Sabtu, 25 Februari 2012

Utusan Online - Jenayah

Utusan Online - Jenayah


'Maksiat belantara' digempur

Posted:

'Maksiat belantara' digempur

'Maksiat belantara' digempur

Oleh AINOL AMRIZ ISMAIL
utusanN9@utusan.com.my

SEREMBAN 25 Feb. - Seluruh kawasan Hutan Simpan Kenaboi di Jelebu serta kawasan lain akan dipantau dengan serius oleh Jabatan Perhutanan negeri bagi mengelak daripada dijadikan pusat maksiat.

Penolong Pengarah Sivil Kultur Jabatan Perhutanan negeri, Nor Zaidi Jusof berkata, pihaknya sentiasa memantau kawasan hutan simpan di negeri itu yang berkeluasan kira-kira 153,459 hektar dan akan bertindak sebaik sahaja mendapat maklumat lengkap dan tepat.

"Selain anggota renjer yang ditugaskan memantau kawasan hutan, kita juga menjalin kerjasama dengan pelbagai agensi dan penduduk Orang Asli untuk memberi maklumat berhubung aktiviti haram tersebut.

"Kita akan menggempur dan memusnahkannya sejurus mendapat maklumat. Bagaimanapun, di negeri ini aktiviti pencerobohan hutan simpan adalah terkawal dan tidak serius," katanya di sini hari ini.

Nor Zaidi memberi amaran kepada mana-mana pihak yang menceroboh hutan simpan boleh dikenakan tindakan tegas mengikut Akta Perhutanan Negara 1987.

"Mengikut akta itu, hutan simpan adalah kawasan tertutup dan orang awam dilarang memasuki kawasan berkenaan tanpa kebenaran.

"Mereka yang ingin masuk ke dalam hutan itu perlu memohon permit Jabatan Perhutanan negeri terlebih dahulu dan mematuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan," jelasnya.

Akhbar hari ini melaporkan sarang maksiat dalam hutan belantara di Jelebu yang wujud sejak setahun lalu dimusnahkan dalam operasi bersepadu diketuai oleh Jabatan Perhutanan negeri.

Dalam serbuan Khamis lalu, pasukan penguat kuasa yang turut disertai oleh polis terkejut selepas menemui 'resort mini' di tengah belantara itu yang turut dibina 14 pondok, tiga khemah besar, sebuah pentas, termasuk kemudahan dapur dan tandas bagi kegunaan pengunjung di situ.

Turut ditemui dalam operasi berkenaan sejumlah kondom, tin minuman keras dan peralatan perjudian.

Wanita paling ramai mangsa penyeludupan, pemerdagangan manusia

Posted:

Wanita paling ramai mangsa penyeludupan, pemerdagangan manusia

Wanita paling ramai mangsa penyeludupan, pemerdagangan manusia

PUTRAJAYA 25 Feb. - Golongan wanita didapati paling ramai menjadi mangsa jenayah penyeludupan dan pemerdagangan manusia sepanjang tahun 2008 hingga Januari lalu.

Menurut Sekretariat Majlis Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (MAPO), sepanjang tempoh itu juga seramai 562 wanita telah berjaya diselamatkan.

Selain itu, katanya, seramai 118 kanak-kanak dan 261 lelaki juga berjaya diselamatkan dalam sepanjang operasi yang dijalankan oleh agensi penguat kuasa.

"Sepanjang tempoh empat tahun itu 426 kes dan 599 tangkapan telah disiasat oleh agensi-agensi penguat kuasa.

"Mangsa yang berjaya diselamatkan itu ditempatkan di rumah perlindungan dan diberi perintah perlindungan tetap (PO)," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Terdahulu, satu mesyuarat mengenai MAPO untuk kali kedua telah diadakan hari ini di Hotel Equatorial, Cameron Highlands, Pahang, yang dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Tan Sri Mahmood Adam.

Pada pertemuan itu juga, diadakan satu sesi perjumpaan bersama pekebun di tanah tinggi tersebut bagi membincangkan isu berkaitan pekerja asing.

Dalam pada itu, kenyataan tersebut memberitahu, sepanjang tempoh empat tahun berkenaan sebanyak 235 kes sedang dibicarakan di bawah Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007.

"Selain itu, di bawah akta tersebut sebanyak 66 kes selesai didakwa manakala tujuh kes disabitkan kesalahan dan 392 kes yang dituduh," katanya.

Menurut kenyataan itu, sepanjang November 2010 hingga Januari lalu, 27 kes penyeludupan migran berjaya dipatahkan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan