia sebagai tempatan yang mana setiap rakyat bukan sahaja memiliki akses kepada keperluan asas yang baik, malah keluarga berpeluang dan berkeupayaan untuk mengejar impian dalam negara yang bersih dan berhubung, boleh dicapai kerana ia dalam keupayaan kita.

Menurut beliau, halangan pasti wujud dalam usaha untuk memperoleh kejayaan, namun ia boleh diperoleh jika setiap orang bekerja sebagai 1Malaysia, 1Pemudah, sektor awam dan swasta bekerja bersama-sama dan terangkum.

Pemudah sudah mengubah kaedah konvensional, "kita berbanding mereka (sektor swasta)" yang kini menjadi "kami" menerusi sektor awam-swasta," katanya.

Najib juga berkata: "kita bukan sahaja berusaha untuk meningkatkan prestasi, malah mencatat lonjakan besar."

Perdana Menteri menambah, usaha Pemudah untuk meneraju Malaysia sehingga menduduki tangga ke-18 dalam laporan Doing Business World Bank mengatasi Jerman, Perancis dan Jepun, bukan pencapaian yang kecil, malah sangat besar. - BERNAMA

Korporat diseru menyumbang jayakan 1Murid 1 Sukan

Posted:

Korporat diseru menyumbang jayakan 1Murid 1 Sukan

Korporat diseru menyumbang jayakan 1Murid 1 Sukan

PUTRAJAYA 27 Feb. - Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mahu syarikat korporat dan swasta bekerjasama menjayakan program 1Murid 1Sukan menerusi sumbangan penajaan.

Beliau berkata, sumbangan kepada pihak sekolah itu boleh berupa bentuk penajaan produk dan bantuan-bantuan lain yang bersesuaian.

Langkah tersebut, katanya, secara tidak langsung memberi peluang kepada syarikat korporat bersama-sama melibatkan diri dalam membangunkan bidang sukan dalam kalangan 5.1 juta murid di 10,000 sekolah di seluruh negara.

"Pembangunan sukan ini penting ke arah pembentukan modal insan yang cemerlang melalui penyertaan murid secara aktif dalam bidang itu.

"Kejayaan dalam membangunkan kecemerlangan sukan bukan hanya melibatkan pihak kementerian semata-mata malah penglibatan syarikat-syarikat korporat diperlukan," katanya.

Beliau berkata demikian semasa taklimat pada Majlis Bersama Timbalan Perdana Menteri Merangkap Menteri Pelajaran Bagi Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) Sukan Kementerian Pelajaran di sini hari ini.

Hadir sama Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr. Wee Ka Siong dan wakil daripada 27 syarikat korporat.

Muhyiddin berkata, antara program yang boleh disertai oleh rakan penaja berupa penganjuran dan pengelolaan semua jenis aktiviti sukan peringkat sekolah hingga ke peringkat antarabangsa; menyelenggara kemudahan prasarana dan peralatan sukan serta menaja ikon atlet sukan sekolah.

Katanya, penglibatan syarikat korporat turut memberi peluang kepada mereka untuk mempromosikan produk-produk masing-masing di premis sekolah.

"Mungkin selepas ini kita boleh lihat ada sekolah yang akan mempamerkan identiti korporat mana-mana syarikat," katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan