Sabtu, 25 Februari 2012

Utusan Online - Muka Hadapan

Utusan Online - Muka Hadapan


Usaha jatuhkan Menteri Besar Kedah

Posted:

Usaha jatuhkan Menteri Besar Kedah

Usaha jatuhkan Menteri Besar Kedah

Oleh MOHD. ASRON MUSTAPHA
mohdasron.mustapha@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 24 Feb. – Tekanan politik yang terpaksa dihadapi Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak sehingga menyaksikan 'pemberontakan' empat Exco kanan Pas didakwa berpunca daripada tangan ghaib Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dakwaan itu dibuat bekas Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang, Mohammad Fairus Khairuddin kerana katanya, Anwar tidak menyukai mana-mana pemimpin ulama dalam Pas yang tegas mempertahankan kedudukan Melayu dan Islam kerana mahu prinsip itu diliberalkan.

Menurut Mohammad Fairus, bibit-bibit usaha bagi menjatuhkan Azizan bermula apabila Anwar secara terbuka dalam satu mesyuarat pakatan pembangkang tidak bersetuju dengan dasar menaikkan peratus pemilikan bumiputra untuk tanah rizab Melayu kepada 50 peratus.

"Saya sendiri (selaku Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang pada masa itu) berada dalam mesyuarat dan Anwar tidak setuju dengan dasar 50 peratus pemilikan bumiputera untuk tanah rizab Melayu. Anwar mahu dasar tersebut diliberalisasikan seperti sedia kala.

"Namun Azizan tidak berganjak dengan pendiriannya kerana beliau memang dikenali sebagai pemimpin ulama Pas yang berjiwa Melayu dan sejak detik itu, Anwar melalui golongan 'Anwarinas' dalam parti Pas merancang untuk menjatuhkan Azizan.

"Sebab itu sehingga hari ini kita tidak mendengar seorang pun golongan 'Anwarinas' dalam Pas mempertahankan Azizan. Mana suara Datuk Mahfuz Omar? Mana suara Mohamad Sabu dan naib-naib presiden Pas lain," dakwanya ketika dihubungi Utusan Malaysia, di sini hari ini.

Beliau mengulas krisis kepimpinan terbaru dalam Kerajaan Pas Kedah yang menyaksikan 'pemberontakan' empat Exco kanan dari parti Pas selepas pelbagai tekanan sebelum ini bagi memaksa Azizan melepaskan jawatan selaku Menteri Besar Kedah gagal.

Azizan sebelum ini dikecam hebat oleh pemimpin pakatan sendiri apabila beliau mempertahankan tindakan Kolej Universiti Insaniah (Kuin) Kedah, menggantung pelajar selain keberaniannya menyanggah isi kandungan Buku Jingga pakatan pembangkang, apabila berkata ia bukan al-Quran.

Mengulas lanjut, Mohammad Fairus mendakwa, perkembangan terbaru yang menimpa Azizan juga membuktikan Anwar mengamalkan politik kuku besi dan beliau akan melakukan apa sahaja bagi menjatuhkan pihak yang menyanggahnya daripada menjadi Perdana Menteri.

Dalam pada itu, bekas Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (PKR), Ruslan Kasim berkata, Azizan kini mangsa seterusnya kerakusan politik Anwar selepas Datuk Dr. Hasan Ali berjaya ditendang keluar daripada Kerajaan Negeri Selangor kerana lantang mempertahankan Islam.

Katanya, usaha Anwar untuk menyingkir golongan ulama dalam Pas bertambah mudah kerana parti tersebut kini dikuasai lebih 70 peratus golongan pro kepada ketua pembangkang itu dan mereka tidak teragak-agak untuk 'menikam' rakan sendiri jika matlamat ke Putrajaya cuba dihalang.

"Siapa yang menjadi pencatur kepada tangan-tangan ghaib bagi menyingkir pemimpin ulama dalam Pas cukup jelas. Selepas Hasan Ali kini Azizan pula, apakah semua ini sekadar kebetulan? Ini semua perancangan matlamat menghalalkan cara oleh Anwar," katanya.

Pensyarah Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan, Universiti Sains Malaysia (USM), Prof. Dr. Ahmad Atory Hussain pula tidak menolak kemungkinan tangan-tangan ghaib yang cuba membunuh karier politik Azizan berasal dari Anwar.

Katanya, ini kerana PKR sendiri bercita-cita besar untuk menonjolkan pengaruh parti itu di Kedah dengan cara menukar warna kepimpinan Pas di negeri jelapang padi itu agar seiring dengan dasar dan kehendak Anwar.

Rumah untuk semua - Najib

Posted:

Rumah untuk semua - Najib

Rumah untuk semua - Najib

Oleh AMRAN MULUP
utusanmelaka@utusan.com.my


NAJIB Tun Razak berucap di hadapan ribuan rakyat pada program Walkabout di Jalan Bendahara dan Kee Ann Melaka semalam. - UTUSAN/GAIE UCHEL


MELAKA 24 Feb. - Kerajaan Barisan Nasional (BN) akan terus membela nasib golongan berpendapatan rendah dengan memastikan mereka mampu memiliki rumah menerusi dasar dan inisiatif yang dilaksanakan untuk tempoh lima tahun lagi, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana Menteri menegaskan, tiada kumpulan yang akan dipinggirkan dan kerajaan akan memastikan rakyat sentiasa mendapat manfaat melalui dasar yang memberi peluang kepada mereka memiliki atau menyewa rumah yang dibina oleh sektor awam dan swasta.

''Kerajaan berasa denyut nadi rakyat yang mahu memiliki rumah sendiri. Ini cita-cita yang semua orang mahu, tak kira siapa, mereka mahu suatu hari nanti dapat memiliki sebuah kediaman yang selesa.

''Inilah salah satu keutamaan di bawah kerajaan BN dan kita akan terus membina sebanyak rumah untuk rakyat miliki.

''Sebab itulah Dasar Perumahan Negara yang dilancarkan tahun lalu bertujuan memperkasakan lagi projek-projek perumahan awam dan swasta terutama sekali rumah yang mampu dimiliki oleh rakyat," katanya ketika berucap pada majlis Penyerahan Surat Tawaran kepada 336 pembeli Pangsapuri Rakyat Sungai Putat, Batu Berendam di sini hari ini.

Turut hadir Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Chor Chee Heung; Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam dan Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Alam Sekitar negeri, Datuk Md. Yunos Husin.

Pada majlis itu juga, beliau mengumumkan harga pangsapuri tersebut yang dijual RM35,000 seunit berbanding harga kos sebenarnya bernilai RM148,000 seunit.

Mengulas lanjut, Perdana Menteri berkata, sepanjang tempoh 2006 hingga 2010, sejumlah 110,000 unit perumahan awam mampu milik telah dapat dibina oleh kerajaan.

''Kita tambah lagi dengan Skim Rumah Pertamaku dengan setiap individu berusia 35 tahun ke bawah boleh mendapat pinjaman 100 peratus daripada institusi kewangan tanpa perlu wang pendahuluan," katanya.

Justeru, kata Najib, kerajaan dalam proses mempergiatkan projek Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) dan Rumah Mesra Rakyat (RMR) yang dibangunkan oleh Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) untuk diberikan kepada golongan sederhana dan berpendapatan rendah agar mereka memiliki rumah kediaman sendiri.

Menurutnya, kerajaan juga menyediakan subsidi sebagai sumbangan kepada rakyat supaya rumah yang ditawarkan oleh kerajaan adalah rendah berbanding harga pasaran sebenarnya.

Beliau berkata, sehingga 31 Disember tahun lalu, kerajaan telah menyiapkan sebanyak 65,246 buah rumah di seluruh negara dan sebagai tambahan, sebanyak 38,942 unit rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) akan dibina bagi tempoh Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10).

Mengenai projek terbengkalai pula, katanya, kerajaan memperuntukkan sebanyak RM63 juta bagi memulihkan 1,270 unit rumah terbengkalai di seluruh negara.

Katanya, sehingga 31 Disember tahun lalu, kerajaan dengan kerjasama semua pihak telah berjaya memulihkan sebanyak 83 projek daripada jumlah 167 projek perumahan yang diisytiharkan terbengkalai sejak 2009.

''Dengan pemulihan projek ini, seramai 9,278 pembeli telah mendapat manfaat," katanya.

Bakar terharu PM singgah rumahnya

Posted:

Bakar terharu PM singgah rumahnya

Bakar terharu PM singgah rumahnya


BAKAR Ludin dan Norpipah Ahmad memberi layanan kepada Najib Tun Razak dan Mohd. Ali Rustam yang singgah ke rumah mereka di Jalan Kemuning, Kampung Pulau Sebang, Alor Gajah, Melaka, semalam.


ALOR GAJAH 24 Feb. - Bakar Ludin, 62, dan isterinya Norpipah Ahmad, 62, tidak mampu meluahkan dengan kata-kata bagi menggambarkan kegembiraan mereka apabila Perdana Menteri singgah ke rumah mereka di Jalan Kemuning, Kampung Pulau Sebang di sini untuk menukar pakaian.

Bagi mereka, tidak pernah terfikir rumah yang turut didiami bersama dua anak dan menantu serta seorang cucu akan mendapat kunjungan Datuk Seri Najib Tun Razak sebelum beliau meneruskan jadual lawatan yang padat.

Menurut Bakar, pemimpin negara itu menggambarkan sifat yang merendah diri untuk bertemu rakyat meskipun pada asalnya, beliau sepatutnya menukar pakaian di sebuah resort tidak jauh dari rumah mereka.

"Saya tidak tahu nak cakap apa-apa, perasaan bercampur-campur kerana terlalu gembira dapat bersemuka dan di rumah saya pula. Saya akan kenang saat ini sampai akhir hayat.

"Sejak tiga hari lalu saya dan keluarga tidak senang duduk dibuatnya apabila diberitahu Perdana Menteri akan datang ke rumah. Perasaan gementar, gembira semuanya ada," katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Sebelum itu, Perdana Menteri diberi sambutan meriah ketika tiba di Masjid As Syahidin, Pulau Sebang untuk menunaikan solat Jumaat.

Ketibaan beliau bersama Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam kira-kira pukul 1.35 petang itu disambut oleh Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN), Datuk Othman Muhamad, beberapa Exco kerajaan negeri dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gadek, Datuk Abdul Ghafaar Atan dan kira-kira 3,000 jemaah.

Najib kemudian menyertai lebih 3,000 jemaah menunaikan solat Jumaat yang diimamkan Pegawai Tadbir Agama Daerah Alor Gajah, Luqman Jamil Abidin.

Selepas solat, beliau bersama penduduk pelbagai kaum untuk makan tengah hari di bawah khemah terbuka yang disediakan sebelum berjalan kaki sejauh kira-kira 150 meter ke rumah Bakar.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan