Jumaat, 24 Februari 2012

Berita Harian: MukaDepan

Berita Harian: MukaDepan


Lagi EXCO enggan dilantik

Posted: 23 Feb 2012 11:06 AM PST

MukaDepan

Dr Ismail Salleh (kiri) dan  Phahrolrazi Zawawi.

Dr Ismail Salleh (kiri) dan Phahrolrazi Zawawi.

Tidak puas hati corak pentadbiran Menteri Besar Kedah

ALOR SETAR: Seorang lagi Ahli EXCO Kedah dikatakan menghantar surat kepada Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak bagi menyatakan keengganan dilantik semula ke jawatan itu yang dijadualkan diumumkan Selasa depan.

Perkembangan terbaru itu menjadikan dua Exco kanan kerajaan PAS Kedah enggan dilantik semula kerana dikatakan tidak berpuashati dengan corak pentadbiran Azizan. Dua nama yang disebut-sebut berbuat demikian adalah Timbalan Pesuruhjaya I Pas Kedah, Datuk Phahrolrazi Zawawi dan Timbalan Pesuruhjaya II Pas Kedah, Datuk Dr Ismail Salleh.

Phahrolrazi yang juga Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan ketika dihubungi untuk mengesahkan perkara itu, berkata beliau akan mengadakan sidang media berhubung isu terbabit jika ada keperluan berbuat demikian.

"Buat masa ini, adalah lebih wajar saya tidak membuat sebarang kenyataan. Insya-Allah, sampai masanya nanti saya sendiri akan berikan kenyataan dan ia mungkin diadakan dalam masa terdekat, bergantung dengan kesesuaian masa," katanya.

Sementara itu, Dr Ismail yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Badan Bukan Kerajaan dan Pembangunan, berkata buat masa ini beliau belum bersedia memberi sebarang kenyataan mengenai perkara itu.
Ditanya mengenai dakwaan beliau sudah menghantar surat kepada Menteri Besar, Dr Ismail berkata: "Tanyalah pada Menteri Besar, mungkin beliau lebih tahu. Saya tidak mahu komen apa-apa lagi."

Selain dua EXCO kanan berkenaan, seorang lagi EXCO yang disebut-sebut akan berbuat demikian adalah Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan, Kesenian dan Warisan negeri, Datuk Dr Hamdan Mohamed Khalib. Bagaimanapun, beliau tidak dapat dihubungi untuk menjelaskan perkara itu.

Difahamkan, mereka bertindak demikian kerana kecewa dengan sikap dan kepemimpinan Azizan berhubung pelbagai isu yang melanda pentadbirannya sejak kebelakangan ini. Surat kepada Azizan yang juga Pesuruhjaya PAS Kedah dikatakan dihantar sejak seminggu lalu dan Azizan sudah memaklumkannya kepada kepemimpinan tertinggi PAS Pusat.

Menurut sumber, mereka juga sudah dinasihatkan oleh kepemimpinan PAS Pusat supaya menimbang semula hasrat itu kerana bimbang akan menjejaskan peluang pembangkang kekal berkuasa di negeri ini pada pilihan raya umum akan datang.

Sebelum ini, kepemimpinan Azizan dipertikaikan pelbagai pihak termasuk pemimpin pembangkang dan PAS, khususnya isu penggantungan lima pelajar Kolej Universiti Insaniah (KUIN) yang dilaksanakan mengikut Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU).

Selain itu, tindakan kerajaan PAS Kedah yang bertegas mahu merobohkan Madrasah Salihiah di Kanchut, bagi memberi laluan kepada pembinaan kompleks beli-belah mendapat perhatian kerana menyentuh sensitiviti umat Islam di negeri ini.

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersial. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen

:)

itu la melayu..sikit2 nak bantuan..

angah

Sdr. Zul, kehidupan yang kita bina adalah tanggungjawab kita untuk membinanya. Kenapa mesti melahirkan kemarahan kepada yang tidak mahu membantu.. usaha lah sendiri mengikut kemampuan.. sekiranya kita diberi bantuan Alhamdullillah... undilah sesiapa saja yang boleh memberi kebaikan kepada negara kita tapi bukan undi untuk mendapatkan bantuan untuk diri kita sendiri..

Hanifah

Biasalah,dlm parti ada retak belah tu biasa.macam UMNO jugak.
Rakyat perlu bijak memilih yg terbaik.tak mesti retak dalaman kerja yg dibuat tak bagus,lalu rakyat melihat,terus pilih parti lain.tu tak matang...aku sebagai rakyat kedah yakin rakyat dh kaji betul2 sblm PRU13,dan terburu2.ada sbb rakyat tumbangkan BN krn korupsi dan tak mustahil PAS juga akan kalah jika perkara sama

mz

Pemimpin yg rajin turun padang dan suka tolong orang tak penting diri mmg patut kita sokong tak kira parti mana janji tak pilih kasih. BAB JKKK ni mmg ada jugak ketua JKKK kat kampung saya, yg sah sah suka "isi perut" sendiri, dari muda sampai skrg masih tak ubah, asyik nak makan komisen, cakap bagai nak rak tunjuk dia itu prihatin cakap besar konon kalau tak jadi wakil rakyat pun keja buat ahahaha tapi rata rata org keliling cakap nak minta bantuan pun susah, konon peruntukan tak da, tapi dengar dah bagi kat orang lain kroni (berkemampuan) bikin sebijik rumah, yg warga warga emas nak minta sikit bantuan buat bodoh, duit komisen masuk mc tu jugak dalam poket. Sombong bodoh.

adam

saudara Zul mengundi sebab nak duit??..nampak sangat tak ikhlas..

nafis mohd

kalau niat mengundi nak duit...pilihlah BN sebab mereka memang banyak duit masyukkk.PAS tak dak duit sebab parti org miskin.

izwan mohd

encik zulkiflie,anda bising pasal tak tapat bantuan,yg erajaan kedah dah buat macam-macam tak nampak pulak?bantuan guru kafa,pelajar agama...apa sangkut paut dengan jkkk yg org tak datang ziarah tu...anda tak suka sudah...ramai lg yg suka ust Azizan tu...

Kairiffin

terbaeekkk...!!!

sholeh

Baru Datuk-dautk tahu senang susahnya memerintah, orang perentah hampa boleh le komplen macam-macam dah pegang baru tahu.

Abdul Rahman

Sdr Zul,
Dia orang ni tak ingat mati. Peruntukan ada..tapi tak sampaai ketangan sdr. Dia orang kebas tengah jalan.
Dia orang kalau ingat mati...tak akan buat nacam ni. Insyallah kerajaan BN akan tolong sdr.

Zulkifli Shafie

dan apabila amanah Allah telah dikhianati maka tunggulah saat kehancurannya...undi tahun 2008 dulu aku pangkah pas yg calon nya ustaz Azizan dan selepas menang aku pergi jumpa beliau kat pajabat pas minta bantuan untuk anak masuk IPTA namu haprak...sekupang pun dia tak huluq...ingat...mengundi tahun ni jangan harap aku nak pangkah pas...cakap aja lebih..negara kebajikan la...hudud la...mai pemimpin BN ziarah rumah aku dan berilah aku sedikit bantuan..aku oku anak ramai...hidup penuh kesusahan...kalau tiada siapa yg nak bantu aku buat apa aku pangkah hampa...lebih baik aku dok kat rumah mengaji quran dpt pahala jugak...ingat...arwah ayahku dulu pengerusi JKK kampung yg sangat dihormati..dan apabila dia meninggal tiada siapa yg datang jenguk kami sekeluarga pada masa itu sy masih kecil hidup dalam keadaan serba dhaif...wahai bakal pemiimpim negeri dan negara...jika kamu hendak menjadi pemimpin Amanah hendaklah di utamakan..jgn asyik membesarkan tembolok sendiri saja sedangkan rakyat yg miskin kamu tidak ambil peduli...dekat nak mengundi sua muka tiap2 hari masuk kampung..sudah menang batang hidung pun tak nampak...apa2 hal suruh pi kat JKK..ingat senang ka JKK nak tolong rekemen bagi bantuan. Dapat peruntukan bukan bantu org kampung tapi asyik dok memboroikan perut sendiri..maaf aku terpaksa meluahkan apa yg terpendam dalam hatiku selama ini...


6 pemain Piala Presiden Johor digantung

Posted: 23 Feb 2012 11:02 AM PST

MukaDepan

JOHOR BAHRU: Enam pemain skuad Piala Presiden Johor FC digantung daripada beraksi dengan kelab itu serta merta selepas disyaki terbabit mengatur perlawanan ketika menentang Perlis pada Khamis lalu.

Setiausaha Kehormat Johor FC, Mohd Tahir Hamdan, berkata penggantungan berkuat kuasa sehingga siasatan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selesai.

Beliau berkata, gaji dan elaun semua pemain yang berusia awal 20an itu turut ditahan sehingga siasatan selesai dan tindakan lanjut diambil.

Polis menerima laporan daripada Johor FC dan terus menjalankan siasatan sebelum diserahkan kepada SPRM untuk tindakan lanjut. Saya berharap orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi kerana siasatan kes ini masih berjalan. - Mohd Mokhtar Mohd Shariff

"Pemeriksaan mengejut pengurusan kelab terhadap telefon bimbit mendapati mereka cuba mengatur perlawanan. Seramai 18 pemain diperiksa sejurus perlawanan dengan Perlis berakhir ekrana ada unsur-unsur rasuah ketika perlawanan di Stadium Pasir Gudang itu.

"Daripada semua pemain terbabit, enam daripada mereka disyaki terbabit mengatur perlawanan hingga memaksa pengurusan mengambil tindakan menggantung mereka serta membuat laporan polis," katanya ketika dihubungi semalam.

Mohd Tahir berkata, pengurusan Johor FC memandang serius gejala rasuah terutama di kalangan pemainnya dan tidak akan berkompromi dengan mereka yang terbabit dalam gejala itu.

Pengarah SPRM Johor, Simi Abdul Ghani, berkata pihaknya sudah memanggil individu terbabit bagi membantu siasatan berhubung dakwaan mengatur perlawanan.
"Kita sudah merekod kenyataan dan tindakan memanggil mereka dilakukan selepas menerima laporan polis. Siasatan dilakukan untuk mengesahkan wujud unsur rasuah dan mengatur perlawanan atau sebaliknya. Perkara ini belum dapat disahkan kerana siasatan lanjut sedang dijalankan mengikut Akta SPRM 2009," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis negeri, Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff, dalam sidang media pagi semalam, berkata pihaknya sudah menyerahkan kes berkenan kepada SPRM untuk tindakan lanjut.

"Polis menerima laporan daripada Johor FC dan terus menjalankan siasatan sebelum diserahkan kepada SPRM untuk tindakan lanjut. Saya berharap orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi kerana siasatan masih berjalan," katanya.

Dalam perlawanan itu, skuad Johor FC menewaskan Perlis 3-0, namun didapati ada unsur-unsur kurang sihat ketika perlawanan sehingga menyebabkan pengurusan kelab melakukan siasatan dalaman dan membuat laporan polis.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan