Ahad, 26 Februari 2012

Utusan Online - Jenayah

Utusan Online - Jenayah


Wanita trauma terima nota cinta, ayam

Posted:

Wanita trauma terima nota cinta, ayam

Wanita trauma terima nota cinta, ayam

Oleh ASSIM HASSAN
pengarang@utusan.com.my


Dua pegawai polis memeriksa tiga ekor ayam yang digantung di pagar rumah mangsa di Wangsa Maju, Kuala Lumpur, kelmarin.


KUALA LUMPUR 26 Feb. - Nota tertulis ayat-ayat cinta yang ditujukan kepada artis Diana Danielle dan penyampai berita TV3, Pang Chinn Fei selain tiga ekor ayam hidup adalah antara kiriman yang diterima seorang wanita sejak dua minggu lalu sehingga hidupnya kini dalam keadaan trauma.

Mangsa yang bekerja sebagai setiausaha di sebuah syarikat swasta di sini, menerima kiriman tersebut yang dihantar ke rumahnya di Wangsa Maju.

Menurut mangsa berusia 20-an dan enggan dikenali, pada mulanya dia menerima sampul surat yang mengandungi nota berbentuk hati tertulis nama 'Diana Danielle', dua minggu lalu.

Katanya, disebabkan bimbang keselamatannya, dia membuat laporan di Balai Polis Wangsa Maju.

"Namun Rabu lalu, saya menerima satu lagi sampul surat berisi sehelai seluar dalam lelaki dan sekeping nota tertulis Kepada Diana Danielle daripada peminat setia," katanya ketika ditemui pemberita di Balai Polis Wangsa Maju di sini.

Mangsa berkata, semasa memeriksa peti surat rumahnya semalam, dia dikejutkan lagi apabila menerima satu sampul surat mengandungi bekas cermin mata, gelang dan dua keping gambar lelaki Melayu, selain nota tertulis Kepada Pang Chinn Fei, I Love You, pukul 11.30 pagi.

"Pada pukul 6.30 petang pula, saya terkejut menerima sebuah beg yang digantung di pagar rumah mengandungi tiga ekor ayam hidup," katanya.

Dia yang baru berpindah ke rumah itu sejak lima bulan lalu bersama keluarganya, kini trauma selepas empat kali menerima kiriman misteri itu.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan itu dan memberitahu, belum dapat mengaitkan kejadian tersebut dengan ugutan jenayah.

NFCorp terkejut kenyataan Syed Ismail

Posted:

NFCorp terkejut kenyataan Syed Ismail

NFCorp terkejut kenyataan Syed Ismail

KUALA LUMPUR 26 Feb. – National Feedlot Corporation Sdn. Bhd. (NFCorp) terkejut dengan tindakan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Syed Ismail Syed Azizan mengeluarkan kenyataan berhubung siasatan terhadap dakwaan penyelewengan dalam syarikat itu dan mencadangkan Pengerusi Eksekutifnya, Datuk Dr. Mohamed Salleh Ismail didakwa atas pertuduhan pecah amanah.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini hari ini, syarikat itu juga tertanya-tanya motif tindakan Syed Ismail berbuat demikian kerana pada masa yang sama beliau mengakui siasatan masih dijalankan.

''NFCorp mempersoalkan kebijaksanaan dan motif kenyataan tersebut seolah-olah cuba merampas kuasa daripada Peguam Negara untuk membuat keputusan dalam isu tersebut.

''Adakah Syed Ismail mahu membelakangkan Peguam Negara yang berkuasa untuk memutuskan sama ada wujud jenayah atau tidak dalam perkara tersebut seperti yang diperuntukkan dalam undang-undang di bawah Perlembagaan," katanya.

Berdasarkan laporan akhbar semalam, Syed Ismail mendakwa NFCorp telah menyalurkan peruntukan kepada syarikat yang tidak berkaitan.

Syed Ismail berkata, cadangan dakwaan terhadap Mohamed Salleh itu terkandung dalam kertas siasatan yang sedang disiapkan polis, setelah dikembalikan oleh pihak Peguam Negara Selasa lalu bagi menyiasat beberapa perkara lain.

Tambah kenyataan itu, Syed Ismail juga seperti sudah terlupa bahawa syarikat yang dikatakan tidak berkaitan adalah memang anak syarikat NFCorp.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan