Ahad, 26 Februari 2012

Kosmo Online

Kosmo Online


JPS diarah kaji hakisan muara Sg. Paka

Posted:

JPS diarah kaji hakisan muara Sg. Paka

JPS diarah kaji hakisan muara Sg. Paka

26/02/2012 6:09pm

DUNGUN, 26 Feb (Bernama) — Kerajaan negeri Terengganu meminta Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) supaya melantik sebuah konsultan luar untuk membuat kajian terperinci berhubung hakisan sepanjang muara Sungai Paka dekat sini.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said berkata muara sungai tersebut telah terhakis lebih kurang 50 meter dari keadaan asal dan ia berbahaya kepada keselamatan penduduk di sekitar kawasan itu.

"Jeti nelayan yang dulunya terletak di tepi sungai, tapi sekarang telah berubah duduk di tengah laut pula," katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan kerja ke daerah Dungun hari ini.

Turut hadir Pegawai Daerah Dungun, Datuk Mustofa Abd. Rahman dan Pengarah Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) Datuk Mat Razali Kassim.

Ahmad berkata, kawasan penempatan nelayan di sekitar muara sungai Paka juga akan disusun semula supaya lebih teratur dan kemas.

"Sekarang ini, kawasan itu untuk nelayan menyimpan pukat, bot dan sebagainya adalah rata-ratanya terletak di bangunan lama, buruk dan usang. Kita akan mencantikkan tempat ini kerana tidak mahu mencacatkan pemandangan," katanya.

Justeru itu Ahmad berkata, kerajaan negeri memperuntukkan lebih kurang RM15 juta untuk melebarkan jalan serta membina saliran longkang dalam daerah Dungun pada tahun ini.

"Kita mengarahkan peruntukan ini dibelanja dalam tahun semasa kerana peruntukan tahun lepas sebanyak RM15 juta tidak sempat dibelanjakan," katanya.

Beliau berharap masalah banjir dan sebagainya di daerah Dungun akan segera dapat diatasi apabila projek perparitan siap dibina nanti. — BERNAMA

74 menara pemancar di Sabah siap akhir Feb.

Posted:

[unable to retrieve full-text content]TAWAU — Sebanyak 74 menara pemancar telekomunikasi baru untuk memudahkan rakyat di kawasan pedalaman Sabah mendapat perkhidmatan internet, dijangka siap sepenuhnya akhir bulan ini.

Lima lokaliti panas denggi di KL dikenalpasti

Posted:

Lima lokaliti panas denggi di KL dikenalpasti

Lima lokaliti panas denggi di KL dikenalpasti

26/02/2012 5:44pm

KUALA LUMPUR — Lima lokaliti panas denggi dikenalpasti di bandar raya ini yang diberi tumpuan oleh Kementerian Kesihatan dalam usaha memerangi demam denggi.

Timbalan Pengarah (Kesihatan Awam) Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya, Dr. Zainol Ariffin Pawanchee berkata, kawasan itu ialah Desa Tun Razak, Projek Perumahan Rakyat (PPR) Taman Mulia, Taman Miharja Fasa 2 dan Taman Gembira Salak Selatan.

"Statistik menunjukkan penambahan kes di bandara raya ini dalam dua bulan pertama ini berbanding tempoh yag sama tahun lepas," katanya kepada Bernama di Karnival Gaya Hidup Sihat Bersama Duta Sihat 1Malaysia KKM di sini, hari ini.

Beliau berkata, pihak kementerian melakukan aktiviti semburan secara berkala dan pemantauan setiap dua minggu secara berterusan sehingga kes denggi di lokaliti terlibat menurun. — BERNAMA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan