Rabu, 29 Februari 2012

Kosmo Online - Negara

Kosmo Online - Negara


Hotel sedia serah rakaman CCTV

Posted:

Hotel sedia serah rakaman CCTV

Hotel sedia serah rakaman CCTV

Oleh SHAHRULANOOR ISHAK
shahrulanoor.ishak@kosmo.com.my

INILAH hotel terkenal di Pantai Balok, Kuantan, tempat Dr. Badrulamin didakwa berkhalwat dengan seorang wanita berstatus isteri orang.


KUANTAN - Pihak pengurusan hotel di Pantai Balok di sini, yang menjadi lokasi Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dr. Badrulamin Bahron (gambar kecil) ditangkap atas dakwaan berkhalwat dengan isteri orang pada Sabtu lalu, bersedia untuk menyerahkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) mengenai kes berkenaan kepada pihak berkuasa.

Menurut jurucakap hotel tersebut, pihaknya tidak mempunyai masalah memberi kerjasama kepada pihak Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) dan polis sekiranya diminta berbuat demikian untuk membantu siasatan berhubung kejadian yang berlaku kira-kira pukul 3 pagi Sabtu lalu itu.

"Tiada masalah untuk menyerahkan rakaman CCTV tetapi ia perlu mengikut prosedur yang akan ditetapkan oleh pihak hotel ini.

"Sebelum ini pun, apabila berlaku kes jenayah kecurian, pihak kami akan memberi rakaman CCTV tersebut kepada polis bagi membantu siasatan.

"Tambahan pula apabila dikatakan ada kejadian membelasah pelanggan yang mencalar imej hotel ini, kita sedia bekerjasama kalau polis mahu menyiasat," kata jurucakap itu lagi ketika dihubungi semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Penganjur konsert Erykah akur keputusan Puspal

Posted:

Penganjur konsert Erykah akur keputusan Puspal

Penganjur konsert Erykah akur keputusan Puspal

Oleh RONI HIDAYAT RIDWAN
roni.ridwan@kosmo.com.my


KERATAN Kosmo! semalam.


KUALA LUMPUR – Penganjur konsert Erykah Badu, Pineapple Concerts Sdn. Bhd., akur dengan keputusan Agensi Pusat Penggambaran Filem dan Persembahan Artis Luar Negara (Puspal) yang membatalkan konsert penyanyi itu yang sepatutnya diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) malam tadi.

Pengarah Urusannya, Razman Razali berkata, sebelum ini, pihaknya telah cuba sedaya upaya agar konsert penyanyi funk, hip-hop dan soul terkenal Amerika Syarikat itu dapat diteruskan tetapi Puspal tetap dengan keputusan untuk menarik balik permit konsert yang telah diluluskan sebelum ini.

"Sebaik sahaja kami diberitahu oleh Puspal tentang pembatalan konsert ini, saya terus mengadakan pertemuan dengan mereka dengan harapan konsert yang sepatutnya berlangsung di KLCC pada malam ini (malam tadi) tidak dibatalkan.

"Bagaimanapun, sewaktu hadir di pejabat Puspal saya hanya dimaklumkan bahawa permit konsert yang diluluskan pada Disember 2011 itu telah ditarik balik dan menyebabkan konsert yang sepatutnya berlangsung malam ini (malam tadi) terpaksa dibatalkan," ujarnya.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

PM lancar Cabaran Mobiliti Hijau

Posted:

PM lancar Cabaran Mobiliti Hijau

PM lancar Cabaran Mobiliti Hijau


NAJIB melancarkan Cabaran Mobiliti Hijau Proton 2012 sambil diperhatikan Mohd. Nadzmi (dua dari kiri), Syed Zainal Abidin (kiri), Kamal Jit (dua dari kanan) dan Rozario (kanan) di Putrajaya semalam.


PUTRAJAYA - Pasukan daripada 10 universiti tempatan akan bersaing pada cabaran menukar kereta Proton Saga berenjin konvensional kepada kenderaan elektrik sepenuhnya pada Cabaran Mobiliti Hijau Proton 2012 anjuran Proton Holdings Bhd. dan Agensi Inovasi Malaysia (AIM).

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang melancarkan cabaran itu berkata, ia merupakan contoh terbaik bagaimana pihak industri, ahli akademik dan kerajaan bekerjasama bagi mencapai matlamat bagi menangani isu-isu utama masyarakat.

Beliau berkata, kerjasama tiga komponen utama yang membentuk triple helix di bawah program Pemaju Inovasi AIM itu dibangunkan dalam usaha mempercepatkan lagi inovasi teknologi dalam negara.

"Dengan penambahan satu lagi komponen iaitu rakyat, jadilah ia sebagai Quadruple Helix," katanya pada majlis pelancaran cabaran itu di sini semalam.

Turut hadir, Pengerusi Proton, Datuk Seri Mohd. Nadzmi Mohd. Salleh, Pengarah Urusan Kumpulan Proton, Datuk Seri Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir, Ketua Pegawai Eksekutif Unit Inovasi Khas, Datuk Dr. Kamal Jit Singh dan Ketua Pegawai Eksekutif AIM, Mark Rozario.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan