Ahad, 26 Februari 2012

Utusan Online - Pahang

Utusan Online - Pahang


Perangi dakyah pembangkang

Posted:

Perangi dakyah pembangkang

Perangi dakyah pembangkang

Oleh HARIS FADILAH AHMADutusanktn@gmail.com


SHAFIE Abdullah (berdiri, lima dari kiri) dan Wan Amizan Wan Abdul Razak (berdiri, empat dari kiri) bersama pasukan futsal sukan komuniti di Felda Padang Piol, Jerantut, baru-baru ini.


JERANTUT 26 Feb. - Para peneroka Felda di negeri ini perlu menangkis dakyah pembangkang yang dilihat mahu memecahbelahkan penduduk di tanah rancangan dengan memainkan isu penyenaraian Felda Global Ventures Holding (FGVH) ke Bursa Malaysia.

Setiausaha Politik kepada Menteri Kewangan, Datuk Shafie Abdullah berkata, golongan itu kerap memberi pandangan negatif untuk menghasut dan membantutkan usaha kerajaan negeri dan Felda memajukan peneroka.

"Memang karut sama sekali dakwaan pihak berkenaan yang Felda akan mengalami defisit RM1.5 bilion jika penyenaraian FGVH dilaksanakan.

"Tidak mungkin Felda sebagai sebuah konglomerat di negara ini mengkhianati organisasi berkenaan dan semua peneroka menerusi penyenaraian itu," katanya.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri majlis Hari Perhimpunan dan Sukan Komuniti Generasi Baharu Warga Felda serta Pelancaran Score-Card Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Jerantut di Felda Padang Piol, dekat sini baru-baru ini.

Hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tahan, Datuk Wan Amizan Wan Abd Razak; Pengurus Besar Felda Wilayah Jengka, Shaari Din dan Pengurus Felda Padang Piol , Shafie Embong.

Menurut Shafie, dakwaan itu seolah-olah merendahkan kredibiliti dan integriti Felda yang berusaha memacu program transformasi sosial menerusi kajian teliti serta kolaborasi dengan agensi kerajaan, persatuan peneroka dan bank antarabangsa.

Sehubungan itu, katanya, peneroka Felda dinasihatkan tidak terikut permainan kotor politik pembangkang kerana syarikat milik Felda itu merupakan hak orang Melayu yang akan terus dipelihara.

"Kerajaan akan terus menjaga kebajikan peneroka dan tidak sesekali meminggirkan mereka. Sudah terbukti apabila peneroka hari ini banyak menikmati perubahan taraf hidup," ujarnya.

Mayang bertemu 17 KRT Indera Mahkota

Posted:

Mayang bertemu 17 KRT Indera Mahkota

Mayang bertemu 17 KRT Indera Mahkota

KUANTAN 26 Feb. - Seramai 17 wakil Kawasan Rukun Tetangga (KRT) di Parlimen Indera Mahkota di sini, mengadakan perjumpaan dengan Majlis Pembangunan Keluarga dan Masyarakat (Mayang) bagi menyelesaikan beberapa isu yang berlaku di kawasan masing-masing baru-baru ini.

Pengerusi Mayang, Datuk Mohd. Hazmi Yusof berkata, pertemuan yang julung-julung kali diadakan itu menjadi medan buat wakil KRT menyalurkan isu dan mencari kaedah terbaik untuk mengatasinya.

"Parlimen ini mempunyai 58 KRT. Namun, hanya 17 KRT hadir kerana perkara-perkara yang tidak dapat dielakkan.

"Namun begitu, bukan kuantiti yang ditekankan, sebaliknya kualiti dalam mencari jalan untuk mengatasi masalah yang dihadapi," katanya kepada pemberita selepas mengadakan perjumpaan tersebut di sini baru-baru ini.

Mohd. Hazmi berkata, pihaknya juga bakal mengadakan pertemuan sebanyak tiga kali setahun dan berhasrat menjemput wakil pihak berkuasa tempatan (PBT) serta agensi kerajaan terlibat bagi menyalurkan masalah dihadapi mereka ke saluran tepat dengan lebih cepat.

Sementara itu, Pengerusi KRT Taman Polo, Rosli Abdul Hamid, memuji pendekatan dan usaha tersebut kerana ia memudahkan mereka sekali gus mendapat penerangan sewajarnya terhadap penduduk terlibat.

"Seperti di taman ini, kita mengalami masalah kecurian penutup longkang. Menerusi pertemuan ini, kita memberikan idea untuk disalurkan kepada PBT seperti menukar penutup kepada penggunaan konkrit untuk menghalang ia terus hilang," katanya.

Kerajaan tidak pilih kasih beri bantuan RM500

Posted:

Kerajaan tidak pilih kasih beri bantuan RM500

Kerajaan tidak pilih kasih beri bantuan RM500

MARAN 26 Feb. - Kerajaan tidak mengamalkan sikap pilih kasih dalam menyalurkan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) kepada isi rumah yang berpendapatan bulanan RM3,000 ke bawah.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Luit, Datuk Ahmad Munawar Abdul Jalil (gambar) berkata, bantuan RM500 itu merupakan usaha murni kerajaan Barisan Nasional (BN) bagi meringankan beban hidup golongan terlibat.

Melalui bantuan tersebut, kata beliau, ia turut membuktikan komitmen kerajaan untuk membantu rakyat yang memerlukan tanpa mengira kaum serta ideologi politik.

"Tidak ada pilih kasih wujud dalam pemberian itu dan mereka yang layak perlu mengisi borang disediakan. Wang bantuan akan disalurkan secara berperingkat sehingga Mac ini," katanya.

Beliau berkata demikian selepas majlis penyampaian sumbangan kerajaan negeri kepada mangsa bencana ribut di Kampung Luit di sini, baru-baru ini.

Dalam bencana alam tersebut, tujuh keluarga yang terlibat masing-masing menerima bantuan RM2,000.

Menurut Ahmad Munawar, lebih 1,000 penerima yang layak di kawasan DUN Luit akan menerima baucer BR1M dalam pemberian fasa kedua tidak lama lagi.

Katanya, senarai nama penerima berkenaan telah diterima oleh Pejabat Daerah dan Tanah Maran bagi tindakan selanjutnya.

"Mereka yang layak bagi pemberian BR1M fasa dua perlu menghadirkan diri menerima baucar tersebut yang boleh ditunaikan pada hari berkenaan," katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan