Ahad, 26 Februari 2012

Utusan Online - Muka Hadapan

Utusan Online - Muka Hadapan


Saya tak tergugat – MB

Posted:

Saya tak tergugat – MB

Saya tak tergugat – MB

Oleh MOHD. SHARIZA ABDULLAH
utusankedah@utusan.com.my


Datuk Seri Azizan Abdul Razak



  • Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata, tekanan politik dihadapinya ketika ini yang dikatakan didalangi oleh golongan 'Anwarinas' dalam Pas tidak menggugat kedudukan dan peranan beliau sebagai Menteri Besar Kedah.
  • Beliau berkata, semakin hebat tekanan dihadapi, semakin kuat sokongan daripada rakyat yang bersimpati dengan situasi terpaksa ditempuhinya.
  • Ini kerana, kata Pesuruhjaya Pas negeri itu, rakyat Kedah gembira dengan corak pentadbiran beliau yang aman dan lancar.
  • ALOR SETAR 25 Feb. – Datuk Seri Azizan Abdul Razak (gambar) berkata, tekanan politik dihadapinya ketika ini yang dikatakan didalangi oleh golongan 'Anwarinas' dalam Pas tidak menggugat kedudukan dan peranan beliau sebagai Menteri Besar Kedah.

    Bahkan, beliau dengan nada meyakinkan berkata, semakin hebat tekanan dihadapi semakin kuat sokongan daripada rakyat yang bersimpati dengan situasi yang beliau terpaksa tempuhi.

    Ini kerana, kata Pesuruhjaya Pas negeri itu, rakyat Kedah gembira dengan corak pentadbirannya yang aman dan lancar.

    "Lagi orang kacau, lagi rakyat bersimpati terhadap saya. Mereka gembira apa, Kedah aman, damai dan sejahtera. Tiada kacau bilau, betul tak?," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Kali Kedua Persatuan Alumni Maktab Mahmud Kedah di sini hari ini.

    Utusan Malaysia hari ini melaporkan, tekanan politik yang terpaksa dihadapi Azizan sehingga menyaksikan 'pemberontakan' empat Exco kanan Pas didakwa berpunca daripada tangan ghaib Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

    Dakwaan itu dibuat bekas Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang, Mohammad Fairus Khairuddin kerana katanya, Anwar tidak menyukai mana-mana pemimpin ulama dalam Pas yang tegas mempertahankan kedudukan Melayu dan Islam kerana mahu prinsip itu diliberalkan.

    Azizan sebelum ini dikecam hebat oleh pemimpin pakatan sendiri apabila beliau mempertahankan tindakan Kolej Universiti Insaniah (Kuin) Kedah, menggantung pelajar selain keberaniannya menyanggah isi kandungan Buku Jingga pakatan pembangkang, apabila berkata ia bukan al-Quran.

    Spekulasi terbaru mengatakan beberapa Exco Kedah enggan hadir pada majlis pelantikan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Selasa ini bagi memberi tekanan kepadanya supaya berundur.

    Azizan berkata, dari hari pertama beliau mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar empat tahun lalu, pelbagai cerita timbul mengenai kepimpinannya.

    Ditanya mengapakah tekanan yang dihadapi beliau pada masa ini dilihat paling serius, beliau berkata:"Orang nak buat kerja ini ada strategi dia, bukan dia buat saja-saja. Saya pun ada strategi juga."

    Mengenai dakwaan bahawa tekanan yang dihadapi beliau pada masa ini angkara kumpulan Anwarinas dalam Pas, Azizan menjelaskan, dakwaan itu ditulis oleh wartawan, tetapi menegaskan beliau tiada masalah untuk berkawan dengan sesiapa pun tidak kira daripada golongan mana.

    Bagaimanapun, katanya, sesiapa pun tidak boleh mempengaruhi fikirannya untuk bersetuju atau tidak dengan mereka berhubung sesuatu perkara.

    "Saya tak tahu golongan Endorgan, sembang saya sama sahaja. Saya boleh pi (pergi) tang (ikut) mana pun, tiada masalah apa. Semua kawan saya. Kalau saya setuju dengan dia orang saya kata yes, tak setuju kata no," tegasnya.

    Berhubung senarai nama Exco baru Kedah, Azizan berkata, ia tidak boleh diumumkan kerana belum mendapat surat pengesahan daripada Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah, tetapi menjangkakan diperoleh esok.

    Menurutnya, beliau telah menyerahkan cadangan senarai nama Exco kerajaan negeri bagi 2012 kepada Sultan Kedah di Istana Negara beberapa hari lalu ketika menghadiri Mesyuarat Ke-228 Majlis Raja-Raja.

    Semalam Azizan berkata, pemilihan Exco adalah hak beliau tanpa perlu merujuk kepada Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

    Tolak pakatan tidak pertahan IMR

    Posted:

    Tolak pakatan tidak pertahan IMR

    Tolak pakatan tidak pertahan IMR

    Oleh MOHAMAD SHOFI MAT ISA
    shofi.isa@utusan.com.my


    DUA wanita ini kelihatan sebak sewaktu mengaminkan doa yang dibacakan oleh bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr. Hasan Ali yang juga Presiden Jati ketika menghadiri Perhimpunan Sejuta Umat (Himpun) di Stadium Negeri, Kuala Terengganu, Terengganu, semalam. – BERNAMA


    KUANTAN 25 Feb. – Rakyat diajak membetulkan semula hala tuju negara pada pilihan raya umum akan datang dengan menolak pakatan atau kumpulan yang tidak mempertahankan mesej Islam, Melayu dan raja (IMR).

    Bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr. Hasan Ali berkata, halangan utama kepada usaha mengagungkan dan membawa mesej IMR kepada rakyat adalah pakatan pembangkang yang terdiri daripada DAP, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan juga Pas.

    "DAP sama sekali tidak bersetuju dengan niat baik saya untuk membina Islam di Selangor. Saya nak kurangkan arak, DAP tak setuju, kurangkan judi pun mereka tak setuju, mahu kurangkan rumah urut juga dibantah keras oleh DAP.

    "Halangan kedua ialah beberapa personaliti dalam institusi politik yang bukan mendorong untuk menyelesaikan isu IMR tetapi mengukir satu perkara baru yang mengharu-birukan akidah umat Islam.

    "Buktinya, melalui fahaman pluralisme yang kini cuba dibawa oleh penghulunya yang juga Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Anwar juga amalkan satu lagi fahaman iaitu liberalisme yang mempersoalkan mengenai undang-undang homoseksual, lesbian, transeksual dan sebagainya. Ia cukup berbahaya dan perlu ditolak oleh rakyat," katanya.

    Beliau berkata demikian ketika berucap pada program Bicara Ummah yang dihadiri kira-kira 6,000 orang di Padang Awam, Perkampungan Sungai Isap Perdana di sini malam tadi.

    Hadir sama bekas Ketua Pemuda Pas Pulau Pinang, Hafiz Nordin.

    Hasan berkata, pada pilihan raya umum akan datang, rakyat perlu berazam demi anak-anak dan cucu cicit bagi memilih pemimpin yang mampu mengagungkan Islam, memartabatkan Melayu dan mendaulatkan institusi diraja.

    "Pilihan raya umum kali ini akan menentukan hidup dan mati kita. Jadi, saya minta rakyat negara ini tidak mengundi pakatan pembangkang yang jelas memencilkan Islam, Melayu dan institusi raja," katanya.

    Setiap rakyat terutama orang Melayu katanya, perlu memainkan peranan bersama kerana mereka kini sedang dicabar oleh pihak tidak bertanggungjawab yang mahu merosakkan akidah umat Islam.

    Isu air: Rakyat Kelantan hilang sabar

    Posted:

    Isu air: Rakyat Kelantan hilang sabar

    Isu air: Rakyat Kelantan hilang sabar

    Oleh RODELIO JUNJUN TAUCAN
    rodelio.taucan@utusan.com.my


    Sebahagian orang ramai berhimpun secara aman bagi melancarkan kempen mengumpul sejuta tandatangan untuk mendesak kerajaan negeri segera menyerahkan pengurusan air kepada SPAN di Lembah Sireh, Kota Bharu, semalam.



  • Kesabaran rakyat Kelantan selama dua dekad terpaksa menggunakan air kotor untuk kegunaan harian semakin terhakis apabila lebih 3,000 orang berhimpun secara aman di Lembah Sireh, Kota Bharu, semalam.
  • Perhimpunan anjuran Majlis Tindakan Rakyat Kelantan (MTRK) itu diadakan bagi mendesak Kerajaan Pas Kelantan menyerahkan pengurusan air kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) dalam tempoh sebulan.
  • Menurut MTRK, satu perhimpunan besar-besaran membabitkan 10,000 orang akan diadakan di hadapan pejabat Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat jika pengurusan air tidak diserahkan kepada SPAN.
  • KOTA BHARU 25 Feb. - Rakyat Kelantan selama dua dekad terpaksa menggunakan air kotor untuk kegunaan harian, hilang sabar apabila lebih 3,000 orang berhimpun secara aman di Lembah Sireh di sini hari ini bagi mendesak kerajaan Pas menyerahkan pengurusan air kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN).

    Perhimpunan anjuran Majlis Tindakan Rakyat Kelantan (MTRK) itu mendesak Menteri Besar, Datuk Nik Aziz Nik Mat menyerahkan masalah air kepada SPAN dalam tempoh sebulan, jika tidak satu perhimpunan besar-besaran membabitkan 10,000 orang akan diadakan di hadapan pejabat beliau di Kota Darulnaim di sini.

    Presiden MTRK, Azmi Ali berkata, satu memorandum dihantar kepada Nik Aziz bagi tujuan sama pada 4 November tahun lalu, bagaimanapun ia tidak diendahkan langsung yang membuktikan kerajaan negeri tidak serius dalam menangani masalah tersebut.

    "Dulu kita datang ke pejabat beliau bersama kira-kira 500 orang menghantar memorandum, tetapi tidak dilayan kerana pemimpin Kelantan menganggap MTRK hanyalah sebuah pertubuhan kecil yang tidak perlu dipandang.

    "Jadi hari ini sudah terbukti rakyat Kelantan menyambut baik dan menyokong MTRK yang bukan parti politik tetapi hanya mendesak kerajaan negeri agar menyelesaikan masalah air yang sudah berlarutan bertahun lamanya," katanya pada sidang akhbar selepas perhimpunan itu.

    Pada perhimpunan yang bermula pukul 10 pagi itu, MTRK turut melancarkan kempen mengumpul sejuta tandatangan sebagai sokongan rakyat untuk mendesak kerajaan negeri menyegerakan penyerahan pengurusan air itu kepada SPAN.

    Utusan Malaysia tahun lalu menyiarkan laporan khas empat siri mengenai kualiti rendah bekalan air bersih di Kelantan akibat kegagalan pengurusan kerajaan negeri dan Air Kelantan Sdn. Bhd. (AKSB).

    Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerjaraya, Utiliti dan Alam Sekitar negeri, Datuk Ainizam Md. Abd. Rahman sebelum ini pernah menyatakan masalah air yang berlaku hanya mampu diselesaikan pada tahun 2027.

    Mengulas lanjut, Azmi berkata, ini adalah masanya rakyat perlu menukar dan menumbangkan Kerajaan Pas Kelantan kerana sudah terbukti mereka gagal dalam banyak perkara meskipun ia sangat penting.

    "Kita sudah ditipu dengan pelbagai janji dan slogan. Mereka berkata membangun bersama Islam, negara berkebajikan, kebajikan apakah yang diberi kepada rakyat Kelantan sekarang?

    "Mereka harus ingat pada 1978 Pas pernah tumbang disebabkan isu balak, jadi sekarang kita beri amaran masalah air ini perlu diselesaikan jika tidak perkara sama akan berulang," katanya.

    Tiada ulasan:

    Catat Ulasan