Sabtu, 25 Februari 2012

Utusan Online - Utara

Utusan Online - Utara


Kejayaan bukan atas usaha DAP

Posted:

Kejayaan bukan atas usaha DAP

Kejayaan bukan atas usaha DAP

Oleh ZABRY MOHAMAD
pengarang@utusan.com.my

PULAU PINANG 24 Feb. - Ketua Menteri, Lim Guan Eng tidak layak untuk mengakui kejayaan negeri ini mencapai pelaburan tertinggi dalam sektor pembuatan pada tahun lalu disebabkan pentadbiran pembangkang.

Ini kerana kejayaan tersebut sebenarnya dicapai hasil usaha keras kerajaan Barisan Nasional (BN) terdahulu yang berjaya meyakinkan pelabur.

Pengerusi Biro Ekonomi Pemuda UMNO negeri, Aziaan Ariffin berkata, kerajaan BN telah menyediakan pelbagai kemudahan asas untuk menarik minat pelabur ke Pulau Pinang sebelum ini.

Antaranya, jelas beliau, lapangan terbang, pelabuhan, zon perdagangan bebas, jambatan dan rangkaian lebuh raya yang baik.

"Guan Eng tidak sepatutnya sombong. Kejayaan Pulau Pinang hari ini bukan 100 peratus usaha beliau.

"Kerajaan DAP Pulau Pinang pun tidak buat penambahbaikan, tidak mengubah dasar, tetapi hanya meneruskan polisi serta usaha BN dulu," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Guan Eng dalam ucapan sempena majlis makan malam anjuran DAP di Petaling Jaya baru-baru ini mendakwa kejayaan Pulau Pinang dan Selangor sebagai destinasi pelaburan sektor pembuatan terunggul pada tahun lalu membuktikan pembangkang mampu mentadbir dengan bersih dan cekap.

Pulau Pinang mencatat jumlah pelaburan sebanyak RM9.1 bilion, manakala Selangor RM8.7 bilion.

Aziaan memberitahu, segala kemudahan yang disediakan oleh kerajaan BN sebenarnya untuk semua rakyat di negeri ini tanpa mengira fahaman politik.

"Kalau nak tunggu dia buat, berpuluh tahun lagi pun belum tentu siap," ujarnya.

Rakan Cop perlu lebih aktif salur maklumat

Posted:

Rakan Cop perlu lebih aktif salur maklumat

Rakan Cop perlu lebih aktif salur maklumat


Shukri Dahalan (kanan) bertanyakan khabar kepada seorang pegawai polis pada perhimpunan bulanan IPK Perak di Ipoh, baru-baru ini.


IPOH 24 Feb. - Kadar jenayah di sesuatu kawasan boleh dikurangkan jika lebih ramai ahli Rakan Cop memainkan peranan menyalurkan maklumat jenayah di kawasan masing-masing kepada polis.

Ketua Polis Perak, Datuk Mohd. Shukri Dahalan berkata, walaupun ahli Rakan Cop yang berdaftar di seluruh negara kini berjumlah 465,864 orang, tidak ramai yang menyalurkan maklumat mengenai salah laku jenayah di kawasan masing-masing kepada polis.

Malah, katanya, situasi yang sama berlaku di Perak yang merupakan negeri paling ramai anggota Rakan Cop iaitu 117,401 ahli.

"Tanggungjawab mencegah jenayah tidak boleh diletakkan di atas bahu polis semata-semata, sebaliknya orang ramai juga perlu memainkan peranan mereka sebagai 'mata dan telinga' polis.

"Kita tidak mahu mereka sekadar menjadi ahli Rakan Cop dan hanya berdiam diri sahaja. Apa yang kita mahu adalah masyarakat bersama-sama dengan polis memerangi jenayah sekali gus menjamin keselamatan di kawasan mereka," katanya selepas Perhimpunan Bulanan Polis di Ibu Pejabat Polis Kontinjen di sini baru-baru ini.

Sementara itu, Mohd. Shukri berkata, pihaknya melaksanakan pelbagai pendekatan bagi mengurangkan kadar jenayah di negeri ini dengan meningkatkan operasi setiap daerah.

Menurutnya, jenayah pecah rumah, kecurian motosikal dan ragut masih mencatatkan kedudukan tertinggi di negeri ini.

"Polis akan meningkatkan rondaan terutama di kawasan penempatan, komersial serta laluan-laluan utama selain mengadakan sekatan jalan raya selama empat jam pada waktu siang dan malam.

"Orang ramai disarankan mengambil langkah berjaga-jaga dengan memastikan kawasan rumah serta kenderaan dikunci," katanya.

Pelajar hidapi penyakit urat simpul mahu jadi jururawat

Posted:

Pelajar hidapi penyakit urat simpul mahu jadi jururawat

Pelajar hidapi penyakit urat simpul mahu jadi jururawat


Mohd. Yusniadi Md. Sabri (dua dari kiri) menyampaikan sumbangan kepada Nor Amalina Mohd. Latiff ketika lawatan kakitangan Pusat Islam UUM ke rumah gadis tersebut di Taman Berlian, Langkawi, baru-baru ini.


LANGKAWI 24 Feb. - Masalah kesihatan yang dideritai seorang pelajar perempuan dari Taman Berlian di sini tidak mematahkan semangatnya untuk belajar bagi mencapai cita-cita sebagai seorang jururawat.

Nor Amalina Mohd. Latiff, 19, pelajar tingkatan enam Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Mahsuri yang menderita masalah urat simpul atau aneurysm blood di bahagian kepala itu kini menerima rawatan di Hospital Langkawi dan juga rawatan susulan di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) Alor Setar.

Bapanya, Mohd. Latiff Othman, 55, yang bekerja dengan Pos Laju Malaysia memberitahu, keluarganya bimbang dengan nasib yang menimpa anak kedua daripada tiga beradik tersebut.

"Keluarga kami bukan orang berada. Saya juga tidak mampu menyediakan duit yang banyak untuk kos rawatannya.

"Saya juga terpaksa mengambil cuti separuh gaji selama dua minggu kerana telah kehabisan cuti tahun bagi menjaga dan mendapatkan rawatan untuk Nor Amalina," katanya yang akan bersara pada Januari tahun depan.

Menurut Mohd. Latiff, dia juga harus memikirkan apakah yang boleh dilakukan selepas itu untuk menyara dan merawat penyakit Nor Amalina.

Sementara itu, Nor Amalina yang pernah dibedah sebelum ini memberitahu, dia mahu meneruskan pelajaran bagi memastikan cita-citanya sebagai jururawat tercapai.

"Saya mahu terus belajar tetapi pada masa yang sama, sedih kerana terpaksa membebankan keluarga disebabkan penyakit saya ini," katanya.

Nasib malang Nor Amalina mendapat perhatian apabila diziarahi oleh wakil dari Pusat Islam, Universiti Utara Malaysia (UUM), baru-baru ini.

Pegawai Hal Ehwal Islam, Pusat Islam UUM, Mohd. Yusniadi Md. Sabri dan Ahmad Zabadi Mokhtar berkunjung ke rumah pelajar itu untuk menghulurkan bantuan bagi meringankan beban keluarganya.

Menurut mereka, sumbangan tersebut adalah sebagai tanda simpati Pusat Islam UUM kepada keluarga berkenaan dan juga menampung sedikit kos rawatan Nor Amalina.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan