Rabu, 29 Februari 2012

Utusan Online - Dalam Negeri

Utusan Online - Dalam Negeri


Giliran suami wanita beri keterangan

Posted:

Giliran suami wanita beri keterangan

Giliran suami wanita beri keterangan

Oleh MOHAMAD SHOFI MAT ISA
utusanpahang@utusan.com.my

KUANTAN 28 Feb. - Suami wanita yang dikaitkan dengan kes khalwat Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dr. Badrulamin Bahron di sebuah hotel di sini awal pagi Sabtu lalu, hadir memberi keterangan di Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) hari ini.

Pertemuan selama kira-kira empat jam itu bermula pada pukul 3 petang.

Bagaimanapun, lelaki itu enggan ditemui media untuk memberi komen lanjut berhubung isu yang membabitkan isterinya itu.

Timbalan Pengarah JAIP, Datuk Mohd. Ghazali Abd. Aziz pula berkata, keputusan berhubung kes khalwat itu hanya akan dibuat setelah JAIP berpuas hati dengan siasatan yang dijalankan.

"Siasatan yang dijalankan baru selesai fasa pertama dan berharap semua pihak dapat memberi kerjasama supaya kes ini dapat diselesaikan dengan segera.

"Dalam kes ini (khalwat), JAIP belum sahkan sesiapa bersalah kerana siasatan masih dijalankan. Apa yang kita lakukan iaitu serbuan pada awal pagi 25 Februari lalu adalah atas aduan suami wanita itu sendiri," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Badrulamin ditahan oleh JAIP selepas diberkas oleh suami wanita berkenaan kerana disyaki berkhalwat dengan isteri lelaki itu di sebuah hotel di Kuantan awal pagi 25 Februari lalu.

Mengulas lanjut, Mohd. Ghazali berkata, apa yang diinginkan pihaknya dalam siasatan kes itu adalah keadilan bukan sahaja kepada tertuduh malah pengadu.

"Keadilan untuk agama diuruskan oleh jabatan agama (JAIP) melalui hukum syarak dan tidak boleh mengikut nafsu. Kami akan lakukan siasatan ini sebaik mungkin demi keadilan kedua-dua belah pihak," katanya.

Beliau berkata, kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 145 Enakmen Pentadbiran Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang 1982.

Sementara itu, beliau sekali lagi mengulangi bahawa JAIP tidak pernah merancang atau berkomplot untuk membuat tangkapan terhadap mana-mana individu, sebaliknya ia dibuat atas aduan yang diterima.

"Kami (JAIP) adalah bersendirian dan dalam kes ini kami bertindak atas aduan dan ia masih dalam peringkat siasatan. Saya hanya menguruskan bagi pihak jabatan," katanya.

Tiada pekerja hotel nampak kelibat geng samseng

Posted:

Tiada pekerja hotel nampak kelibat geng samseng

Tiada pekerja hotel nampak kelibat geng samseng

KUANTAN 28 Feb. - Tiada pekerja hotel yang melihat kelibat sekumpulan samseng berada di sekitar hotel di sini yang menjadi lokasi serbuan Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) berhubung kes khalwat membabitkan Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dr. Badrulamin Bahron bersama seorang wanita, awal pagi Sabtu lalu.

Sumber hotel itu berkata, pihaknya tidak menerima laporan daripada mana-mana pekerja yang mengatakan ada sekumpulan lelaki samseng berada di sekitar hotel itu.

"Saya tidak menerima apa-apa berita daripada pekerja hotel berhubung kejadian seperti didakwa pada sekitar waktu itu.

"Daripada segi logik, kalau ada sekumpulan orang berjalan beramai-ramai dalam kawasan hotel, mesti ada staf nampak, tapi saya tak terima laporan daripada staf mengenai itu," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas mengenai dakwaan Badrulamin bahawa beliau dibelasah sekumpulan lelaki seramai kira-kira 20 orang semasa serbuan di hotel itu, awal pagi Sabtu lalu.

Badrulamin bagaimanapun enggan membuat laporan polis kerana sudah memaafkan mereka seperti kenyataannya semasa ditemui pemberita selepas memberi keterangan kepada JAIP semalam.

Ujar sumber itu lagi, hotel tersebut begitu dikenali dan faktor keselamatan antara aspek penting untuk menjamin keselamatan pelanggan, jadi mana-mana pihak dalam keadaan mencurigakan dan membahayakan pelanggan pasti akan diperhatikan.

"Kalau dikatakan ada kumpulan samseng memasuki hotel ini tanpa dapat dikesan oleh staf-staf keselamatan, itu sungguh tidak logik. Kenyataan yang mengatakan hotel ini boleh dimasuki kumpulan samseng sewenang-wenangnya sangat mencemarkan imej hotel ini," katanya.

Dalam pada itu, sumber tersebut berkata, setakat ini, belum ada laporan polis dibuat pihaknya berhubung perkara berkenaan dan menyerahkan kepada pengurusan atasan untuk tindakan lanjut.

ECERDC sasar pelaburan RM15 bilion

Posted:

ECERDC sasar pelaburan RM15 bilion

ECERDC sasar pelaburan RM15 bilion

PUTRAJAYA 28 Feb. – Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) yang mengendalikan pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) menyasarkan pelaburan sebanyak RM15 bilion tahun ini.

Ketua Pegawai Eksekutifnya Datuk Jebasingam Issace John berkata, ia berikutan kejayaan ECER memperoleh pelaburan lebih RM9 bilion dalam tempoh dua bulan pertama tahun ini berbanding RM4.7 bilion sepanjang tahun lalu.

Menurutnya, ia juga selaras dengan Program Transformasi Kerajaan (GTP) yang berhasrat mewujudkan masyarakat berpendapatan tinggi menjelang 2020.

''Kita telah hampir mencapai sasaran itu pada suku pertama tahun ini dan apa yang lebih membanggakan adalah semua projek pelaburan itu akan dimulakan tahun ini juga.

''Saya telah berbincang dengan pasukan pelaburan ECER dan kita bersetuju meningkatkan sasaran pelaburan sebanyak RM15 bilion pada tahun-tahun berikutnya," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas Majlis Pengumuman Pelaburan Baru ECER yang disempurnakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di sini, hari ini.

Turut hadir Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan