Rabu, 29 Februari 2012

Utusan Online - Timur

Utusan Online - Timur


Warga 7 kampus dekati masyarakat

Posted:

Warga 7 kampus dekati masyarakat

Warga 7 kampus dekati masyarakat

Oleh HAPIZAH AZIZ
utusankelantan@utusan.com.my


Sebahagian pelajar yang mewakili Kelab Neurosains SM Sains Tengku Muhammad Faris Petra dan SK Kubang Kerian 3 yang menyertai program penyelidikan otak dan kesedaran 1 Malaysia di Kampus Kesihatan USM, Kota Bharu, baru-baru ini.


KOTA BHARU 28 Feb. – Sebanyak tujuh universiti di Pantai Timur telah menyertai Program Permuafakatan Jalinan Sekolah Kluster Kecemerlangan dengan institusi pengajian tinggi awam (SKK-IPTA) baru-baru ini.

Program itu bertujuan mengenal pasti permasalahan masyarakat luar bandar seterusnya mencari penyelesaian untuk meningkatkan taraf hidup mereka.

Penyelaras program, Dr. Wan Pauzi Wan Ibrahim berkata, universiti terlibat ialah Universiti Sains Malaysia (USM) Kampus Kesihatan, Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Universiti Sultan Zainal Abidin, Universiti Malaysia Pahang (UMP), Universiti Teknologi Mara (UiTM) cawangan Machang dan UiTM cawangan Pahang.

Katanya, di bawah program itu universiti terlibat akan menggunakan kepakaran masing-masing dalam menganjurkan program dan perkhidmatan komuniti.

"Misalnya, projek yang dilaksanakan USM melibatkan kepakaran dalam bahasa Inggeris dan Sains, manakala UMK terlibat dalam program kebudayaan manakala UiTM Machang pula dalam bidang sukan," katanya.

Beliau berkata demikian semasa merasmikan majlis penutup Program Penyelidikan dan Kesedaran Otak: 1Malaysia 2010/2011 (B.R.A.I.N) di Pusat Pengajian Sains Perubatan (PPSP) USM, Kampus Kesihatan di sini baru-baru ini.

Hadir sama, Ketua Jabatan Neurosains PPSP, Prof. Jafri Malin Abdullah; Penolong Kanan Sekolah Menengah Sains Tengku Muhammad Faris Petra, Ahmad Tajab dan Guru Besar Sekolah Kebangsaan Kubang Kerian 3, Seri Dewi Mohd. Ibrahim.

Wan Pauzi yang juga Timbalan Dekan Bahagian Jaringan Industri dan Masyarakat USM memberitahu, tiga sekolah telah bekerjasama dengan USM dalam program pemerkasaan bahasa Inggeris dan Sains iaitu Maktab Sultan Ismail, Sekolah Kebangsaan Zainab 2 dan Sekolah Menengah Sains Machang.

Selain itu katanya, USM juga terlibat dalam program 'Penyelidikan Semasa Cuti' membabitkan lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) yang diadakan dengan kerjasama doktor Malaysia berpangkalan di Melbourne, Australia.

Menurutnya, program tersebut diadakan dalam usaha mendekatkan warga universiti dengan masyarakat.

Membudayakan penjagaan kesihatan warga kampus

Posted:

Membudayakan penjagaan kesihatan warga kampus

Membudayakan penjagaan kesihatan warga kampus


Sebahagian warga kampus yang hadir pada program ceramah kesedaran kesihatan Gula dan Garam Dalam Kehidupan di UMT di Kuala Terengganu, baru-baru ini.


KUALA TERENGGANU 28 Feb. - Bagi membudayakan amalan hidup sihat, Universiti Malaysia Terengganu (UMT) terus menganjurkan program yang terarah kepada kebajikan warga kampus.

Ia bagi memberi kesedaran dan bimbingan kepada mereka agar memberi perhatian terhadap penjagaan kesihatan selain tumpuan kepada rutin kerja dan pengajian.

Terbaru, Pusat Kesihatan UMT menganjurkan program kesedaran kesihatan mengenai pengambilan gula dan garam dalam kehidupan dengan ceramah disampaikan oleh pakar perubatan Hospital Sultanah Nur Zahriah (HSNZ), Dr. Zamri Mohamed.

Seramai 200 pelajar dan kakitangan menyertai seminar yang dirasmikan oleh Pengarahnya, Dr. Arnie A. Rahim di Auditorium Perpustakaan Sultanah Nur Zahirah UMT di sini.

Arnie dalam ucapannya menegaskan bahawa program itu bertujuan meningkatkan kefahaman warga kampus tentang tabiat makan yang boleh membawa penyakit berbahaya.

Menurut beliau, kebanyakan penyakit utama yang menjejaskan masa depan diri dan keluarga adalah berpunca daripada faktor pengambilan gula dan garam secara berlebihan dan tanpa disedari.

Katanya, pencegahan awal melalui kesedaran kesihatan yang tinggi dapat mengurangkan risiko dan seterusnya mencegah penyakit darah tinggi, diabetes, kardiovaskular dan metabolik.

Sementara itu Zamri dalam ceramahnya berkata, kajian menunjukkan pengambilan gula dalam kalangan rakyat negara ini meningkat setiap tahun iaitu 17 sudu pada 1970 dan meningkat pada 1980 (21 sudu), 1990 (24 sudu) dan 2010 (26 sudu)

"Pengambilan gula purata bagi setiap dewasa sepatutnya tidak melebihi 10 sudu sehari (50 gram). Berdasarkan kajian Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), pengambilan gula tambahan seharusnya tidak melebihi 10 peratus daripada jumlah tenaga yang digunakan.

"Pengambilan gula dan garam melebihi kadar yang disyorkan menyumbang kepada penyakit kronik utama dan peningkatan drastik kadar punca kematian di negara-negara maju dan membangun," ujarnya.

Menurut beliau, penyakit koronari jantung atau penyakit jantung kronik dan penyakit metabolik merupakan punca kematian terbesar di Malaysia.

Kolaborasi strategik Kolej Komuniti diperkukuh

Posted:

Kolaborasi strategik Kolej Komuniti diperkukuh

Kolaborasi strategik Kolej Komuniti diperkukuh

KUALA TERENGGANU 28 Feb. - Kira-kira 500 graduan Kolej Komuniti di Pantai Timur akan berpeluang mengikuti latihan di lapan buah syarikat dalam pelbagai bidang industri terutama berasaskan minyak dan automotif pada tahun ini.

Ia bermula dengan pengambilan awal seramai 219 pelatih bagi fasa dua pada bulan depan yang turut memberi tumpuan kepada latihan dalam bidang teknologi binaan dan katering hotel.

Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Kolej Komuniti (JPKK) Kementerian Pengajian Tinggi, Azmi Mat Noor berkata, penempatan mereka hasil hasil kolaborasi strategik bersama pihak industri sejak setahun lalu.

Katanya, melalui program latihan selama tiga hingga enam bulan itu, seramai 81 graduan telah ditempatkan sebagai tenaga kerja berkemahiran dalam industri berimpak tinggi.

Beliau berkata demikian kepada media selepas Majlis Kolaborasi Industri Petrokimia, Minyak, Gas serta Perasmian Penutup Kayuhan Lasak dan 'Fixie East Eco Challenge' (ECEC), di sini baru-baru ini.

Perasmian disempurnakan oleh Setiausaha Politik Menteri Pengajian Tinggi, Mohd. Khairi Abdul Malik.

Katanya, fasa kedua latihan itu turut melibatkan kerjasama Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Universiti Malaysia Pahang (UMP), Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) dan syarikat berasaskan petrokimia, minyak dan gas.

"Kolaborasi ini bertujuan membantu secara terancang dan berterusan dari pembekalan tenaga kerja berkemahiran tinggi kepada industri yang beroperasi dalam Wilayah Pembangunan Ekonomi Pantai Timur (ECER)," ujarnya.

Pada majlis itu, wakil lapan buah syarikat yang mengambil tenaga kerja di Terengganu menerima Sijil Kolaborasi termasuklah Petronas Gas Sdn. Bhd.

Juga Kencana Petroleum Berhad, Optimal Chemicals (M) Berhad, Hyundai-PFCE Consortium, Kaefer (M) Sdn. Bhd, B.b Tech Services Sdn. Bhd, Mazlan Engineering Services Sdn. Bhd dan SF Scaffold Resources Sdn. Bhd.

Seramai 19 pelajar dari Kolej Komuniti Kuala Terengganu dan Kolej Komuniti Kuantan yang akan menamatkan latihan pula menerima Sijil Kompetensi, Kad Oil & Gas Safey Passport NIOSH.

Para pelajar itu turut menerima surat tawaran pekerjaan dengan gaji permulaan RM1,200 ke atas.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan