Jumaat, 24 Februari 2012

Utusan Online - Utara

Utusan Online - Utara


Peniaga bakal hilang pendapatan

Posted:

Peniaga bakal hilang pendapatan

Peniaga bakal hilang pendapatan

Oleh SAFINA RAMLI
utusankedah@utusan.com.my


KIRA-KIRA 30 peniaga makanan dan minuman di hadapan rumah kedai Taman PKNK, Alor Setar, bakal dirobohkan oleh Majlis Bandaraya Alor Setar.


ALOR SETAR 23 Feb. - Kira-kira 30 peniaga makanan dan minuman di Jalan Tun Razak di sini merayu agar Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) tidak merobohkan gerai mereka kerana bimbang kehilangan punca pendapatan.

Wakil peniaga di kawasan tersebut, Amir Zulkifli, 52, berkata, kebanyakan mereka yang berniaga di situ sejak 30 tahun lalu, menerima notis saman 16 Februari lepas daripada MBAS atas alasan mendirikan gerai daripada khemah.

"Pihak MBAS mengarahkan kami menukar khemah-khemah ini kepada payung atau mereka akan merobohkan khemah di tapak perniagaan kami," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Jalan Tun Razak semalam.

Berdasarkan notis tersebut, menurutnya, semalam merupakan tarikh akhir yang diberikan oleh MBAS kepada kami untuk merobohkan khemah tersebut.

"Kami tidak bersetuju dengan penggunaan payung untuk berniaga kerana tidak sesuai apabila hujan dan disebabkan faktor berkenaan MBAS diharap dapat memberi kelonggaran untuk berniaga menggunakan khemah sedia ada," jelasnya.

Seorang lagi peniaga, Roslinda Ali, 48, berkata, dia telah berniaga makanan dan minuman di kawasan itu sejak 12 tahun lepas dan bakal hilang punca pendapatan jika gerai sekarang dirobohkan.

"Gerai kami juga tidak menganggu lalu lintas di jalan ini dan saya berharap pihak MBAS akan menimbang semula arahan berkenaan," katanya.

Dalam pada itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Derga, Dr. Cheah Soon Hai ketika diminta mengulas mengenai masalah tersebut berkata, pihaknya akan berbincang dengan MBAS bagi mencari jalan penyelesaian.

"Saya simpati dengan nasib peniaga-peniaga di kawasan ini yang bakal kehilangan punca pendapatan jika gerai mereka dirobohkan.

"Saya akan berbincang dengan MBAS supaya jalan penyelesaian nanti akan memuaskan hati semua pihak," ujarnya.

6 NGO pertahan kampung Melayu

Posted:

6 NGO pertahan kampung Melayu

6 NGO pertahan kampung Melayu

Oleh LEE HOOI BOON
utusanpenang@utusan.com.my


MOHAMMAD Md. Yusoff (kiri) dan Mohd. Salleh Yahaya (tengah) menunjukkan pelan pembangunan Tanjong Tokong selepas penubuhan Amanah Warisan di Pulau Pinang, kelmarin.


PULAU PINANG 23 Feb. - Sebanyak enam pertubuhan bukan kerajaan (NGO) hari ini menubuhkan Amanah Warisan Melayu dan Islam Pulau Pinang (Amanah Warisan) bagi mempertahankan kampung-kampung warisan Melayu di negeri ini.

Enam NGO tersebut adalah Badan Bertindak Penduduk masing-masing dari Tanjung Tokong, Jelutong, Batu Uban, Sungai Pinang, Kampung Dodol dan Kampung Bakam.

Penasihat Amanah Warisan, Profesor Madya Mohamad Md. Yusoff berkata, penubuhannya juga bagi memperjuang dan mewujudkan habitat kampung tradisi Melayu.

"Kami tidak mahu kampung warisan Melayu sekadar menjadi tapak warisan sahaja, tetapi ia sepatutnya satu habitat kampung tradisi yang penuh dengan keaslian sebenarnya.

"Habitat kampung tradisi perlu dilestarikan dan dimantapkan bukan tujuan menjadi tempat pelancongan. Namun kami perlu mengekalkan warisan yang telah dikenal pasti supaya tradisi ini tidak pupus suatu hari nanti," katanya pada sidang akhbar di Universiti Sains Malaysia (USM) di sini semalam.

Sementara itu, Pengerusi Amanah Warisan, Mohd. Salleh Yahaya menjelaskan, pembangunan sepatutnya dilakukan dengan seimbang antara moden dan tradisi supaya tidak menyebabkan salah satu daripadanya terpinggir.

Jelasnya, dasar-dasar pembangunan yang rakus seperti dasar pemilikan tanah hanya menyebelahi syarikat korporat.

Akibatnya, tegas beliau, ia membolehkan syarikat swasta terus menjalankan projek besar-besaran secara berleluasa demi keuntungan maksimum tanpa menghiraukan kampung warisan yang telah wujud di tempat berkenaan sebelum ini.

MADA bangunkan sistem pengairan di 128 blok

Posted:

MADA bangunkan sistem pengairan di 128 blok

MADA bangunkan sistem pengairan di 128 blok

ALOR SETAR 23 Feb. - Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) akan membangunkan sistem pengairan tersier di 128 blok pengairan melibatkan keluasan 61,569 hektar sebagai antara usaha meningkatkan hasil padi di kawasan itu kepada lapan tan sehektar menjelang 2020.

Timbalan Pengurus Besar (Pertanian) MADA, Datuk Roslee Baharom berkata, bagi tujuan itu, 229 hektar kawasan yang terletak di dalam 11 blok pengairan telah dikenal pasti untuk pengambilan tanah.

Katanya, daripada jumlah tersebut, 121 hektar tanah telah mendapat kelulusan pengambilan tahun lepas.

"Seluas 6,673 hektar tanah yang terletak di dalam 34 blok pengairan yang berkeluasan 27,000 hektar pula telah dibuat penambahbaikan dan pemulihan infrastruktur," katanya di sini semalam.

Menurut Roslee, walaupun kualiti tanah di kawasan lembaga berkenaan pada umumnya baik dengan 60 peratus mempunyai kelas satu atau dua, kepadatan pengairan adalah rendah iaitu 18 meter bagi setiap hektar berbanding lebih 30 meter sehektar di jelapang padi lain.

Sehubungan itu, kata beliau, lembaga itu akan memperbaiki kepadatan pengairan dengan mengutamakan kawasan yang mempunyai potensi paling besar untuk mendapatkan hasil terbanyak.

Menurutnya, kini hanya 44 blok di MADA mempunyai pengairan tersier yang menyebabkan sesetengah kawasan mendapat air hanya selepas 30 hari.

"Padi merupakan tanaman yang amat bergantung kepada pengurusan air yang mana paras air mesti dikekalkan antara 50 dan 100 milimeter semasa tempoh tumbesaran antara 20 dan 90 hari.

"Oleh itu, kami bercadang memanjangkan terusan tersier hingga 128 blok menjelang 2020 sekali gus memperbaiki kepadatan pengairan sehingga 30 meter setiap hektar," katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan