Isnin, 27 Februari 2012

Utusan Online - Utara

Utusan Online - Utara


Penjenayah semakin agresif

Posted:

Penjenayah semakin agresif

Penjenayah semakin agresif

Oleh MALINDA ABDUL MALIK
utusanutara@utusan.com.my


AYUB Yaakob (kanan) melawat Shahrizal Zainol di Hospital Pulau Pinang, kelmarin.


PULAU PINANG 26 Feb. - Tugas anggota polis termasuk pasukan Skim Rondaan Sukarela kini semakin mencabar berikutan perlakuan penjenayah yang semakin berani dan agresif ketika berdepan pasukan keselamatan.

Ketua Polis negeri, Datuk Ayub Yaakob berkata, mereka dinasihatkan lebih peka ketika menjalankan rondaan atau operasi bagi mengelak kecelakaan.

"Sudah menjadi trend sekarang penjenayah bertindak apabila melihat pihak berkuasa kerana merasakan polis menjadi penghalang untuk mereka melakukan jenayah.

"Mereka tidak teragak-agak untuk menyerang polis lebih-lebih lagi kebanyakan penjenayah berada di bawah pengaruh dadah menyebabkan mereka bertindak di luar kawalan," katanya kepada pemberita di sini semalam.

Beliau ditemui selepas melawat seorang anggota polis yang cedera akibat diserang oleh dua penjenayah di sebuah premis di Lebuh Pekaka, Sungai Nibong, di sini awal pagi kelmarin.

Konstabel Shahrizal Zainol, 25, yang cedera di tapak kaki kanan dan jari kiri akibat ditetak oleh penjenayah kini dirawat Hospital Pulau Pinang.

Sementara itu, Shahrizal memberitahu, dia tidak patah semangat meskipun terpaksa terlantar di hospital.

"Saya tidak luntur semangat malah anggap ini sebagai satu pengalaman untuk memperkasakan diri," ujarnya.

Lebih 10,000 meriahkan Karnival Jalur Lebar

Posted:

Lebih 10,000 meriahkan Karnival Jalur Lebar

Lebih 10,000 meriahkan Karnival Jalur Lebar

LUMUT 26 Feb. – Lebih 10,000 pengunjung memeriahkan hari terakhir Karnival Jalur Lebar 1Malaysia Pangkor yang diadakan di Arena Square, Pulau Pangkor di sini hari ini.

Orang ramai mula membanjiri kawasan tersebut seawal pukul 8.30 pagi bagi menyertai pelbagai program dan aktiviti sepanjang karnival anjuran Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) itu.

Suasana meriah mula dirasai ketika majlis perasmian yang disempurnakan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir pukul 10.30 pagi.

Zambry yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pangkor kemudiannya menyampaikan netbook 1Malaysia kepada lebih 200 pelajar sekolah sekitar kawasan tersebut.

Antara program menarik sempena karnival dua hari yang bermula semalam itu termasuklah bengkel usahawan bagi membantu golongan tersebut melebarkan pasaran melalui Internet.

Timbalan Pengarah Pejabat Wilayah Utara SKMM, Mohd. Faizal Azizan berkata, bengkel tersebut merupakan inisiatif SKMM-Google yang mensasarkan penghijrahan 50,000 usahawan kepada perniagaan atas talian.

"Bagi 10,000 usahawan yang pertama membuka tapak niaga online di bawah inisiatif ini, mereka akan diberikan laman web beserta domain secara percuma," katanya di sini hari ini.

Mohd. Faizal memberitahu, karnival kali ini turut menampilkan usahawan bantal kekabu, Mohd. Zaidi Awang, 30, yang berjaya membawa perusahaan keluarganya secara online sehingga membolehkannya meluaskan pasaran produk ke seluruh negara.

Menurut beliau, sepanjang bengkel tersebut, para peserta diberi bimbingan secara perseorangan oleh SKMM bagaimana untuk mengorak langkah untuk menjadi usahawan global.

"Peminat fotografi pula menghadiri bengkel yang dikendalikan jurufoto terkemuka manakala pada sebelah malam, satu ceramah tentang IQRA 4U diadakan bagi memberi panduan kepada pendengar menguasai bacaan al-Quran menggunakan aplikasi IT," katanya.

24 pasukan bertarung dalam Ragbi Premier 7 MCKK

Posted:

24 pasukan bertarung dalam Ragbi Premier 7 MCKK

24 pasukan bertarung dalam Ragbi Premier 7 MCKK

KUALA KANGSAR 26 Feb. - Sebanyak 23 sekolah dari seluruh negara dan satu pasukan dari Thailand kini berkampung di Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK) di sini, bagi menyertai Kejohanan Ragbi Premier 7 MCKK selama dua hari yang bermula semalam.

Semua pasukan yang dijemput bertanding pada kejohanan itu merupakan pasukan handalan yang mewakili negeri masing-masing bagi merebut Trofi N.J. Ryan.

Datuk N.J. Ryan merupakan Pengetua MCKK pada lewat tahun 50-an yang memperkenalkan sukan ragbi di MCKK seterusnya di peringkat kebangsaan.

Hari pertama kejohanan semalam menyaksikan beberapa perlawanan peringkat Kumpulan A dan B bagi menentukan pasukan yang akan beraksi pada pusingan akhir petang ini.

Antara pasukan yang mencatatkan kemenangan termasuklah Sekolah Menengah Tunku Abdul Rahman (STAR) yang mengalahkan Royal Military College (RMC) 33-5 manakala Sekolah Menengah Kebangsaan King Edward VII pula menumbangkan Sekolah Menengah Sains Pokok Sena (Saina) 22-0.

Maktab Rendah Sains Mara Kuala Terengganu (MRSMKT) pula sekadar seri 10-10 dengan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Haji Othman Abd. Wahab manakala pasukan lnter Kuantan mengalahkan English College (EC) 30-10.

Turut layak ke pusingan akhir ialah Sekolah Sains Hulu Selangor (Semashur) yang membelasah Bukit Mertajam High School 43-0 sementara Sekolah Menengah Sultan Yahya Putra pula menewaskan Sekolah Menengah Taman Kosas (KOSAS) 26-7.

Pasukan Vijaravudh College (Vaji) berjaya mengalahkan Kolej Yayasan Saad (KYS) 17-12 manakala Sekolah Menengah Sains Sultan Mahmud (Sesma) menewaskan Sabah College (SC) 24-21.

Dalam pada itu, Sekolah Datuk Abdul Razak berjaya mengalahkan Royal Militry Collge (RMC) 38-10 manakala MCKK pula menewaskan Inter Kuantan.

Turut mencatat kemenangan semalam adalah Sekolah Sultan Alam Shah yang mengalahkan Sekolah Menengah Kebangsaan King Edward VII 17-12.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan