Selasa, 28 Februari 2012

Kosmo Online

Kosmo Online


Kamal Hisham digesa jawab tuduhan

Posted:

Kamal Hisham digesa jawab tuduhan

Kamal Hisham digesa jawab tuduhan

28/02/2012 10:44pm

KUALA LUMPUR — Sebuah syarikat berpangkalan di Johor, Southern Ads Sdn. Bhd., menggesa peguam Kamal Hisham Jaafar kembali ke Malaysia bagi membuktikan beliau tidak bersalah dalam satu kes pecah amanah.

Kamal, yang juga pengarah syarikat itu dan kini dipercayai berada di Dubai, diminta menjawab dakwaan menyeleweng wang RM660,000 milik syarikat tersebut.

Bercakap sebagai wakil syarikat itu, peguam, Datuk Baljit Singh Sidhu berkata Kamal meninggalkan negara pada April 2011 selepas laporan polis terhadapnya dibuat pada 31 Mac.

Laporan itu dibuat selepas syarikat tersebut, melalui audit bebas, mendapati ada elemen jenayah berhubung cara Kamal mengendalikan syarikat berkenaan, kata Baljit pada satu sidang akhbar hari ini.

Beliau berkata, pada 31 Jan lepas, rakan kongsi Kamal iaitu Rozana Shamsuddin dan peguam, Datuk Jahaberdeen Mohamed Yunoos mengadakan satu sidang akhbar bagi menafikan dakwaan itu.

"Selepas itu, kami dimaklumkan bahawa polis telah mengeluarkan notis pertama mengikut Seksyen 111 Kanun Tatacara Jenayah yang diserahkan kepada keluarga dan rakan kongsi beliau.

"Notis kedua yang dikeluarkan selepas itu menyatakan secara spesifik masa dan tempat untuk beliau hadir memberi keterangan, namun tidak mendapat kerjasama daripada Kamal," katanya.

Kamal menjadi pengarah Southern Ads sejak syarikat itu ditubuhkan pada 2004. — BERNAMA

Unimap, BMI bakal realisasi kerjasama

Posted:

Unimap, BMI bakal realisasi kerjasama

Unimap, BMI bakal realisasi kerjasama

28/02/2012 10:40pm

KANGAR — Universiti Malaysia Perlis (Unimap) dan B. Braun Medical Industries Sdn Bhd (BMI) akan merealisasikan kerjasama bagi membina perkongsian strategik, termasuk pengaliran mobiliti kepakaran serta sumber antara kedua pihak.

Timbalan Naib Canselor UniMAP, Prof. Dr. Zul Azhar Jahid Jamal berkata, kerjasama yang terjalin sejak September tahun lalu, disegarkan dengan kunjungan Naib Presiden BMI, Dr. Juergen Schloesser bersama kira-kira 30 kakitangannya ke universiti itu hari ini.

Beliau yang ditemui selepas kunjungan itu berkata, lawatan BMI bertujuan melihat lebih dekat persekitaran Unimap serta membincangkan hal berkaitan kerjasama dua hala yang dipersetujui sebelum ini.

Zul Azhar berkata, kerjasama erat Unimap dan BMI akan mencorak graduan yang menepati kehendak pasaran serta mampu menghasilkan kepakaran terkini bagi kepentingan masyarakat, selain menyegarkan interaksi dua hala.

Antara skop kerjasama yang dipersetujui ialah penempatan pelajar Unimap bagi menjalani program latihan Industri di BMI menggunakan modul dan pendekatan lebih efektif.

Selain itu, kedua pihak bersetuju menawarkan kursus jangka pendek dan program pengajian di peringkat Sarjana serta Doktor falsafah kepada kakitangan BMI.

Bagi memastikan kerjasama itu lebih efektif, Unimap bersetuju menyediakan satu ruang dipanggil "BMI Corner" di perpustakaan universiti tersebut di Pauh Putra, yang antara lain, menayangkan video korporat BMI serta info terkini mengenai B.Braun termasuk penyelidikan, latihan industri dan peluang pekerjaan. — BERNAMA

Polis buru rakan konstabel polis yang dibunuh

Posted:

Polis buru rakan konstabel polis yang dibunuh

Polis buru rakan konstabel polis yang dibunuh

28/02/2012 10:37pm

KUALA LUMPUR —Polis menahan seorang lelaki bagi membantu siasatan kematian seorang anggota polis berpangkat Konstabel, yang dipercayai dibunuh rakannya di Batu Caves, Gombak pada 4 Feb. lepas.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh berkata turut diburu seorang lelaki dikenali sebagai Karunagaran a/l Asaithamby atau Karu, 27, beralamat di No.6G, Jalan 10A, Selayang Baru, Batu Caves.

"Polis percaya kejadian itu bermotifkan dendam dan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya pada sidang akhbar hari ini.

Beliau berkata, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai suspek boleh menghubungi Bilik Gerakan Jabatan Siasatan Jenayah D9, Ibu Pejabat Polis Kuala Lumpur di talian 03-21460685 atau mana-mana balai polis berhampiran.

Mendiang V.Divendran, 25, yang bertugas di Bahagian Risikan Jenayah Kontinjen Negeri Sembilan, ditemui mati dengan kecederaan di kepala akibat dipukul objek tumpul di bawah jambatan MRR2 di bulatan Batu Caves dekat sini. — BERNAMA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan