Isnin, 27 Februari 2012

Kosmo Online - Negara

Kosmo Online - Negara


Harga barang lebih murah

Posted:

Harga barang lebih murah

Harga barang lebih murah

MALAYSIA melaksanakan sistem harga subsidi bagi sesetengah barangan demi menjaga kebajikan rakyat. - Gambar hiasan


KUALA LUMPUR - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) akan memperluaskan Projek Penyeragaman Harga (PPH) meliputi 1,022 kawasan baharu di seluruh negara pada tahun ini.

Ketua Setiausaha kementerian itu, Datuk Saripuddin Kasim (gambar kecil) berkata, daripada jumlah itu, 624 adalah kawasan sambungan projek sebelum ini, manakala 398 lagi merupakan kawasan baharu.

"Dengan pertambahan kawasan maka lebih ramai penduduk luar bandar dapat menikmati harga barangan bersubsidi pada harga yang sama seperti pengguna di bandar," katanya di sini semalam.

Saripuddin berkata, Sarawak merupakan negeri yang paling banyak mempunyai kawasan PPH iaitu 485 diikuti Sabah dengan 460 kerana kedua-dua negeri tersebut mempunyai muka bumi yang luas.

Katanya selain Sarawak dan Sabah, negeri lain di Semenanjung yang turut terpilih untuk pelaksanaan PPH ialah Kedah, Kelantan, Perak, Pahang serta Terengganu.

Saripuddin berkata, program tersebut telah berjalan dengan lancar serta memberi impak yang amat besar kepada penduduk di kawasan pedalaman.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Badrulamin, wanita beri keterangan

Posted:

Badrulamin, wanita beri keterangan

Badrulamin, wanita beri keterangan

Oleh SHAHRULANOOR ISHAK
shahrulanoor.ishak@kosmo.com.my


KERATAN Kosmo! semalam.


KUANTAN – Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dr. Badrulamin Bahron memberi keterangan mengenai dakwaan kes khalwatnya dengan seorang wanita berstatus isteri orang selama dua jam setengah di Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) di sini semalam.

Beliau dilihat tiba di pekarangan bangunan JAIP dengan menaiki kereta jenis Toyota Camry berwarna hitam pada pukul 2.40 petang dengan ditemani isteri pertamanya, Zumrah Husni serta tiga peguam iaitu Mohamad Sazali Abdul Aziz, Muhamad Irfan Abdullah dan Ahmad Nizam Abd. Hamid.

Soal siasat dikatakan bermula pada pukul 2.50 petang dan berakhir pada pukul 5.25 petang.

Dr. Badrulamin yang berbaju-T putih, memakai jaket hitam serta kopiah dilihat tenang dan sempat melambai tangan kepada para pemberita yang menunggu kehadiran beliau sejak pukul 8 pagi di pekarangan bangunan JAIP.

Turut hadir ialah wanita berumur 28 tahun yang didakwa berkhalwat dengan Dr. Badrulamin.

Wanita yang merupakan isteri orang itu tiba pada pukul 3.05 petang dan selesai memberi keterangan pada pukul 6.20 petang.

Kedua-dua mereka memberi keterangan secara berasingan bagi membantu siasatan selepas didakwa berkhalwat di sebuah hotel di Balok di sini dalam kejadian kira-kira pukul 3 pagi Sabtu lalu.

Ketua peguam yang mewakili Dr. Badrulamin dan wanita itu, Mohamad Sazali berkata, pihaknya berpuas hati dengan proses siasatan tersebut.

"Kita sudah beri kerjasama penuh dan yakin sejak dua tiga hari lalu, isu ini digembar-gembur oleh media adalah lebih kepada fitnah dan spekulasi.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Pemberian derma politik dikawal

Posted:

Pemberian derma politik dikawal

Pemberian derma politik dikawal


NAJIB (dua dari kiri) bersalam dengan orang ramai pada majlis perasmian Program Pegawai Integriti Bertauliah di Putrajaya semalam.


PUTRAJAYA - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan akan memperkenalkan satu lagi inisiatif di bawah Pelan Transformasi Kerajaan bagi mengawal pembiayaan politik demi meningkatkan ketelusan dan keyakinan rakyat terhadap pertubuhan politik di negara ini.

Perdana Menteri berkata, inisiatif itu memberi penekanan bahawa setiap sumbangan yang ingin diberikan kepada mana-mana parti politik sama ada di peringkat pusat mahupun negeri hendaklah disalurkan melalui akaun rasmi parti.

"Ini bagi mengelakkan ahli-ahli politik menyalahgunakan nama parti untuk meminta atau menerima apa-apa sumbangan yang kemudian diselewengkan untuk kepentingan persendirian," katanya semasa berucap merasmikan Program Pegawai Integriti Bertauliah di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya di sini semalam.

Najib berkata, setiap sumbangan yang dihulurkan perlu dikemukakan resit penerimaan dan dimasukkan ke dalam akaun parti.

"Menerusi rekod penerimaan yang teratur ia boleh diaudit pada tiap-tiap akhir tahun kewangan," katanya.

Beliau berkata, inisiatif seumpama itu akan mengelakkan sebarang bentuk perbuatan rasuah dan penyelewengan di peringkat akar umbi manakala manfaat sumbangan itu dapat disampaikan kepada segenap peringkat parti dan seterusnya rakyat.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan