Berita Harian: Nasional |
Surat Dr M kepada Israel didedah Posted: 29 Feb 2012 01:51 PM PST Nasional TIGA surat Dr Mahathir yang dihantar kepada Perdana Menteri Israel. - Foto Nurul Shafina Jemenon Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman, berkata tiga surat itu adalah bagi menyangkal dakwaan sesetengah pihak bahawa Kerajaan Malaysia tidak konsisten dalam pendirian dan dasar mengenai Palestin. Dalam satu kenyataan semalam, beliau berkata ia adalah surat Dr Mahathir kepada Yitzhak Rabin bertarikh 21 Disember 1993, kepada Benyamin Netanyahu bertarikh 14 Mac 1997 dan Ehud Barak bertarikh 8 Jun 1999. "Saya ingin menyatakan bahawa sebagai satu dasar, Malaysia selama ini telah secara konsisten memberi sokongan sepenuhnya kepada perjuangan rakyat Palestin untuk mencapai satu penyelesaian yang adil dan komprehensif terhadap konflik Palestin-Israel dan penubuhan sebuah negara Palestin yang merdeka dan berdaulat."Kandungan surat itu jelas menunjukkan pendirian yang berprinsip dan ketegasan Malaysia terhadap tindakan haram dan kekejaman Israel yang menggugat pelaksanaan proses damai dan gesaan beliau kepada Israel untuk memenuhi tanggungjawab dan melaksanakan semua perjanjian yang telah dimeterai di antara Palestin dan Israel," katanya. Beliau berkata ini termasuk Perjanjian Oslo yang ditandatangani oleh Allahyarham Yasser Arafat bagi pihak Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO) dan Shimon Peres dari Israel pada 13 September 1993 berhubung Principles and Mutual Recognition (Prinsip dan Pengiktirafan Bersama) antara Israel dan PLO. Anifah berkata sebagai Perdana Menteri ketika itu, Dr Mahathir tidak pernah menyatakan sokongan kepada Israel atau keselamatan negara berkenaan dan surat beliau sama ada secara tersurat atau tersirat, tidak sesekali menunjukkan Malaysia mempunyai hubungan diplomatik dengan Israel.
Anifah berkata surat itu mencerminkan peranan dan usaha Dr Mahathir dan Malaysia sebagai seorang pemimpin yang bertanggungjawab dan dihormati oleh masyarakat antarabangsa dalam membantu mencari penyelesaian yang adil dan berkekalan terhadap konflik itu dalam mengembalikan martabat rakyat Palestin yang sekian lama ditindas. – BERNAMA |
Tolak syor bukan Islam jadi pemimpin No 2 Posted: 29 Feb 2012 01:50 PM PST Nasional KUALA LUMPUR: Ketua Dewan Pemuda PAS (DPPP), Nasruddin Hassan menolak cadangan Timbalan Presiden PAS dari kalangan bukan Islam kerana ia bertentangan dengan syarak yang melarang pelantikan bukan Islam dalam kepemimpinan Jemaah Islam.Beliau berkata, walaupun menolak pelantikan orang bukan Islam untuk jawatan dalam kepemimpinan tertinggi parti itu, namun tidak bermakna DPPP menentang segala bentuk pakatan atau kerjasama dengan orang bukan Islam. Beliau mengulas kenyataan Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad yang menyatakan parti itu sedia menerima seorang timbalan presiden dari kalangan bukan Islam sekiranya ia satu keperluan dan ada tuntutan seperti dilakukan parti Ikhwanul Muslimin di Mesir. Dzulkefly menjelaskan dalam Islam ada dua perkara iaitu perkara tetap dan perkara yang boleh berubah iaitu politik."PAS mesti dikekalkan sebagai parti yang seratus peratus berjiwa dan berwajah Islam (dalaman dan luarannya) dan pada masa yang sama ia membuka ruang kerjasama dan tahaluf (pakatan) yang seluas-luasnya dengan siapa saja memperjuangkan keadilan selagi tidak melanggari syariat. "Tidak usahlah kita membuka kepemimpinan jemaah kepada orang bukan Islam kerana ia bercanggah dengan syariat Islam, sebaliknya kita mengeratkan kerjasama dan pakatan dengan mereka dalam mewujudkan amalan politik dan pemerintahan yang bersih dan adil untuk semua rakyat Malaysia," katanya dalam laman sosial peribadinya di sini, semalam. Di PUTRAJAYA, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, sinis terhadap kesediaan PAS melantik pemimpin bukan Islam sebagai timbalan presiden parti itu.
"Kita tengok setakat mana... sepatutnya PAS melantik bukan Islam sebagai presiden... bukannya hanya terhad kepada jawatan timbalan presiden. PAS patut melantik Penasihat DAP, Lim Kit Siang, sebagai presiden parti itu," katanya pada sidang media selepas menerima kunjungan hormat pemimpin tertinggi Majlis Bekas Wakil Rakyat (MUBARAK) di Yayasan Kepimpinan Perdana di sini, semalam. Selain itu, Dr Mahathir berkata dakwaan bekas Menteri Pelancongan, Tan Sri Kadir Sheikh Fadzir, bahawa pengundi di Kulim mata duitan dan perlu dibayar antara RM200 hingga RM1,000 bagi mengundi Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya merujuk kepada dirinya sendiri yang berbuat demikian untuk memancing undi. Dalam pada itu, Dr Mahathir berkata beliau menyambut baik pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang memberikan akses penuh kepada Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi meneliti dokumen pengisytiharan harta anggota pentadbiran kerajaan, termasuk menteri dan keluarga mereka. |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Nasional To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan