Selasa, 28 Februari 2012

Berita Harian: MukaDepan

Berita Harian: MukaDepan


MB Kedah kecam komplot

Posted: 27 Feb 2012 03:37 PM PST

LIMA EXCO Kedah, Abdul Ghani  (dari kiri),  Mohamed  , Tan Chow Kang,  Amiruddin  dan Lim Soo Nee antara yang menghadiri raptai perlantikan EXCO baru Kedah, di Istana Anak Bukit, semalam.

LIMA EXCO Kedah, Abdul Ghani (dari kiri), Mohamed , Tan Chow Kang, Amiruddin dan Lim Soo Nee antara yang menghadiri raptai perlantikan EXCO baru Kedah, di Istana Anak Bukit, semalam.

ALOR SETAR: Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak mengecam pihak dalam pembangkang yang cuba menyingkirnya daripada jawatan itu dengan menggunakan pemimpin dalaman PAS.

Beliau berkata, pendirian dua EXCO, Datuk Phahrolrazi Zawawi dan Datuk Dr Ismail Salleh yang tidak mahu dipilih semula tidak harus dieksploitasi pihak terbabit untuk memaksa beliau turun daripada kerusinya.

Apa dosa saya? Saya tidak ada skandal perempuan. Tidak sapu projek.Tidak ambil balak. Rakyat Kedah gembira dengan apa yang ada sekarang.

Orang yang cuba menjatuhkan saya tidak datang berdepan dengan saya.

Anggota Kabinet BN sedia isytihar harta

Posted: 27 Feb 2012 03:36 PM PST

MukaDepan

PUTRAJAYA: Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan diberikan akses penuh kepada dokumen pengisytiharan harta anggota pentadbiran kerajaan, termasuk menteri dan keluarga mereka.

Keputusan itu selaras dengan cadangan Lembaga Penasihat SPRM bulan lalu supaya dokumen pengisytiharan harta menteri dan timbalan menteri serta keluarga turut diserahkan kepada SPRM bagi meningkatkan ketelusan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata Kerajaan Barisan Nasional (BN) memang sudah mengamalkan proses pengisytiharan harta lebih awal berbanding yang lain. "Setiap anggota pentadbiran diwajibkan mengisytiharkan harta diri dan keluarga terdekat kepada Perdana Menteri.

Setiap tambahan dan pelupusan harta wajib diisytiharkan.

Tambahan lagi, semua pengisytiharan harta yang berkenaan dibuat secara berkanun," katanya pada majlis perasmian Program Pegawai Integriti Bertauliah (CeIO), anjuran SPRM di sini semalam.

Perdana Menteri juga bersetuju dengan pandangan Lembaga Penasihat SPRM supaya satu Suruhanjaya Perkhidmatan Pencegahan Rasuah diwujudkan bagi memperlihatkan kebebasan SPRM berbanding kini kerana proses pelantikan dan pemecatan pegawai SPRM dilakukan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA).
"Dengan suruhanjaya perkhidmatan itu, SPRM boleh menapis, memilih, menemu duga, melantik dan memecat anggota sendiri. Bagaimanapun, perkara ini memerlukan pindaan Perlembagaan Persekutuan.

"Insya-Allah, jika Barisan Nasional (BN) diberi mandat dua pertiga pada Pilihan Raya Umum Ke-13, pindaan Perlembagaan sewajarnya akan dilakukan dan Suruhanjaya Perkhidmatan Pencegahan Rasuah akan dibentuk," katanya.

Beliau berkata, pelantikan jawatan di SPRM perlu dilakukan lebih berkesan supaya disertai golongan profesional dalam pelbagai bidang seperti forensik akaun dan kejuruteraan kerana pola jenayah rasuah kini semakin rumit serta merentasi sempadan.

Mengenai jumlah kakitangan SPRM, Perdana Menteri berkata, beliau faham mengenai kekangan dihadapi apabila rekod keanggotaan pada Julai 2011 menunjukkan ia hanya mempunyai 1,805 pegawai.

"Saya bersetuju pertambahan 150 perjawatan setiap tahun sehingga mencecah 5,000 orang. Jumlah 150 setahun itu dibuat memandangkan proses pelantikan pegawai SPRM bukan seperti pegawai kerajaan lain.

"Mereka memerlukan kepakaran tertentu, selain dilatih beberapa bulan untuk memastikan pengetahuan berhubung undang-undang diperlengkapkan," katanya.

Sementara itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Abu Kassim Mohamed, berkata pihaknya akan memberi fokus kepada 'pertambahan mendadak' aset yang dimiliki oleh seseorang anggota pentadbiran serta keluarga masing-masing selepas menjawat jawatan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan