Sabtu, 25 Februari 2012

Harian Metro: BeritaUtama

Harian Metro: BeritaUtama


Demo lucah kursus urut

Posted: 24 Feb 2012 02:30 PM PST

KUALA LUMPUR: Apa yang dihajati ialah ilmu mengurut, namun yang dipertontonkan ialah demonstrasi urutan lucah apabila pengajar lelaki dengan selamba mengurut kemaluan dan payudara peserta wanita yang secara sukarela melondehkan pakaiannya.

Itu yang didakwa berlaku dalam satu kursus urutan tradisional di sebuah premis di ibu negara sehingga mengejutkan sepasang suami isteri yang menghadirinya bersama 30 peserta lain membabitkan lelaki dan wanita.

Pasangan itu yang hanya mahu dikenali sebagai Asman, 50, dan Laila, 47, berkata tindakan pengendali kursus itu sungguh mengaibkan dan ia berbeza dengan modul yang diiklankan kepada umum.

"Saya sukar menerima hakikat apabila ada peserta perempuan yang tampil sukarela menjadi model dan tergamak membenarkan pengajar lelaki itu mengurut kemaluan dan payudaranya di depan peserta wanita lain," kata Laila.


Pasangan suami isteri yang mengusahakan perniagaan refleksologi itu ditemui Harian Metro ketika mereka membuat aduan kepada Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan, di sini, semalam.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.



Serangan 7 samseng

Posted: 24 Feb 2012 02:30 PM PST

TUMPAT: Sekumpulan tujuh lelaki bersenjatakan pedang dan kayu bertindak ala gengster apabila menyerang seorang penganggur sehingga cedera parah di sebuah kedai mencuci kenderaan di Kampung Pasir Pekan, Wakaf Baru di sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 3 petang itu, mangsa, Azmi Mustapha @ Che Hassan, 36, luka di mata kanan, pergelangan tangan kiri dan kanan serta betis kanan.


Mangsa dikejarkan ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), Kota Bharu untuk mendapatkan rawatan dan keadaannya kini dilaporkan stabil.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Khalid Munap berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu jam 5.55 petang sebelum melakukan siasatan.


"Mangsa dipercayai diserang tujuh lelaki termasuk tiga warga Thailand yang berada di kedai mencuci kenderaan itu.


"Siasatan dijalankan di tempat kejadian menemui kesan darah di atas jalan raya dan polis turut merampas topi keledar, sarung pedang, hulu pedang dan kayu yang dipercayai digunakan untuk menyerang mangsa," katanya, ketika dihubungi, semalam.

Menurutnya, tiada saksi ditemui di tempat kejadian dan motif kejadian masih disiasat kerana mangsa diberi ubat tidur selepas bertindak agresif ketika dirawat.


"Kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan," katanya.

Sementara itu, ibu mangsa, Wan Zainab Wan Ismail, 63, yang ditemui di HRPZ II, berkata, dia menerima panggilan daripada suaminya, Mustapha @ Che Hassan Salleh, 72, yang memaklumkan mengenai kejadian menimpa anaknya pada jam 3.10 petang.


Katanya, sebelum kejadian, anaknya dikatakan pergi ke kedai mencuci kenderaan itu untuk mencari seseorang.


"Anak saya tiada musuh. Dia dianiaya kerana diserang tujuh orang serentak," katanya.


Dalam pada itu, cubaan menemubual mangsa gagal kerana dia enggan ditemubual.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan