Ahad, 26 Februari 2012

Utusan Online - Selatan

Utusan Online - Selatan


Isu pemberhentian kerja di Nidec-Copal selesai

Posted:

Isu pemberhentian kerja di Nidec-Copal selesai

Isu pemberhentian kerja di Nidec-Copal selesai

SEREMBAN 25 Feb. - Memorandum persefahaman (MoU) yang ditandatangani antara Syarikat Nidec-Copal (Malaysia) Sdn. Bhd. dengan pihak kesatuan pekerjanya diyakini dapat menyelesaikan isu pemberhentian pekerja syarikat itu di Nilai baru-baru ini.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Hal Ehwal Perladangan, Sumber Manusia, Alam Sekitar dan Pengaduan Awam negeri, Datuk V.S Mogan berkata, persefahaman itu mencerminkan kesungguhan kedua-dua pihak bagi menangani ketegangan yang timbul, khususnya melibatkan semua isu ketidakpatuhan yang dibangkitkan oleh kesatuan pekerjanya.

"Kita berterima kasih kepada kedua-dua pihak yang bersetuju menyelesaikan masalah dengan cara rundingan yang baik," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Dalam pada itu, Penasihat Korporat Syarikat Nidec-Copal (Malaysia) Sdn. Bhd., Dr. Siraj Khan, berkata, keputusan syarikat untuk menamatkan tugas 161 pekerja tempatan dan 59 warga asing sebelum ini disebabkan kemerosotan ekonomi dan permasalahan kewangan syarikat.

"Kami adalah syarikat yang telah beroperasi di negara ini sejak 18 tahun lalu. Isu pemberhentian pekerja itu disebabkan kedudukan kewangan syarikat yang tidak menggalakkan. Ia tiada kena mengena dengan faktor ketidakadilan syarikat terhadap pekerja.

"Pekerja yang diberhentikan telah pun diberi pampasan sewajarnya," katanya.

Tegas Siraj, semua pekerja telah diberikan dua bulan gaji sebagai bayaran ganti notis penamatan, faedah penamatan kerja berdasarkan tempoh perkhidmatan serta bayaran ganti baki cuti tahun.

"Apa pun saya gembira kerana perkara ini dapat diselesaikan dengan baik. Terima kasih juga pihak Jabatan Tenaga Kerja (JTK) negeri, Kementerian Sumber Manusia serta warga kerja syarikat yang memahami masalah sebenar yang ditanggung syarikat ketika ini," jelasnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan