Berita Harian: Nasional |
Posted: 27 Feb 2012 02:50 PM PST Nasional NAJIB merasmikan program Pegawai Integriti Bertauliah anjuran SPRM, di Putrajaya, semalam. PUTRAJAYA: Datuk Seri Najib Razak berkata, semua sumbangan dana politik mesti disalurkan melalui akaun rasmi parti bagi mengelak ahli politik menyalahgunakan nama parti untuk meminta sumbangan dan kemudian diseleweng untuk kepentingan sendiri. Perdana Menteri berkata, inisiatif baru yang diperkenalkan di bawah Program Transformasi Kerajaan (GTP) itu juga bertujuan menangani isu berkaitan dana politik supaya ia lebih tepat, telus dan jelas, sekali gus meningkatkan ketelusan serta keyakinan rakyat terhadap parti politik di negara ini . Katanya, sumbangan dana itu juga akan melalui rekod penerimaan yang teratur dengan resit penerimaan wang dan boleh diaudit pada akhir tahun kewangan. Kerajaan percaya inisiatif ini akan mengelakkan perbuatan rasuah dan penyelewengan pada peringkat akar umbi dan manfaat sumbangan dapat disampaikan kepada segenap peringkat parti dan seterusnya rakyat, katanya pada majlis perasmian dan penyampaian sijil Pegawai Integriti Bertauliah (CeIO) anjuran Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), di sini semalam.Pandangan berkaitan pengawalan dana politik itu dikemukakan Jawatankuasa Mencegah Rasuah dan Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah SPRM sebelum ini. Najib berkata, jenayah rasuah tidak ada kaitan dengan fahaman politik, kepartian, status, kedudukan atau bangsa. "Ia adalah kesalahan yang amat serius, melanggar undang-undang negara dan hukum agama. Sesiapa yang terbabit rasuah dan terbukti bersalah, wajar menerima hukuman, katanya.
Janganlah kita menggunakan rasuah untuk menjatuhkan seseorang. Jika rasuah dipolitikkan, tindakan SPRM dipolitikkan akan membawa natijah yang amat besar dan buruk, katanya. Pada majlis itu, Najib menyampaikan CeIO kepada 24 penerima terdiri daripada pegawai kerajaan dan syarikat berkaitan kerajaan. Najib berkata, bagi memastikan undang-undang di Malaysia telus dan mengambil kira pandangan setiap pihak sebelum dikuatkuasakan, kerajaan bercadang memaparkan draf rang undang-undang dalam laman web bagi mendapatkan pandangan umum dan pihak yang berkaitan bagi tempoh yang ditetapkan sebelum dimuktamadkan. |
Orang mati masih tuntut bantuan JKM Posted: 27 Feb 2012 02:49 PM PST Nasional IPOH: Ada waris dikesan masih menggunakan identiti ibu bapa atau pasangan masing-masing yang sudah meninggal untuk mendapatkan bantuan bulanan RM300 daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dengan menipu maklumat kematian individu berkaitan.Perkara itu didedahkan Jawatankuasa Kira-Kira Wang (PAC) Perak yang menerima aduan mengenai penipuan berkenaan membabitkan sembilan kes dengan nilai kerugian hampir RM9,000 antara 2004 hingga 2009. Pengerusinya, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar, berkata pihaknya sudah memanggil JKM bagi menyiasat aduan berkenaan dan jabatan itu diminta mengambil tindakan segera bagi menangani masalah itu bagi mengelak pembaziran wang kerajaan. Kita menerima aduan ada waris yang masih menerima bantuan bulanan daripada jabatan itu, walaupun penerima berkenaan sudah meninggal dunia.Pemalsuan maklumat itu dikesan berlaku di tiga daerah iaitu Manjung, Kinta serta Larut, Matang dan Selama. Setakat ini, JKM sudah mengambil tindakan terhadap individu terbabit dan menyediakan laporan terperinci mengenainya. Jadi, PAC menyarankan JKM melakukan pemantauan dan penyelarasan maklumat untuk mengenal pasti hanya individu layak menerima bantuan itu, katanya pada sidang media di sini, semalam. Sekurang-kurangnya ketua kampung atau pengerusi JKKK boleh mengenal pasti penduduk kampung mereka yang sudah meninggal dunia, berpindah dan sebagainya, katanya. Selain itu, Raja Ahmad Zainuddin berkata, PAC juga mencadangkan supaya pemberian bantuan bulanan itu tidak diberi kepada penerima bantuan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) kerana sumbangan itu sudah memadai. Dalam perkembangan lain, PAC turut mendedahkan pihaknya menerima maklumat mengenai aktiviti pengambilan pasir di dua daerah Batang Padang dan Perak Tengah sejak beberapa tahun kebelakangan ini menjejaskan kualiti air sungai dan habitat hidupan sungai termasuk tuntung. Raja Ahmad Zainuddin berkata, pihaknya menerima empat kes membabitkan aktiviti pengambilan pasir di daerah berkenaan dan agensi penguat kuasa berkaitan sudah melakukan pemantauan, termasuk menamatkan permit syarikat terbabit kerana melanggar syarat. Aktiviti pengambilan pasir yang berleluasa bukan saja menyebabkan pencemaran air dan memusnahkan habitat hidupan air, tetapi juga mewujudkan masalah lain kepada penduduk setempat iaitu kerosakan jalan raya kerana sering digunakan lori pasir yang ulang alik mengangkut pasir. Ia menjejaskan kehidupan penduduk setempat terutama yang mencari rezeki menerusi hasil sungai. PAC meminta anggota penguat kuasa termasuk pejabat daerah, Jabatan Perparitan dan Saliran (JPS) serta Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengambil tindakan tegas bagi menangani masalah ini," katanya. Komen Anda Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersial. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.Senarai komen |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Nasional To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan